Selasa, 30 Jun 2009

JANGAN IKUT ETIKA SYAITAN

Jangan ikut etika syaitan, itu lah yang di katakan oleh Tan Sri Harussani Zakaria Mufti Perak dalam wawancara beliau dengan Mingguan Malaysia keluaran 28 Jun 2009.

Apa yang menariknya dalam wawancara tersebut beliau mengupas sikap lepas cakap, memaki hamun dan menyatakan perkara yang tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang yang dipanggil Tok Guru.

Beliau juga menyatakan jika persengketaan ini berterusan dan dibiarkan, orang Islam akan hancur. Bila berpecah, kita akan jadi lemah dan hilang wibawa termasuk kuasa politik. Jika ini berlaku, hancur lah kita.

Bagi kita orang Melayu yang beragama Islam tidakkah kita berasa cemas di atas perpecahan sesama kita, jika perpecahan ini berlaku bangsa lain akan mengambil kesempatan untuk menindas orang Melayu Islam kerana itu lah yang di idamkan selama ini.

Kepada Pemimpin pemimpin Kerajaan khasnya Pemimpin UMNO, ubahlah sikap dari mengejar kepentingan diri ke kepentingan rakyat, rakyat hendaklah di dahulukan.

Kita tidak boleh mengharapkan PAS menjaga kepentingan orang Melayu kerana mereka sebenarnya telah ditawan oleh parti bukan Melayu,apa yang kita harapkan hanyalah UMNO, UMNO sajalah yang membela nasib Orang Melayu selama ini, tiada yang lain.

Fikir lah sendiri dengan fikiran yang waras bukan emosi.

"APA KESUDAHAN NASIB MELAYU" tunggu dah lihat saja, masa yang menentukan.

cmt

Selasa, 23 Jun 2009

TIDAK MELAYU HILANG DI DUNIA

SAMPAI BILA KELEMBUTAN DAN KESOPANAN MELAYU DAPAT DIPERTAHANKAN

Di dalam mengharungi pelbagai kerenah dan telatah sesetengah pihak yang saolah-olah sengaja mahu melagakan sesama Melayu, adalah dikhuatiri sikap dan lemah lembut serta kesopanan Melayu itu akan hilang dek keghairahan Melayu sendiri, bagi memenuh impian dan cita-cita mereka yang sememangnya tidak pernah puas dan tidak pernah juga mahu bersyukur dengan apa yang dianugerahkan Tuhan selama ini.

Lebih perit lagi, ada yang sanggup mengunakan bangsa lain, iaitu bukan Melayu dan juga bukan Islam mengutuk serta menjatuhkan bangsa melayu. Tak cukup dengan itu , orang asing berkenaan, telah dengan sewenang-wenangnya mengkafirkan sebahagian dari orang Melayu, Imbang Penuhhanya kerana kepentingan politik mereka yang kononnya memperjuangkan serta mendaulatkan Islam. (Tetapi yang hairannya tu, kenapa pulak orang yang bukan Islam dipertaruhkan untuk memporak-perandakan Islam. Apakah kerana pengaruh mereka sebagai orang Melayu dan Islam sendiri sudah tidak mampu untuk memperdaya dan mengula-gulakan Melayu yang bermoral)?

Dimana kewajarannya masalah ini. Tidak pernahkah terfikir oleh mereka, betapa sebuah bangsa yang begitu disegani serta dilabelkan sebagai mempuyai nilai kelembutan dan kesopanan sejati, telah dijatuhkan maruahnya oleh orang lain setelah mendapat restu dari orang Melayu sendiri.

Pun begitu, nasib baiklah golongan Melayu yang dimaksudkan oleh orang bukan Melayu berkenaan tidak cepat melenting dan melatah, Meski rasa tercabar, namun tatasusila kemelayuan serta sikap lemah lembut dan sopan santum yang diamalkan masih dapat dipertahankan, biarpun hati merasa sakit. Kalau tidak, tak tahulah apa akan terjadi . Namun, sampai bilakah kesabaran itu boleh bertahan.

Ibarat bara api yang sedang membakar kayu-kayu kering, jika angin terus bertiup, lama kelamaan ianya pasti akan menyala dan membakar dengan lebih dahsyat yang sudah tentu akan sukar untuk dipadamkan.

Dari satu sudut, sebagai orang Melayu kita seharusnya hendaklah sentiasa mempertahankan maruah dan keagongan bangsa kita dari dijajah, apatah lagi jika dihina dan dikeji sedemikian rupa. Kita tidak boleh mananamkan sikap berpuak-puak orang Melayu dan jiwa,biar pun fahaman atau ikutan politik kita berbeza. Adakah wajar, laungan Allah Huakbar diperdengarkan di tempat yang tidak sepatutnya, hanya semata-mata mahu menyambut kunjungan seseorang, apatah lagi jika orang yang disambut itu bukannya orang Islam dan secara terang-terang telah meluahkan rasa anti Islamnya. Orang beginikah yang sepatutnya diberi ruang dan tempat istimewa, Sedangkan untuk orang Melayu sendiri, hanya kerana berlainan fahaman sanggup ditohmah, dihina, dimaki, dicaci, dicarut sesuka hati, tampa belas kasihan. Apakah ada golongan Melayu yang sanggup menyusukan kera dihutan dan membiarkan anak dirumah mati tak makan. Dan Melayu beginikah yang kita mahu jadikan idola dan tempat bergantung harap kita untuk masa-masa yang mendatang?

Tidakkah pihak-pihak berkenaan terasa kejanggalan laungan Allah-Huakbar itu sedangkan ia sepatutnya dilaungkan untuk majlis-majlis tertentu yang ada kaitan dengan memuji kebesaran Islam.Tidakkah mereka terfikir, itu seolah-olah satu mainan yang boleh mencemarkan Islam dan secara tidak langsung juga akan menjadi seolah-olah Islam itu satu agama murahan?.

Kalau kita amati kembali, tentang isu-isu yang ditimbulkan, ternyata ianya bukan sesuatu yang boleh menyakinkan kita untuk mempertaruhkan harapan besar dalam menangani pelbagai masalah dan kerenah di alaf mendatang. Kita sebagai orang Melayu seharusnya menerima hakikat yang manusia tidak akan sempurna . Setiap hari kita pasti membuat kesilapan . Dan setiap kesilapan yang terhidu itu , memang sepatutnya ditegur.

Tetapi janganlah sampai dihentam hingga tak boleh bangun. Kesilapan yang sedikit dibanyakkan dengan tokok tambah, yang kadang-kadang boleh mendatangkan aib kepada seseorang individu. Apakah itu Islam. Tidakkah ianya boleh dikatakan sebagai satu kezaliman jika dibolehkan memburuk serta menjatuhkan maruah orang lain yang sesame bangsa dan agama, dihadapan orang lain yang juga turut disertai bersama oleh mereka yang tidak Islam?.

Kebanyakan dari orang Melayu tentu tahu mengenai cerita dongeng Pak Kadok. Akibat kebodohannya, kampong halaman tergadai sedangkan ayam sabungnya sendiri yang menang pertarungan. Seharusnya kita jadikan cerita itu sebagai ikhtibar dalam hidup kita . Jangan sampai terlalu ghairah dan mudah terpedaya, kita secara tidak langsung akan mengadaikan maruah bangsa dan negara kita. Siapakah yang menipu Pak Kadok dan kenapa dia sanggup menipu, sedangkan Pak Kadok dan dia adalah sebangsa dan seagama. Apabila tergadainya kampong Pak Kadok, siapa yang rugi. Adakah bangsa lain yang tidak seagama dengan dia. Dan siapa pula yang akan bertepuk tangan.

Inilah cerita yang tidak mustahil akan menjadi kenyataan, jika kita tidak berhati-hati.

Begitu juga dengan cerita Lebai Malang, Pak Pandir dan banyak lagi. Ternyata cerita itu menggambarkan betapa bodohnya orang Melayu dizaman itu. Pun begitu, seharusnya kebodohan itu dijadikan ikhtibar oleh Melayu masa kini, supaya bangsa Melayu tidak harus dianggap bodoh dan mudah untuk diperbodohkan.

“Tak Melayu Hilang Di Dunia” Itulah kata-kata keramat yang dilafazkan oleh Laksamana Hang Tuah, yang di jadikan pedoman dan renungan orang Melayu hingga hari ini. Tetapi ungkapan ini akan hilang dan terus luput jika orang Melayu sendiri tidak mahu mengubah sikap dan perangai mereka.

Kata-kata itu memang sesuai dan tepat diungkapkan dizaman Lanksamana terbilang itu berdasarkan kepada cara kehidupan orang Melayu ketika itu, yang taat kepada Sultan, pembesar dan orang-orang yang berpengaruh lainnya. Tetapi sesuaikah kata-kata itu diungkapkan di zaman ini jika keadaan orang Melayu hari ini mahu di jadikan ukuran. Apakah tidak mustahil ungkapan itu hanya akan tinggal ungkapan semata-mata jika orang Melayu akan membunuh Melayu sendiri. Mungkin ya, Melayu tidak akan hilang di dunia. Tapi untuk apa Melayu itu hidup jika cara kehidupannya adalah melaui kesensaraan dan kelemahan Melayu lain. Bolehkah kita banggakan Melayu sebegini?.

Masih tidak jelas, apakah sebenarnya yang dimahukan oleh setengah orang Melayu ini. Apakah dengan apa yang kita ada sekarang masih belum cukup untuk member kenikmatan hidup kepada kita. Kalau nak dibandingkan dengan bangsa-bangsa lain di luar negara, ternyata, orang Melayu adalah bertuah. Dalam segala hal dan aspek, Melayu mempuyai segalanya. Semua kita ada. Arus kemodenan yang di kecapi oleh bangsa lain, turut dikkecapi oleh orang Melayu. Kebangkitan dan kemakmuran negara ini, yang di terajui oleh orang Melayu, jelas membuktikan kepada kita, betapa Melayu sebenarnya begitu agung, gagah dan berani menyahut cabaran. Buktinya, lihat dan dengarlah sendiri.

Betapa ada golongan bangsa dan negara yang begitu cemburukan orang Melayu dan negara Melayu ini, hingga mereka sanggup membuat pelbagai tohmahan dan tuduhan palsu yang tidak berasas, hanya semata-mata mahu menafikan ada bangsa yang pernah dijajah telah mampu mencabar kewibawaan bangsa mereka yang di anggap begitu maju dan Berjaya di dunia. Tidak berbanggakah kita. Tidak bolehkah kita bersyukur dengan nikmat kejayaan orang Melayu itu. Dan adakah wajar kita menghina bangsa Melayu kita sendiri hanya semata-mata kerana kepentingan politik yang menjadi Melayu dan Islam sebagai landasan perjuangan?.

Memang sedih rasanya apabila melihat orang Melayu, yang sama-sama makan nasi mengunakan tangan, yang sama-sama bertuhankan Allah dan mengikut sunnah Muhammad, sanggup mencerca dan memaki orang Melayu sendiri. Tidakkah mereka ini sedar, perbuatan mereka itu ibarat meludah kelangit, yang akhirnya ludahan itu pasti akan terkena batang hidung sendiri akhirnya.

Mereka mengutuk melayu, sedangkan mereka juga adalah Melayu. Mereka mengatakan sesetengah Melayu itu kafir, sedangkan keislaman mereka sendiri masih belum tentu betulnya. Dan siapakah yang ketawa melihat telatah ini. Adakah orang Melayu sendiri atau bangsa lain yang sememangnya tidak sukakan Melayu. Siapa pula yang untung jika melayu dan Melayu tidak sehaluan. Sentiasa bercakaran. Dan nanti, jika kesempatan untuk mereka itu merampas hak Melayu di saad Melayu tidak sehaluan, siapa yang harus disalahkan. Apakah perkara ini terjadi, baru timbul keinsafan di hati?. Baru nak menyesal kemudian, tapi kalau keadaan ini benar benar terjadi, rasanya kesalan itu tidak berguna lagi. Untuk apa kita menangisi orang yang telah mati kerana hakikatnya ia tidak akan hidup kembali. Lebih baik kita tangisi nasib kita, masa depan kita dan keadaan huru hara bangsa kita, sebelum ianya menjadi lebih parah dan punah.

Kita seharusnya terus mempertahankan pendirian orang Melayu. Tegas, cekal dan berani. Disamping itu, kelembutan serta sopan santum kita juga harus terus di pertahankan. Jadikan Melayu sebagai bangsa yang mempuyai maruah dan harga diri, yang tidak memberi apa-apa faedah. Yang rugi tetap kita. Orang Melayu. Jadi pertahankan maruah Melayu agar terus menjadi Melayu sampai bila-bila supaya slogan ‘Tak Melayu Hilang Di Dunia’ itu akan benar benar nyata. Hidup Melayu!!!.

Selasa, 16 Jun 2009

3 EBook Percuma Buat Pembaca Blog Ini

Salam hormat;
============================================
Jika anda tiada masa nak baca celoteh saya, boleh terus download di
http://rajakamil.biz/ppl/index.php?ref=azizct
============================================
Sudah banyak ebook yang saya baca. Ada yang PERCUMA, ada yang berbayar. Yang berbayar ada yang kualitinya tak seberapa. Yang percuma, ada yang kualitinya mengalahkan yang berbayar.

Kini, khusus buat pembaca blog ini, saya ingin berkongsikan 3 (ya, TIGA!)buah ebook berbahasa Melayu. Adakah saya katakan ianya PERCUMA ?

Ya, ianya PERCUMA. ebook-ebook ini ditulis oleh IM tempatan yang terkenal ini, RK.

Raja Kamil atau nickname online beliau RK, ada berkongsikan 3 buah ebook mengenai PENGALAMAN SEBENAR beliau menghasilkan duit secara online.

3 Ebook beliau ialah :

1. Ikan Kecil Ikan Besar - ebook berkaitan motivasi
2. Langkah mudah tukar sampah jadi duit - cara buat duit dengan barang2 rosak
3. 3 Cara Buat Duit Dengan Blog - dengan blog pun boleh buat duit? Tak pecaya?, Bacalah !!!

Download di http://rajakamil.biz/ppl/index.php?ref=azizct

Saya rasa itu je kot. Tak nak ulas panjang-panjang, anda nilai lah sendiri :

Terima kasih dan jumpa lagi.

Ahad, 14 Jun 2009



BAGAIMANA HENDAK MENJADI AHLI POLITIK?

Oleh: MOHD ZUKI PILEH

ALBERT EINSTEIN saorang ahli fizik agung ke-20 pernah berkata: “Politik is harder than physics(politik itu lebih sukar daripada ilmu fizik).” Ungkapan ini diucapkan setelah beliau berasa amat kesal apabila mendapati teori relativity yang diciptanya untuk membuat bom atom telah disalahgunakan, yang akhirnya mendorong Amerika Syarikat mengembom Hiroshima dan Nagasaki semasa Perang Dunia Kedua semata-mata atas alas an politik. Seorang sarjana Barat lain mengatakan politik adalah the art of possible, mambayangkan politik sebagai suatu fenomena yang serba mungkin dan tidak ada yang mustahil. Ada pula mengatakan politik serba tektik untuk mendapat kuasa. Machiavelli saorang ahli politik Itali yang hidup pada zaman pertengahan menyebut politik sebagai “matlamat menghalalkan cara”.

Walau apa pun label yang diberikan politik mempuyai ramai penganut yang taasub dan sanggup melakukan apa saja untuk naik ke hierarki yang lebih tinggi dalam parti kerajaan. “Politik adalah seni yang serba mungkin, maka dalam politik bukan sahaja terdapat pemimpin yang mati di tangan lawan bahkan ada yang tewas oleh muslihat bomoh,” komen mengamat politik tana air, Ghazali Mayudin. Tambah beliau, pembelot politik bukan sekadar bertukar kem, melompat parti bahkan mengarang surat layang dan menabur fitnah, kerana kepada mereka, matlamat menghalalkan cara. “Ini adalah sebahagian daripada reality politik di Malaysia,” katanya.

Dalam amalan demokrasi, jawatan jawatan politik mistilah dipertandingkan. Siapa yang menjadi calon dan menang, maka dialah yang memegang jawatan dalam parti dan berpeluang pula untuk dicalonkan dalam pilihanraya, dan jika menang, dia akan dilantik menjadi wakil rakyat, exco, menteri besar, menteri, timbalan Perdana Menteri atau Perdana Menteri.

“Lazimnya calon calon akan dinilai oleh para perwakilan mengikut sumbangan mereka dan sejauh mana mereka popular di kalangan ahli. Bagi jawatan perengkat bahagian pula, jika saseorang calon lebih rapat hubungannya dengan ketua bahagian, ketua cawangan ataupun ahli-ahli biasa, peluang dia terpilih adalah cerah. Bagi jawatan ahli majlis tertinggi, peluang seseorang calon akan menjadi cerah jika dia memegang jawatan menteri, timbalan menteri atau menteri besar,” kata seorang pemerhati politik UMNO.

Seorang ahli UMNO pula berpendapat: “Hakikat budaya merebut kuasa khususnya dalam UMNO berlaku di semua peringkat, cawangan, bahagian dan Majlis Tertinggi jelas mengambarkan manifestasi betapa kekuasaan politik di anggap memudahkan sesaorang itu mencapai kekayaan dan kesenangan hidup.”

Dengan merebut jawatan ketua cawangan, misalnya sekurang-kurangnya akan dapat peluang subkontrak membina jalan-jalan kampung, projek-projek tanah rizab atau membersihkan taman taman awam. Kalau berjaya menjadi ketua bahagian, cerahlah lagi peluang mereka untuk menjadi wakil rakyat. Begitulah seterusnya hingga ke jawatan yang lebih tinggi dalam kerajaan.”

Kemunculan kumpulan professional dan perniagaan semakin ketara dalam parti-parti pemerintah sekarang. Setengah pemerhati berhujah, untuk menentukan survival atau peluang perniagaan mereka sentiasa berjalan lancar, golongan ini terpaksa merapatkan diri dengan ahli politik pemerintah. Mereka kena menyokong atau sekurang-kurangnya memberi sumbangan untuk membantu calon calon wakil rakyat terutama dalam kempen-kempen merebut jawatan dalam parti pemerintah dan juga semasa pilihan raya.

Ahli sain politik terkenal, Dr.Ahmad Atory Hussain berpendapat: “Golongan generasi baru ini menjalankan apa yang diistilahkan sebagai politics in business dan juga business of politics. Golongan ini juga yang menubuhkan apa yang dipanggil power-bases melalui syarikat perniagaan dan mereka perlu memperoleh kuasa politik bagi memenuhi atau melindungi kepentingan perniagaan mereka.Dengan itu secara tidak langsung wujudlah amalan-amalan dalam politik yang lazimnya berlaku dalam aktiviti perniagaan seperti nepotisme, mementingkan keluarga, rakan karib, keuntungan dan sebagainya.”

Umumnya ada bermacam macam cara digunakan oleh mereka yang ingin menjadi somebody dalam politik. Semuanya di cuba kerana tidak ada perkataan putus asa dalam politik.

“Kalau lobi tak jalan, sentiasa tunjuk muka kepada pemimpin atasan atau siapa saja yang berkuasa. Pendek kata, kemana saja pemimpin melawat, kekampung, kebandar ada saja mukanya disitu. Lazimnya pemimpin atasan adalah manusia biasa juga. Kalau selalu sangat nampak ahli-ahli datang menyambut beliau daripada lawatan keluar negara di lapangan terbang, perkenalan itu akan bertambah mesra. Akhirnya jika ada peluang untuk mendapatkan jawatan dalam kerajaan atau hendak menjadi calon pilihan raya maka permohonannya mudah disokong pemimpin tersebut,” kata seorang lagi ahli UMNO.

Prasyarat untuk naik dalam parti bergantung pada restu ketua bahagian. Kalau seseorang ahli itu mempuyai hubungan yang sangat rapat dengan pemimpin pusat tetapi tidak mempuyai hubungan intim dengan ketua bahagian dan pengerusi perhubungan negeri, sukar untuk mereka mendapat jadi calon. Hanya dalam kes-kes istimewa, pemimpin atasan parti boleh mengunakan kuasa veto untuk mencalonkan seseorang ahli bertanding sama ada untuk DUN atau Parlimen.

Yang penting sekali, untuk naik dalam politik ialah bersabar dan tunggu giliran.”Masanya akan tiba”

Soalnya berapa ramai ahli politik yang rela bersabar begitu lama. Dalam banyak kes, mereka yang berasa dirinya kuat sanggup mengisytiharkan perang menentang penyandang jawatan tetapi akhirnya kerjaya politik mereka berkubur.

Sabtu, 13 Jun 2009

WARKAH SAPWI ABU HASSAN BASRI

daripadaSafwi Abu Hassan basri
kepadaabdazct@gmail.com
tarikh2009 Jun 13 02:00
subjekChin Peng...
dimel olehyahoo.com
didaftarkan olehyahoo.com







1. Terdapat usaha berterusan untuk memperlekeh perjuangan UMNO dan orang Melayu untuk kemerdekaan.

2. Kononnya orang yang pertama memperjuangkan kemerdekaan ialah Chin Peng, pemimpin Parti Komunis Malaya. Chin Peng lah yang cuba membebaskan Malaya daripada penjajah British sebelum mana-mana orang Melayu mencuba melakukannya.

3. Perjuangan UMNO adalah kemudian dari itu.

4. Chin Peng bukanlah orang yang pertama yang memberontak melawan British. Sebelum Parti Komunis Malaya (PKM atau MCP - Malayan Communist Party), sudah ada Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang bergerak sebelum Perang Dunia II. Mereka tidak mendapat sokongan penuh daripada orang Melayu Semenanjung kerana mereka cenderung ke kiri. Dengan itu perjuangan mereka tidak begitu berhasil. Namun terdapat beberapa pertubuhan yang secara tidak langsung mewarisi perjuangan mereka. Malay Nationalist Party atau Party Kebangsaan Melayu, Angkatan Belia Insaf dan Putera adalah di antara pertubuhan yang meneruskan perjuangan KMM. Mereka juga tidak mendapat sokongan daripada majoriti orang Melayu kerana disyaki dipengaruhi oleh Komunis.

5. Selepas KMM barulah datang Chin Peng dan PKM. Chin Peng berjuang untuk mendirikan sebuah Communist Dictatorship di mana dia akan menjadi diktator. Bagi orang yang bukan Komunis, terutama bagi orang Malayu kejayaan Chin Peng bukan akan membawa kemerdekaan tetapi mengganti penjajahan British dengan penjajahan Komunis pimpinan Chin Peng dengan majoriti daripada pemerintahan terdiri daripada kaum Cina. Melayu yang akan ada dalam pemerintahan Komunis ini hanyalah hiasan, seperti juga kita lihat keadaan di Singapura sekarang.

6. Bangsa Melayu dan Bahasa Melayu lambat laun akan terhapus.

7. Sebab itu Melayu yang sedikit yang mirip ke kiri pun tidak ingin menyertai MCP. Keadaan dalam MCP sepanjang ia mencuba rebut kuasa, mulanya daripada British dan kemudian daripada Kerajaan Campuran Perikatan dan Barisan Nasional, memberi gambaran akan pemerintahan Chin Peng jika ia berjaya. Orang Cina Komunis akan menjadi pemerintah tetapi Komunis Melayu dengan orang Melayu dan India akan diberi peranan yang kecil dan tidak bermakna sama sekali.

8. Inilah sebabnya yang orang Melayu tidak menyertai pemberontakan MCP melawan British, dan tidak anggapnya sebagai perjuangan untuk kemerdekaan Malaya.

9. Dengan kesedaran dan kepercayaan ini maka orang Melayu telah tubuh badan yang tersendiri untuk betul-betul memperjuangkan kemerdekaan daripada penjajahan British. Badan yang ditubuh ialah UMNO.

10. Orang Melayu tidak percaya yang pemberontakan bersenjata akan berkesan. Ini adalah kerana negara yang akan di warisi jika menang sekalipun sudah tentu akan rosak teruk kerana peperangan.

11. Pendekatan orang Melayu dan UMNO mengambilkira kemampuan mereka. Mungkin perjuangan UMNO tidak gah seperti perjuangan kemerdekaan bersenjata di negara-negara lain, tetapi kemerdekaan yang dicapai oleh UMNO lebih bermakna kerana Malaysia dapat menegak pendirian sendiri dan mengecam kuasa besar di dunia apabila mereka membuat kesalahan.

12. Sesungguhnya UMNO lah yang perjuangkan kemerdekaan sehingga berjaya mencapai kemerdekaan yang bermakna. Chin Peng berjuang untuk mendirikan pemerintahan diktator Komunis yang akan menjajah orang Melayu dan kaum-kaum lain juga.
--------------------

Jumaat, 5 Jun 2009

AHLI DEWAN UNDANGAN N.SELANGOR

Selangor

Barisan Nasional 20 | Parti Tindakan Demokratik 13 | Parti KeADILan Rakyat 15 | Parti Islam Se-Malaysia 8

No. Kawasan DUN Menjadi ADUN Mewakili Parti
N1 Sungai Air Tawar Raja Ideris @ Raja Idris Raja Ahmad Barisan Nasional BN
N2 Sabak Warno Dogol Barisan Nasional BN
N3 Sungai Panjang Mohamad Khir Toyo Barisan Nasional BN
N4 Sekinchan Ng Suee Lim Parti Tindakan Demokratik DAP
N5 Hulu Bernam Mohamed Idris Abu Bakar Barisan Nasional BN
N6 Kuala Kubu Baharu Wong Koon Mun Barisan Nasional BN
N7 Batang Kali Mohd Isa Abu Kasim Barisan Nasional BN
N8 Sungai Burong Mohd Shamsudin Lias Barisan Nasional BN
N9 Permatang Sulaiman Abdul Razak Barisan Nasional BN
N10 Bukit Melawati Muthiah Maria Pillay Parti KeADILan Rakyat PKR
N11 Ijok Abd Khalid Ibrahim Parti KeADILan Rakyat PKR
N12 Jeram Amiruddin Setro Barisan Nasional BN
N13 Kuang [[Abdul Shukur Idrus] Barisan Nasional BN
N14 Rawang Gan Pei Nei Parti KeADILan Rakyat PKR
N15 Taman Templer Subahan Kamal Barisan Nasional BN
N16 Batu Caves Amirudin Shari Parti KeADILan Rakyat PKR
N17 Gombak Setia Hasan Mohd Ali Parti Islam Se-Malaysia PAS
N18 Hulu Kelang Saari Sungib Parti Islam Se-Malaysia PAS
N19 Bukit Antarabangsa Mohamed Azmin Ali Parti KeADILan Rakyat PKR
N20 Lembah Jaya Khasim Abdul Aziz Parti Islam Se-Malaysia PAS
N21 Chempaka Iskandar Abdul Samad Parti Islam Se-Malaysia PAS
N22 Teratai Lee Ying Ha Parti Tindakan Demokratik DAP
N23 Dusun Tua Ismail Sani Barisan Nasional BN
N24 Semenyih Johan Abd Aziz Barisan Nasional BN
N25 Kajang Lee Kim Sin Parti KeADILan Rakyat PKR
N26 Bangi Shafie Abu Bakar Parti Islam Se-Malaysia PAS
N27 Balakong Yap Lum Chin Parti Tindakan Demokratik DAP
N28 Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah Parti Tindakan Demokratik DAP
N29 Seri Serdang Mohamad Satim Diman Barisan Nasional BN
N30 Kinrara Teresa Kok Suh Sim Parti Tindakan Demokratik DAP
N31 Subang Jaya Yeoh Tseow Suan Parti Tindakan Demokratik DAP
N32 Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad Parti KeADILan Rakyat PKR
N33 Taman Medan Haniza Mohamed Talha Parti KeADILan Rakyat PKR
N34 Bukit Gasing Lee Poh Lin Parti Tindakan Demokratik DAP
N35 Kampung Tunku Lau Weng San Parti Tindakan Demokratik DAP
N36 Damansara Utama Cheah Wing Yin Parti Tindakan Demokratik DAP
N37 Bukit Lanjan Elizabeth Wong Keat Ping Parti KeADILan Rakyat PKR
N38 Paya Jaras Muhammad Bushro Mat Johor Barisan Nasional BN
N39 Kota Damansara Mohd Nasir Hashim Parti KeADILan Rakyat PKR
N40 Kota Anggerik Yaakob Sapari Parti KeADILan Rakyat PKR
N41 Batu Tiga Rodziah Ismail Parti KeADILan Rakyat PKR
N42 Meru Abd Rani Osman Parti Islam Se-Malaysia PAS
N43 Sementa Abd Rahman Palil Barisan Nasional BN
N44 Sungai Pinang Teng Chang Kim Parti Tindakan Demokratik DAP
N45 Selat Kelang Halimah Ali Parti Islam Se-Malaysia PAS
N46 Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah Parti KeADILan Rakyat PKR
N47 Pandamaran Liu Thian Kiew Parti Tindakan Demokratik DAP
N48 Kota Alam Shah Manoharan Malayalam Parti Tindakan Demokratik DAP
N49 Seri Andalas Xavier Jayakumar Arulanandam Parti KeADILan Rakyat PKR
N50 Sri Muda Mat Shuhaimi Shafiei Parti KeADILan Rakyat PKR
N51 Sijangkang Ahmad Yunus Hairi Parti Islam Se-Malaysia PAS
N52 Teluk Datuk Tan Choon Swee Parti Tindakan Demokratik DAP
N53 Morib Hasiman Sidom Barisan Nasional BN
N54 Tanjung Sepat Karim Mansor Barisan Nasional BN
N55 Dengkil Marsum Paing Barisan Nasional BN
N56 Sungai Pelek Yap Ee Wah Barisan Nasional BN