Khamis, 21 Mac 2013

http://www.1malaysia.com.my/my/blog/ucapan-penuh-laporan-tahunan-gtp-etp/


Ucapan Penuh Laporan Tahunan GTP / ETP

Mac 20th, 2013 by Najib Razak

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia
Rakyat Malaysia yang dikasihi,
  1. Pada malam ini saya berdiri di hadapan tuan-tuan dan puan-puan bagi pihak diri saya selaku ketua kerajaan dan bagi pihak rakan-rakan dalam Jemaah Menteri bagi membentangkan hasil perkembangan prakarsa Program Transformasi Kerajaan atau GTP dan Program Transformasi Ekonomi atau ETP.
  2. Kedua-dua prakarsa bermula masing-masing pada tahun 2010 dan 2011 adalah bersama-sama dengan Program Transformasi Politik atau PTP dan Program Transformasi Sosial atau PTS. Ia membentuk Dasar Transformasi Nasional bagi memacu Malaysia ke arah pencapaian wawasan kebangsaan, menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi, menjelang tahun dua ribu dua puluh.
  3. Alhamdullilah, suka saya melaporkan kepada rakyat Malaysia bahawa dengan berkat kerjasama dan usaha gigih semua pihak sama ada rakyat terbanyak, pihak swasta, penjawat awam mahupun anggota pentadbiran, sebahagian besar matlamat yang telah dirancang berjaya dicapai. Kesannya, taraf dan kualiti hidup rakyat semakin baik, ekonomi negara semakin makmur manakala keadaan kewangan kerajaan terus bugar.
  4. Perancangan dan pelaksanaan ETP dan GTP bukan sahaja membuktikan iltizam kerajaan terhadap falsafah pemandu negara 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, tetapi ia juga merupakan eksperimen paling berani yang pernah dilaksanakan oleh mana-mana kerajaan di dunia dalam mengamalkan prinsip ketelusan dan kepertanggungjawaban.
Tuan-tuan dan puan-puan,
  1. Rakyat terbanyak serta semua pihak yang berkepentingan boleh, melalui proses perundingan dibuat menyumbang melalui makmal-makmal yang diadakan dalam proses pembentukan GTP dan ETP. Mereka juga mampu menilai pencapaian kedua-dua prakarsa ini melalui laporan tahunan dan laporan berkala yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.
  2. Mungkin ada yang bertanya, bagaimana rojak kependekan ini mampu menyentuh kehidupan kita? GTP, ETP, NKRA, NKEA, EPP? Apa hubungkaitnya dengan tuan-tuan dan puan-puan sekelian? Jawapannya ialah, semuanya dirangka serta digubal bagi meningkatkan kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia secara terancang.
  3. Sesungguhnya lagi, semua prakarsa ini, tidak lain dan tidak bukan, ialah langkah kerajaan untuk membolehkan setiap rakyat Malaysia mendapat akses kepada yang terbaik dalam kehidupan. Pekerjaan dengan pendapatan yang setimpal di mana, semakin tinggi kemahiran dan kepakaran yang dimiliki, semakin tinggi pula ganjarannya.
  4. Pendidikan yang bermutu bermula dari pra sekolah lagi, untuk mengoptimakan potensi diri, perkhidmatan kesihatan yang terbaik, prasarana awam yang mencukupi dan pemilikan rumah yang selesa serta berkemampuan untuk berlindung dan membesarkan anak-anak.
  5. Jelasnya, kerajaan ini ialah kerajaan yang bertanggungjawab. Kerajaan ini ialah kerajaan yang menepati janji. Kerajaan ini ialah kerajaan yang meletakkan maslahah serta kesejahteraan rakyat di atas segala-galanya. Sebab itulah sebelum berjanji kepada rakyat, kita telah mengkaji, pertamanya, adakah janji yang diberikan kepada rakyat itu akan mendatangkan faedah dan tidak memudaratkan, sama ada untuk jangka pendek, sederhana atau panjang. Keduanya, adakah janji yang dibuat tersebut mampu untuk kita tunaikan? Bukannya janji sekadar janji.
Tuan-tuan dan puan-puan,
  1. Dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, rakyat teramailah yang menentukan parti mana yang dipercayai untuk membentuk sebuah kerajaan. Realitinya, bukan semua kerajaan sama berkemampuan. Ya, betul, jangkaan oleh rakyat kepada setiap kerajaan sama, namun, prestasi setiap kerajaan adalah berbeza. Pastinya, ada kerajaan yang berkesan dan ada kerajaan yang lemah serta gagal menunaikan amanah yang diberi.
  2. Sebab itulah ada negara yang berjaya meningkatkan taraf daripada status mundur, kepada status membangun dan kemudiannya maju. Ada negara pula, tidak berubah statusnya, terus terperangkap sama ada dalam kemunduran atau membangun. Apa yang lebih teruk, ada juga negara bersifat regresif hingga jatuh tarafnya daripada negara membangun menjadi negara mundur.
Tuan-tuan dan puan-puan,
  1. Kita amat bersyukur bahawa Malaysia hari ini ialah manifestasi sebuah negara yang berjaya. Hasil perancangan teliti dan rapi serta pelaksanaan dasar-dasar pembangunan berkesan, Malaysia telah berubah daripada status negara pertanian berpendapatan rendah kepada sebuah negara perindustrian moden berpendapatan sederhana tinggi.
  2. Ternyata, kita ialah bukti dan contoh sebuah negara yang amat progresif. Semenjak kemerdekaan dan pada dekad-dekad awal, kerajaan telah menjadikan agenda membasmi kemiskinan, reformasi tanah, keadilan sosial, meningkatkan akses kepada setiap tahap pendidikan, perkhidmatan kesihatan untuk semua dan penjanaan kekayaan nasional sebagai agenda negara.
  3. Dalam aspek ini, hasil kejayaan negara boleh disaksikan daripada peningkatan Pendapatan Negara Kasar atau PNK per kapita daripada 257 dolar Amerika pada tahun 1957 kepada 9970 dolar Amerika pada tahun 2012. Ini merupakan peningkatan hampir 4000 peratus dalam tempoh lebih lima dekad.
  4. Peningkatan taraf hidup ini diperjelaskan lagi melalui angka-angka, hasil daripada Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah. PPIR 2012 menunjukkan bahawa, isi rumah bulanan purata Malaysia meningkat daripada 4,025 ringgit pada tahun 2009 kepada 5,000 ringgit pada tahun 2012. Ini adalah peningkatan lebih daripada 1,200 peratus, sejak Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dimulakan pada tahun 1974.
  5. Manakala, kadar kemiskinan pula terus menurun daripada lebih enam puluh peratus pada awal kemerdekaan kepada 1.7 peratus pada tahun 2012. Jurang pendapatan di kalangan rakyat Malaysia juga bertambah baik dengan kadar Pekali Gini menurun kepada 0.431 pada tahun 2012. Kadar inflasi negara juga kekal berada di paras yang rendah iaitu 1.2 peratus pada Disember 2012. Kadar ini adalah antara yang terendah di rantau ini.
Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,
  1. Setelah tiga tahun kerajaan memulakan inisiatif GTP, maka pada kesempatan ini saya ingin melaporkan pencapaian-pencapaian yang berjaya dizahirkan di bawah tujuh bidang-bidang keberhasilan utama seperti berikut:
  2. Pertama: NKRA Menangani Kos Sara Hidup Rakyat yang diperkenalkan, telah berjaya membawa manfaat kepada kehidupan rakyat yang berpendapatan rendah. Di bawah NKRA ini, Kerajaan telah mengambil beberapa inisiatif antaranya:-
  3. Pertama, dalam rangka mempastikan subsidi benar-benar memanfaatkan kumpulan sasar, Kerajaan telah mengambil keputusan untuk melanjutkan program Bantuan Rakyat 1Malaysia dan memperluas lagi skop program ini kepada individu bujang. Ini melibatkan peruntukan sejumlah lebih 2.34 bilion ringgit dan memanfaatkan lebih 6 juta rakyat Malaysia.
  4. Pemberian Bantuan Persekolahan 100 ringgit atau Baucer Sekolah 1Malaysia kepada murid-murid sekolah rendah dan menengah. Sejumlah 524 juta ringgit telah diperuntukkan dan usaha ini memberi manfaat kepada lebih 5.24 juta murid.
  5. Bagi pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat tinggi di universiti serta kolej pula pemberian 250 ringgit sebagai Baucer Buku 1Malaysia memanfaatkan seramai lebih 390,000 pelajar dengan peruntukkan lebih 97.5 juta ringgit.
  6. Sebagai bukti keprihatinan terhadap permasalahan rakyat dalam menanggung kos kehidupan seharian yang semakin meningkat, Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak 37.8 bilion ringgit bagi membiayai pelbagai bentuk pemberian di mana sebanyak 22.3 bilion ringgit adalah untuk Subsidi, 873.5 juta ringgit untuk insentif dan 14.6 bilion ringgit bagi bantuan.
  7. Di samping itu, melalui inisiatif Jenama 1Malaysia, rakyat kini mempunyai alternatif dalam mendapatkan barangan keperluan harian dan perkhidmatan dengan kos yang secara puratanya 20 hingga 40 peratus lebih rendah daripada harga pasaran. Melalui inisiatif ini, Kerajaan telah memperluaskan lagi pembukaan Kedai Rakyat 1Malaysia menjadi 85 buah semuanya. Sejumlah 168 Klinik 1Malaysia pula sedang memberi rawatan kepada lebih enam juta rakyat Malaysia dengan kos hanya satu ringgit.
  8. Selain itu, kita juga sedang melaksanakan inisiatif-inisiatif Kedai Buku 1Malaysia, Kedai Kain 1Malaysia, Projek Perumahan 1Malaysia atau PR1MA, Bantuan Tayar 1Malaysia, Kebajikan Rakyat 1Malaysia atau KAR1SMA serta Menu Rakyat 1Malaysia. Saudara dan saudari, sesungguhnya dan sememangnya segala ikhtiar ini dan semua yang dilakukan ini demi kepentingan serta kesejahteraan segenap rakyat Malaysia tercinta.
Tuan-tuan dan puan-puan,
NKRA kedua, Mempertingkatkan Taraf Kehidupan Isi Rumah Berpendapatan Rendah.
  1. Sungguhpun Kerajaan telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan kepada 1.7 peratus dan meletakkan kemiskinan tegar dalam lipatan sejarah, namun usaha untuk meningkatkan taraf hidup mereka yang berpendapatan rendah bukan sahaja akan diteruskan, malah, akan ditingkatkan lagi.
  2. Untuk itu, melalui program Akhiri Zaman Miskin atau 1AZAM seramai 106,967 telah berjaya didaftarkan di bawah program-program Azam Kerja, Azam Niaga, Azam Khidmat dan Azam Tani. Ribuan rakyat telah menerima pembiayaan mikro melalui Amanah Ikhtiar Malaysia, TEKUN Nasional dan Yayasan Usaha Maju.
  3. Di bawah program e-Kasih pula, sebanyak 89 peratus atau lebih 100,000 mereka yang berdaftar telah berjaya dikeluarkan daripada belenggu kemiskinan dalam tempoh hanya 3 tahun.
  4. Dalam rangka memastikan isi rumah berpendapatan rendah mendapat akses kepada kediaman pula, pelbagai inisiatif sedang dan telah dilaksanakan oleh beberapa agensi kerajaan antaranya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Syarikat Perumahan Negara Berhad. Bagi usaha ini, kerajaan telah menawarkan, lebih 100,000 unit kediaman mampu milik.
Tuan-tuan dan puan-puan,
NKRA Ketiga, Mempertingkatkan Infrastruktur Asas Luar Bandar
 
  1. Kerajaan akan terus mempastikan rakyat Malaysia yang tinggal di kawasan luar bandar tidak terpisah daripada arus perdana pembangunan. Komitmen kerajaan ini telah dizahirkan melalui program infrastruktur luar bandar. Di bawah inisiatif ini, lebih 3,300 kilometer jalan raya telah dibina, lebih 1.4 juta isi rumah dibekalkan air bersih dan lebih 470 ribu isi rumah mendapat akses elektrik yang terjamin.
  2. Di samping itu, Kerajaan juga telah membina dan membaik pulih 53 ribu rumah bagi penduduk miskin luar bandar. Ini melibatkan lebih 266 ribu isi rumah atau hampir sejuta orang. Sesungguhnya, kesemua inisiatif di bawah NKRA ini telah menambah baik kesejahteraan hidup hampir 4 juta rakyat Malaysia yang tinggal di luar bandar.
Rakyat Malaysia dikasihi sekalian.
NKRA Keempat, Mempertingkatkan Pencapaian Pelajar
  1. Menyedari bahawa anak-anak adalah pewaris dan masa hadapan negara, Kerajaan beriltizam untuk mempastikan bahawa setiap anak Malaysia akan mendapat permulaan pemelajaran seawalnya dalam hidup mereka. Melalui usaha-usaha yang telah dilaksanakan di bawah NKRA Mempertingkat Pencapaian Pelajar, enrolmen prasekolah telah berjaya ditingkatkan jumlahnya kepada hampir 770 ribu pada 2012 atau 80 peratus kohort umur berkenaan. Ini merupakan satu peningkatan jika dibandingkan dengan angka pada tahun 2009, di mana hanya, 67 peratus kohort umur tersebut berpeluang mendapat pendidikan prasekolah.
  2. Pada tahun 2012, kita juga telah berjaya mengeluarkan 164 atau lebih 40 peratus sekolah-sekolah daripada kumpulan berprestasi rendah atau apa yang dikelaskan sebagai jaluran 6 dan 7 kepada jaluran yang lebih baik yakni jaluran 1 hingga 5.
Tuan-tuan dan puan-puan,
NKRA Kelima, Mempertingkatkan Pengangkutan Awam Bandar
 
  1. Kerajaan kini sedang giat untuk menambah baik pengangkutan awam bandar. Rakyat boleh melihat bukti usaha ini melalui kerja-kerja pembinaan yang sedang dilaksanakan khususnya projek penyambungan LRT dan MRT. Kerajaan berharap rakyat dapat bersabar sedikit terhadap kesulitan dan kesesakan lalu lintas yang sedang dialami. Ini adalah fenomena yang sementara. InsyaAllah, apabila semua projek ini siap, rakyat Malaysia kelak akan menikmati pengangkutan awam yang cekap dan antara yang terbaik di rantau ini.
  2. Antara inisiatif yang telah pun dilaksanakan ialah penambahan tren enam gerabak bagi perkhidmatan tren Komuter KTM, perkhidmatan bas GoKL yang menawarkan perjalanan percuma serta pelaksanaan Sistem Maklumat Penumpang agar pengguna mempunyai gambaran yang lebih baik tentang masa menunggu sebelum ketibaan bas.
  3. Menjejaki masa depan pula, rakyat boleh menjangkakan sistem keretapi laju yang akan menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura dalam masa 90 minit, jajaran MRT fasa kedua, landasan keretapi elektrik berkembar Ipoh – Padang Besar dan pembinaan Lebuhraya Pantai Barat. Pada analisis akhirnya, ini semua akan meningkatkan kualiti pengangkutan awam bandar seterusnya gaya hidup rakyat.
Tuan-tuan dan puan-puan,
NKRA Keenam, merujuk inisiatif Membanteras Rasuah
  1. Rasuah mampu menghancurkan negara dan melemahkan integriti institusi nasional serta menjadi penghalang besar kepada wawasan negara. Menyedari hakikat ini, kerajaan tegas memulakan perang terhadap rasuah semenjak tahun 1967 apabila tertubuhnya Badan Pencegah Rasuah dan kini diperkukuhkan lagi dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau SPRM.
  2. Hari ini, Malaysia merupakan satu-satunya negara yang menjadikan usaha membanteras rasuah sebagai Penunjuk Prestasi Utama atau KPI negara.
  3. Inisiatif NKRA Membanteras Rasuah telah menunjukkan keberkesanan apabila kedudukan Indeks Persepsi Rasuah oleh Transparency International  negara telah bertambah baik enam anak tangga kepada kedudukan 54 pada tahun 2012 dan berada pada kedudukan ketiga dalam kalangan negara ASEAN.
  4. Melalui penubuhan 14 Mahkamah Sesyen Khas dalam tempoh tiga tahun yang lalu, lebih 400 kes rasuah telah dibicarakan dan daripada itu hampir 260 kes telah berjaya diselesaikan pada akhir tahun 2012.
  5. Selanjutnya, dalam usaha untuk meningkatkan ketelusan dan integriti proses pilihanraya, saya selaku Pengerusi Barisan Nasional telah menandatangani Ikrar Integriti Pilihanraya bagi memastikan PRU-13 bebas dan telus. Untuk itu, saya menyeru kepada semua parti politik supaya “walk the talk” dan mempunyai keberanian moral untuk menandatangani ikrar yang sama.
Tuan-tuan dan puan-puan,
NKRA Ketujuh, ialah Mengurangkan Jenayah
  1. Bagi mempastikan rakyat hidup dalam keadaan aman dan sejahtera, Kerajaan telah melaksanakan prakarsa membanteras jenayah. Saya ingin melaporkan bahawa kita telah berjaya mengurangkan kadar jenayah sehingga 27 peratus dalam tempoh tiga tahun. Kerajaan akan mempastikan Polis DiRaja Malaysia akan ditingkat upaya dan distruktur sesuai dengan keperluan memerangi jenayah moden.
  2. Pasukan polis akan ditransformasi daripada hanya sebuah pasukan keselamatan kepada sebuah perkhidmatan kepolisan yang berorientasikan masyarakat. Jelasnya, perkhidmatan polis tidak akan berjaya tanpa sokongan rakyat.
  3. Maka, saya ingin menggesa seluruh rakyat untuk berganding bahu dengan pihak polis dan pihak berkuasa  yang berkenaan kerana keselamatan dan keamanan negara merupakan tanggungjawab bersama.
Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,
  1. Seperti mana yang saya sebutkan pada tahun lepas, hubungkait antara Model Baru Ekonomi, Prakarsa Pembaharuan Strategik, Program Transformasi Ekonomi, 12 NKEA dan 152 EPP bolehlah diumpamakan dalam analogi berikut:
  2. Model Baru Ekonomi dan Prakarsa Pembaharuan Strategik bolehlah diibaratkan sebagai lebuhraya. Manakala ETP merupakan kenderaan yang akan menggunakan lebuhraya membawa kita ke destinasi akhir, iaitu sebuah negara maju berpendapatan tinggi. 12 NKEA di bawah ETP ialah bahagian-bahagian enjin kepada kenderaan tersebut.
  3. Manakala EPP ialah bahan api atau “fuel” yang akan menggerakkan kenderaan ini. Untuk Malaysia menjadi sebuah negara maju, kesemua komponen termasuk kenderaan, enjin, bahan api dan lebuhraya hendaklah berada dalam keadaan yang terbaik.
Tuan-tuan dan puan-puan,
  1. Dari segi pencapaian Program Transformasi Ekonomi pula, saya berbesar hati dan berasa bangga menyaksikan sektor swasta memainkan peranan yang penting, sejajar dengan aspirasi dan harapan kita.
  2. Sejak pelancaran ETP pada lewat tahun 2010, kadar pertumbuhan pelaburan swasta telah berkembang lebih tiga kali ganda, mencatat peningkatan sebanyak 22% pada tahun 2012. Selari dengan matlamat ETP di mana sektor swasta memainkan peranan utama sebagai pemacu ekonomi negara, nisbah pertumbuhan pelaburan swasta terus mengalami peningkatan konsisten. Jika pada tahun 2009  jumlah pelaburan swasta hanya merangkumi 52 peratus, angka ini telah meningkat kepada 58 peratus pada tahun 2012.
  3. Ini adalah bukti keyakinan sektor swasta yang semakin meningkat terhadap inisiatif transformasi nasional. Angka menunjukkan, pada tahun 2012, pelaburan swasta telah mengatasi sasaran dengan mencapai jumlah 139.5 bilion ringgit, dipacu oleh perbelanjaan modal yang tinggi dalam sektor pengilangan, perkhidmatan dan perlombongan.
  4. Pelaburan swasta penting kerana ia mempengaruhi kadar pertumbuhan ekonomi negara. Kerancakkan pelaburan swasta yang lebih besar berkadar langsung dengan kadar pertumbuhan ekonomi negara yang lebih tinggi. Pertumbuhan akan menjana kekayaan nasional. Kekayaan yang terhasil ini akan membolehkan kerajaan menjayakan lebih banyak inisiatif yang memanfaatkan rakyat.
Tuan-tuan dan puan-puan,
  1. Di antara pencapaian-pencapaian Bidang Ekonomi Utama Negara atau NKEA adalah:
  2. Pertama, bagi sektor pelancongan, bagi tahun 2011 dan 2012, jumlah pelancong yang melawat Malaysia ialah hampir 50 juta orang dengan jumlah PNK bernilai hampir 100 bilion ringgit.
  3. Kedua, dalam pembangunan Greater Kuala Lumpur, setakat 31 Disember 2012, projek My Rapid Transit atau MRT telah menawarkan  48 pakej kontrak berjumlah 19.8 bilion ringgit dan 45 peratus atau 8.9 bilion ringgit daripada jumlah keseluruhan telah diberi  kepada kontraktor Bumiputera.
  4. Ketiga, bagi sektor minyak dan gas, projek RAPID di Pengerang bakal mewujudkan peluang pekerjaan bernilai tinggi kepada 4,000 orang dan kerja-kerja pembinaan kepada 20,000 orang.
  5. Keempat, dalam sektor minyak sawit pula, kita telah berjaya menanam semula seluas kira-kira 113,000 hektar kelapa sawit.
  6. Kelima, bagi sektor kandungan dan infrastruktur komunikasi dan industri kreatif, sebanyak 547 juta ringgit, keluaran kreatif telah dieksport dan 157 ribu jam kandungan kreatif telah terhasil. Di antaranya adalah pembikinan filem bertajukLife of Pi, telah berjaya meraih 4 kemenangan daripada 11 pencalonan  di Academy Awards baru-baru ini yang melibatkan kepakaran kreatif anak tempatan.
  7. Keenam, untuk tempoh 2011 dan 2012, seramai 1,087 pemilik kedai runcit telah mendapat manfaat daripada menyertai program Transformasi Kedai Runcit atau TUKAR. Kedai-kedai yang menyertai program ini telah menyaksikan dalam tempoh 6 hingga 12 bulan selepas pelaksanaannya, purata jualan meningkat sebanyak 30 peratus.
  8. Di atas angka-angka yang meningkat ini adalah keyakinan positif oleh pelabur-pelabur swasta kepada ekonomi negara kita. Ia diterjemahkan di dalam bentuk penciptaan peluang-peluang pekerjaan bernilai tinggi, peluang-peluang perniagaan kepada usahawan serta projek-projek komersial yang mampu memberi limpahan faedah kepada rakyat amnya.
  9. Hasilnya, Pendapatan Negara Kasar per kapita negara telah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Jika kita imbau, sebelum inisiatif ETP bermula, PNK per kapita pada tahun 2009 ialah 6,700 dolar Amerika. Pada tahun 2012, angka ini telah meningkat sebanyak 49 peratus kepada 9,970 dolar Amerika. Trend ini akan menyaksikan Malaysia mencapai status sebuah negara berpendapatan tinggi mengikut takrifan Bank Dunia lebih awal daripada yang dijangkakan.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
  1. Kejayaan meningkatkan taraf hidup ini perlu dilihat dari konteks bahawa pada tahun 1957 apabila negara mencapai kemerdekaan, PNK per kapita negara hanya 257 Dolar Amerika. PNK ialah ukuran utama yang digunakan di peringkat global bagi mengukur kemajuan atau kemunduran taraf hidup rakyat sesebuah negara.
  2. Kadar PNK yang tinggi, berkadar langsung dengan taraf hidup yang juga tinggi. Begitu juga dengan PNK yang rendah. Selain daripada PNK, mekanisma lain yang digunakan untuk menilai taraf hidup rakyat sesebuah negara ialah Per Capita Purchasing Power Parity atau Pendapatan Per Kapita Berasaskan Kuasa Beli. Waima, mengikut kaedah ini pun, kuasa beli rakyat Malaysia adalah hampir dua kali ganda pendapatan per kapita yang ada.
  3. Kesan langsung daripada peningkatan angka-angka ini boleh dilihat dan dirasai melalui perubahan gaya hidup rakyat. Sebagai contoh, kemampuan rakyat teramai untuk pergi melancong, mengerjakan umrah, memiliki lebih daripada satu kenderaan dan telefon pintar, pelaburan di dalam unit amanah dan hartanah serta pelbagai lagi.
  4. Sehubungan ini juga, sehingga 31 Disember 2012, 149 projek telah diumumkan di bawah ETP sejak tahun 2010, dengan jumlah terkumpul sebanyak 211.34 bilion ringgit dalam pelaburan yang telah dimeterai. Hasil pencapaian ini, sumbangan PNK pada tahun 2020 dijangka mencecah 135.64 bilion ringgit dan sejumlah lebih 400 ribu pekerjaan dijangka dapat diwujudkan.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
  1. Atas dasar inilah, maka Kerajaan telah mengenalpasti enam Prakarsa Pembaharuan Strategik untuk memangkin daya saing negara. Dalam bidang Modal Insan, Piawaian Antarabangsa dan Liberalisasi, mahupun dalam usaha merapatkan jurang, khususnya dari segi penglibatan Bumiputera dalam ekonomi. Kerajaan menyasarkan agar rakyat Malaysia seluruhnya menjiwai kepentingan daya saing dalam usaha memartabatkan negara.
  2. Prakarsa Pembaharuan Strategik berkaitan Persaingan, Standard dan Liberalisasi, bertujuan membangunkan persekitaran perniagaan yang cekap dan berdaya saing di Malaysia. Antara pencapaian penting SRI pada tahun 2012 ialah penguatkuasaan Akta Persaingan 2010 dan kes pertamanya telah pun diselesaikan.
  3. Manakala liberalisasi 17 subsektor telah berjaya dilaksanakan dan susulan daripada itu, subsektor ke-18, iaitu subsektor ukur bahan bakal diliberalisasikan pada tahun 2013 dan beberapa syarikat pelaburan berkaitan Kerajaan telah diapung dan dijual pada tahun 2012 bagi mengurangkan peranan Kerajaan dalam perniagaan. Mustahaknya, kesemua inisiatif ini akan membuka peluang dan mempermudahkan urusan perniagaan.
Rakyat yang dikasihi sekalian,
  1. Kita berasa syukur kerana Malaysia terus mengukuhkan pelbagai tangga kedudukan di peringkat antarabangsa. Antara pengiktirafan yang telah diterima daripada institusi bertaraf dunia adalah seperti berikut:
  2. Pertama, mengikut World Bank Ease of Doing Business Report 2013, secara keseluruhannya Malaysia merupakan negara ke-12 paling mesra perniagaan di dunia. Menurut laporan yang sama juga, Malaysia menduduki tangga pertama dari segi akses kepada kemudahan kredit.
  3. Kedua, menurut Institute of Management Development  di dalam laporan World Competitiveness Yearbook 2012/2013, Malaysia adalah negara ke-14 paling berdaya saing di dunia. Kedua-dua agensi tersebut juga meletakkan Malaysia di tangga keempat di dunia yang paling melindungi pelabur
  4. Perunding pengurusan global AT Kearney mengeluarkan beberapa indeks yang menunjukkan pencapaian  Malaysia sebagai negara ke-10 bagi Destinasi Menarik Pelaburan Langsung Asing dalam Indeks Keyakinan Pelaburan Langsung asing 2012. Malaysia turut diiktiraf sebagai negara ketiga di dunia bagi Lokasi Menarik bagi Destinasi Penyumberan Luar 2011 selepas India dan China.
  5. Globe Shopper Index oleh Economist Intelligence Unit menunjukkan Kuala Lumpur sebagai pusat bandar membeli-belah kedua terbaik di Asia Pasifik.
  6. International Living Magazine melaporkan Malaysia sebagai negara Ketiga terbaik untuk persaraan bagi tahun 2013.
  7. Manakala, dalam pasaran modal pula, indeks KLCI Bursa Malaysia mencatat angka tertinggi iaitu 1,688 mata pada 31 Disember 2012. Ia telah menyaksikan kenaikan “market capitalisation” daripada 999 bilion ringgit pada Disember 2009 kepada 1.47 trilion ringgit atau peningkatan sebanyak 47 peratus. Ini bererti, sebanyak 466 bilion ringgit kekayaan telah berjaya dijana sejak semua inisiatif transformasi dimulakan. Sebagai peneraju kewangan Islam di dunia dan sebagai pemacu utama sukuk global pula, Malaysia juga telah menerbitkan sukuk yang bernilai 97.1 bilion dolar Amerika pada tahun 2012.
Tuan-tuan dan puan-puan,
  1. Sesungguhnya, pengiktirafan-pengiktirafan global kepada Malaysia ini adalah satu testimoni kejayaan kepada prakarsa-prakarsa GTP dan ETP sejak ia dilaksanakan. Ia juga adalah testimoni bahawa kita berada di landasan yang betul. Sehubungan itu, saya bagi pihak kerajaan ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua penjawat awam, pihak swasta dan rakyat Malaysia sekalian yang telah bertungkus-lumus menjayakan agenda besar transformasi untuk semua ini.

Rakyat Malaysia yang dikasihi,
  1. Alhamdullilah ceritera Malaysia ialah cerita kejayaan. Ia cerita harapan yang mengatasi nujum kemusnahan. Namun kejayaan ini tidak mungkin tercipta tanpa gebar keselamatan serta kestabilan yang dihasilkan oleh Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan lain-lain agensi keselamatan negara.
  2. Insiden kaganasan di Lahad Datu menjadi semboyan peringatan bahawa kita sekali-kali tidak mampu  mengambil mudah soal keselamatan. Keamanan dan kestabilan yang berpanjangan tidak harus menjadi sebab  ketumpulan tahap kita berwaspada.
  3. Tragedi ini telahpun mengorbankan nyawa sepuluh orang anggota pasukan keselamatan negara. Lapan orang daripada pasukan Polis DiRaja Malaysia dan mutakhir dua anggota tentera yakni Koperal Ahmad Hurairah Ismail yang berasal dari Pasir Mas dan Koperal Ahmad Farhan Ruslan dari Kota Bharu.
  4. Kita menginsafi bahawa hasil pengorbanan pahlawan-pahlawan negara ini sepertimana pada era darurat dan insurgensi telah memungkinkan kemajuan dan kemakmuran kita nikmati hingga hari ini. Pengorbanan mereka bukan sia-sia, pengorbanan mereka bukan kecil, pengorbanan mereka bukan untuk diperlekehkan.
  5. Oleh yang demikian, kepada pihak-pihak yang cuba untuk memperkecilkan sumbangan anggota keselamatan ini, saya ingin mengingatkan kepada mereka, belajarlah mengenang budi. Sewajarnya kita semua berterima kasih di atas jasa dan bakti mereka yang telah berjuang demi tanahair tercinta ini. Kenanglah ibu bapa yang meniti hari tua tanpa mereka lagi disisi, kenangilah isteri-isteri yang menjadi balu serta anak-anak yang kehilangan belai manja bapanya. Kepada mereka kita berjanji bahawa negara ini akan sentiasa memuliakan bakti serta pengorbanan tersebut.
Tuan-tuan dan puan-puan,
  1. Di sini juga saya ingin menegaskan bahawa negeri Sabah selama-lamanya merupakan sebahagian dari Persekutuan Malaysia. Rakyat Sabah ialah warganegara Malaysia. Untuk itu kita akan tetap mempertahankan kemerdekaan, kedaulatan serta keutuhan wilayah Malaysia daripada sebarang pencerobohan. Kita tidak akan membenarkan barang seinci pun bumi Malaysia dirampas oleh sesiapa. Inilah komitmen kerajaan yang ada hari ini.
Rakyat Malaysia yang dikasihi,
  1. Mencapai status negara maju berpendapatan tinggi adalah matlamat kita. Apa yang mustahak, kita mahu menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi  dengan acuan kita sendiri, di mana kebahagiaan individu, keluarga dan masyarakat menjadi asas utama bukan semata-mata angkatunjuk ekonomi. Oleh kerana itulah, Dasar Transformasi Negara digubal dan dilaksana bagi memastikan setiap rakyat Malaysia akan merasai nikmat kemajuan yang diusahakan.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
  1. Saya bagi pihak kerajaan telahpun membentangkan laporan tentang perjalanan yang telah dilalui semenjak tiga tahun lalu. Saya yakin bahawa rakyat telahpun bukan sekadar dapat melihat, mendengar dan menilai apa yang telah berlaku, tetapi juga merasai kesannya.
  2. Maka, kini, saatnya hampir tiba apabila rakyat akan membuat pilihan tentang halatuju negara untuk tempoh lima tahun akan datang. Pilihan ini ialah tentang kebolehpercayaan, tentang harapan, tentang masa depan, tentang kelangsungan ceritera kejayaan Malaysia dan tentang janji ditepati.
  3. Dari itu, rakyat Malaysia perlu memilih antara kerajaan hari ini yang telah membuktikan bahawa ianya sebuah kerajaan yang boleh dipercayai, kerajaan yang mendokong harapan, kerajaan yang berusaha gigih mencipta masa depan yang lebih baik untuk anak-anak Malaysia, kerajaan yang akan meneruskan dasar-dasar yang terbukti berjaya ATAU pihak sebelah sana yang, apabila bercakap ibarat lidah tidak bertulang, apabila diberi amanah pula mereka mengambil mudah.
  4. Kita juga bukan seperti mereka, apabila musim pilihanraya menerbitkan manifesto tetapi setelah menjadi kerajaan janji-janji itu dimungkiri. Sudahlah manifesto yang dibuat tidak ditunaikan, diterbitkan pula janji baru dalam bentuk buku jingga yang ternyata tidak dikaji dengan baik kemampuannya dan kesan kepada kewangan negara. Tidak cukup setakat itu, nampaknya, belum pun kering dakwat dokumen buku jingga, dikeluarkan pula manifesto baru.
  5. Pucuk pangkalnya, jika janji lama dimungkiri, janji baru yang dibuat hampir mustahil untuk ditunaikan, maka, bolehkah rakyat berpegang kepada janji-janji baru mereka? Adakah sebenarnya mereka boleh dipercayai? Mampukah kita mempertaruhkan harapan masa depan anak cucu kita kepada mereka? Walhal dengan rekod yang buruk, adakah kita yakin mereka mampu mencipta masa depan yang lebih baik?
  6. Oleh yang demikian, pilihlah kerajaan yang transformatif. Janganlah pilih kerajaan yang memusnah. Janganlah memilih kerajaan yang akan meruntuhkan masa depan kita dan anak-anak kita. Janganlah sesekali bereksperimen dengan masa depan kerana amat sukar untuk bangkit dan pulih dari kepunahan sekiranya ia melanda akibat pilihan yang salah.
  7. Hakikatnya, kerajaan hari ini adalah kerajaan yang menjunjung kesejahteraan rakyat. Salah satu contoh terbaik iltizam ini ialah Bantuan Rakyat 1Malaysia. BR1M 1.0 dan 2.0 yang kerajaan berikan, telah sampai langsung ke tangan rakyat. Ia satu inisiatif yang mendatangkan manfaat yang besar kerana dapat membantu meringankan beban mereka yang berpendapatan rendah.
  8. Sehubungan dengan itu, tuan-tuan dan puan-puan, sukacita saya mengumumkan kerajaan akan menjadikan dan meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia sebagai inisiatif tahunan.
Tuan-tuan dan puan-puan rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,
  1. Marilah kita bina masa depan yang gemilang untuk semua, marilah kita bina masa depan yang menjanjikan pulangan adil kepada yang bekerja keras, yang berkreativiti, yang berinovasi dan yang sanggup mengambil risiko. Marilah kita bina sebuah Malaysia yang menjanjikan taman kebahagiaan untuk semua.
Wabillahi Taufik Wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Sekian, terima kasih.

Rabu, 13 Mac 2013

Himpunan Ucapan DS Najib 2008


42. Untuk mencapai matlamat ini, pertama sekali, adalah sangat mustahak untuk mengemaskini pendidikan dan pengkaderan politik. Di semua peringkat ahli-ahli Umno perlu dididik dan diberi kefahaman secukupnya agar menjadi penyokong yang celik tentang sejarah parti. Barulah nanti akan wujud kesetiaan yang berasaskan kepada keyakinan terhadap perjuangan Umno. Kita tidak boleh mengambil mudah tentang proses ini yang sebenarnya telah menjadi punca kepada jatuh bangun sesebuah tamadun dan bangsa. Jadinya, kita perlu memperkukuhkan proses pendidikan dan pengkaderan melalui kursus-kursus politik secara terancang, berperingkat lagi tersusun berdasarkan kurikulum yang digubal khas merangkumi pendedahan sejarah, pembinaan jati diri dan 'esprit de corps.'

43. Kita ingin mencadangkan kursus atau latihan kepimpinan berbentuk 3 hari 2 malam atau 4 hari 3 malam diperhebat di kem atau di pusat latihan seluruh negara. Modul kursus seumpama ini wajarlah padat dengan pengukuhan nilai murni perjuangan dan bertujuan melatih ahli menjadi pemimpin yang mulia. Kaedah latihan juga wajar bercorak lebih lasak termasuk modul kembara di hutan atau di laut untuk membina semangat kekitaan dan mengeratkan tali persaudaraan sesama ahli dan pimpinan.

44. Keduanya, kita mesti mengubah cara Umno menentukan pemimpin termasuklah sistem kuota. Kita perlu memberikan hak memilih ke tangan kumpulan yang lebih besar. Sekarang ini, sebagai contoh pemilih bagi perhimpunan Agung Umno hanya di kalangan hampir 2,600 orang yang terdiri daripada perwakilan dari 191 bahagian. Sudah tentu keputusan yang dibuat oleh perwakilan sejumlah itu tidak mencerminkan sepenuhnya hasrat lebih tiga juta ahli Umno di peringkat akar umbi di seluruh negara. Pada hemat saya, telah tiba masanya untuk kita mengkaji semula perlembagaan Umno dari aspek ini agar proses pemilihan kepimpinan Umno dapat disertai oleh lebih ramai ahli dari semua peringkat.

45. Inilah jalan yang akan dapat membendung masalah politik wang dan salah guna kuasa. Inilah juga jalan, jika kita ingin parti ini terus kekal kuat dengan sewajarnya mengembalikan semula mandat pemilih kepada akar umbi. Apabila rakyat sudah berpaut dengan kita, barulah Umno akan kembali menjadi perkasa. Ini boleh dilakukan jika setiap pemimpin dan ahli Umno menjiwai kelazatan berkhidmat kepada masyarakat. Setiap masalah rakyat yang berjaya kita bantu, setiap kekusutan mereka yang berjaya kita leraikan dan setiap kebuntuan ramai yang dapat kita atasi akan menjadi suntikan semangat untuk terus berkorban demi sebuah perjuangan.

Saudara dan saudari,

46. Hari ini kira-kira dua pertiga rakyat Malaysia tinggal di kawasan bandar. Atas kejayaan dasar-dasar yang digubal oleh Umno juga sebahagian besar masyarakat Melayu telah menjadi masyarakat bandar. Sehubungan dengan perkembangan ini, Umno bukan sahaja perlu terus memperkasa usaha memerangi kemiskinan di luar bandar tetapi juga perlu peka dengan masalah kemiskinan bandar. Perlu difahami bahawa sebilangan keluarga di bandar yang berpendapatan rendah kini sukar untuk memenuhi tuntutan kehidupan seharian.
SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?"
Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI


Yakinlah kepada kerajaan BN - PM

Yakinlah kepada kerajaan BN - PM

Rabu, 20 Februari 2013

Selasa, 5 Februari 2013


42. Untuk mencapai matlamat ini, pertama sekali, adalah sangat mustahak untuk mengemaskini pendidikan dan pengkaderan politik. Di semua peringkat ahli-ahli Umno perlu dididik dan diberi kefahaman secukupnya agar menjadi penyokong yang celik tentang sejarah parti. Barulah nanti akan wujud kesetiaan yang berasaskan kepada keyakinan terhadap perjuangan Umno. Kita tidak boleh mengambil mudah tentang proses ini yang sebenarnya telah menjadi punca kepada jatuh bangun sesebuah tamadun dan bangsa. Jadinya, kita perlu memperkukuhkan proses pendidikan dan pengkaderan melalui kursus-kursus politik secara terancang, berperingkat lagi tersusun berdasarkan kurikulum yang digubal khas merangkumi pendedahan sejarah, pembinaan jati diri dan 'esprit de corps.'

43. Kita ingin mencadangkan kursus atau latihan kepimpinan berbentuk 3 hari 2 malam atau 4 hari 3 malam diperhebat di kem atau di pusat latihan seluruh negara. Modul kursus seumpama ini wajarlah padat dengan pengukuhan nilai murni perjuangan dan bertujuan melatih ahli menjadi pemimpin yang mulia. Kaedah latihan juga wajar bercorak lebih lasak termasuk modul kembara di hutan atau di laut untuk membina semangat kekitaan dan mengeratkan tali persaudaraan sesama ahli dan pimpinan.

44. Keduanya, kita mesti mengubah cara Umno menentukan pemimpin termasuklah sistem kuota. Kita perlu memberikan hak memilih ke tangan kumpulan yang lebih besar. Sekarang ini, sebagai contoh pemilih bagi perhimpunan Agung Umno hanya di kalangan hampir 2,600 orang yang terdiri daripada perwakilan dari 191 bahagian. Sudah tentu keputusan yang dibuat oleh perwakilan sejumlah itu tidak mencerminkan sepenuhnya hasrat lebih tiga juta ahli Umno di peringkat akar umbi di seluruh negara. Pada hemat saya, telah tiba masanya untuk kita mengkaji semula perlembagaan Umno dari aspek ini agar proses pemilihan kepimpinan Umno dapat disertai oleh lebih ramai ahli dari semua peringkat.

45. Inilah jalan yang akan dapat membendung masalah politik wang dan salah guna kuasa. Inilah juga jalan, jika kita ingin parti ini terus kekal kuat dengan sewajarnya mengembalikan semula mandat pemilih kepada akar umbi. Apabila rakyat sudah berpaut dengan kita, barulah Umno akan kembali menjadi perkasa. Ini boleh dilakukan jika setiap pemimpin dan ahli Umno menjiwai kelazatan berkhidmat kepada masyarakat. Setiap masalah rakyat yang berjaya kita bantu, setiap kekusutan mereka yang berjaya kita leraikan dan setiap kebuntuan ramai yang dapat kita atasi akan menjadi suntikan semangat untuk terus berkorban demi sebuah perjuangan.

Saudara dan saudari,

46. Hari ini kira-kira dua pertiga rakyat Malaysia tinggal di kawasan bandar. Atas kejayaan dasar-dasar yang digubal oleh Umno juga sebahagian besar masyarakat Melayu telah menjadi masyarakat bandar. Sehubungan dengan perkembangan ini, Umno bukan sahaja perlu terus memperkasa usaha memerangi kemiskinan di luar bandar tetapi juga perlu peka dengan masalah kemiskinan bandar. Perlu difahami bahawa sebilangan keluarga di bandar yang berpendapatan rendah kini sukar untuk memenuhi tuntutan kehidupan seharian.


47. Berdasarkan itu, bahagian-bahagian Umno di bandar perlu memainkan peranan masing-masing dalam mengetengahkan rintihan golongan Melayu bandar yang berpendapatan rendah. Nyatanya pun, terbukti sejak sekian lama rekod kepimpinan Umno telah hampir berjaya membasmi kemiskinan tegar luar bandar melalui pelbagai rancangan. Sekarang tibalah masanya kita mengulangi kejayaan itu dalam membasmi kemiskinan bandar bersesuaian dengan konteks semasa. Lantas, Umno sebagai parti tonggak pemerintahan akan memastikan agenda ini diberi keutamaan oleh kerajaan.

Selasa, 8 Januari 2013

Sultan Selangor Kesal


SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa terkejut dan kesal dengan kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang meminta agar kerajaan membenarkan kalimah Allah digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu. 

Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Mohd Misri Idris dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata berikutan gesaan itu, Sultan Selangor telah memanggil satu mesyuarat khas dengan beberapa anggota Mais, Mufti Selangor serta pegawai tertinggi Mais dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada 6 Januari lalu. 

"Baginda telah membuat ketetapan dan menitahkan dengan tegas bahawa kalimah Allah yang merupakan kalimah suci khusus bagi umat Islam tidak boleh sama sekali digunakan di negeri Selangor oleh mana-mana agama bukan Islam lain sebagaimana yang telah difatwa dan diwartakan pada 18 Februari 2010. 


"Malah baginda pernah mengeluarkan titah yang sama berkaitan penggunaan kalimah Allah tiga tahun lepas apabila isu ini pertama kali dibangkitkan. Namun, tuanku amat kesal kerana titah baginda itu telah dipandang ringan oleh sesetengah pihak sehingga isu yang sama dibangkitkan semula," katanya. 

Baru-baru ini, Guan Eng dilaporkan membangkitkan semula isu kalimah Allah melalui laman blognya dengan menggesa kerajaan pusat membenarkan penganut Kristian di Semenanjung menggunakan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu. 

Mohd Misri berkata, berikutan kenyataan itu juga, Sultan Selangor menitahkan Mais dan Jais untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak sama ada orang bukan Islam atau di kalangan orang Islam sekalipun yang masih mempersoal atau memperlekeh fatwa yang telah dikeluarkan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada di Selangor. 

Beliau berkata di Selangor terdapat undang-undang yang digubal Dewan Undangan Negeri pada April 1988 dan dikuatkuasakan pada Julai 1988 berkaitan pengawalan penggunaan kalimah Allah iaitu, Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 yang telah diwujudkan selaras dengan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan. 

Mohd Misri berkata, Seksyen 9 Enakmen berkenaan dengan jelas melarang kalimah Allah daripada digunakan orang bukan Islam di dalam apa-apa perkara yang berkaitan dengan agama mereka dan tuduhan serta hukuman boleh dijatuhkan bagi mereka yang melanggar peruntukan ini. 

"Baginda juga menitahkan agar orang bukan Islam supaya tidak mencampuri urusan agama Islam bagi mengelakkan permusuhan dan salah faham di kalangan kaum di negara ini. 

"Selanjutnya, tuanku menitahkan bahawa mana-mana pihak adalah ditegah dan dilarang sama sekali daripada menggunakan atau memperalatkan agama Islam sebagai modal politik mereka kerana ianya akan mengakibatkan kemusnahan kepada keamanan yang dikecapi oleh rakyat pelbagai agama di negara ini," katanya. 


SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?"
Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI

Isnin, 7 Januari 2013

Koleksi Ucapan DS Najib Tun Abd Razak:MENAKHODA ZAMAN



Saudara dan saudari,
25. Umno sama sekali tidak boleh dilihat sebagai parti yang anti idea baru, anti orang cerdik pandai atau parti yang tidak mesra dengan orang muda. Kita adalah parti yang bertanggungjawab meningkatkan akses pendidikan terutamanya pendidikan tinggi kepada mereka. Kini, 38 peratus kumpulan umur 17 hingga 23 tahun berpeluang mendapat pendidikan tinggi. Angka diunjur ini akan meningkat kepada 40 peratus menjelang tahun 2010 dan 50 peratus apabila tibanya 2020. Apa yang penting, janganlah kita biarkan hasil semaian Umno ini terlepas ke tangan pihak lain. Sebolehnya, kita perlu menawan imaginasi golongan ini dengan memastikan arah tuju parti seiring dan sejalan dengan aspirasi mereka.

26. Kita mesti juga memastikan amalan jelek cantas mencantas dan sekat menyekat mana-mana anak-anak Melayu, tua atau muda, terpelajar atau tidak, dihentikan pada detik, saat dan ketika ini juga. Sikap tercela ini akan hanya menjauhkan kita dari mereka yang penuh ikhlas ingin berkongsi perjuangan. Hal ini jika tidak dikawal, sedikit demi sedikit akan menyemai bibit-bibit kemusnahan kepada parti yang selama ini menjadi tonggak bangsa dan negara.

27. Selain itu, sama ada kita sedar atau tidak, banyak pihak hari ini menanggap, terdapat keterpisahan antara aspirasi Umno dan aspirasi massa. Bagi mereka, cita rasa Umno bukan lagi cita rasa rakyat. Oleh yang demikian, orang-orang Umno janganlah terperangkap dalam kepompong sendiri dan terlalu asyik dengan proses dalaman parti. Janganlah begitu teruja dalam merebut kedudukan sehingga lupa tentang kayu ukur sebenar kejayaan parti demokratik itu adalah, memenangi pilihan raya atau pun tidak. Apalah gunanya kita menduduki jawatan dalam sebuah parti yang tidak ada kuasa dan tidak menerajui kerajaan?

28. Selanjutnya, kita akui bahawa bukan semua orang Melayu adalah ahli Umno. Dari itu, percayalah Umno akan kuat jika pintu kemasukan dibuka seluas-luasnya kepada orang-orang Melayu dan Umno terus kekal menjadi parti yang mewakili aspirasi mereka. Umno juga akan menjadi hebat jika budaya merendah diri dan sikap suka berkhidmat kepada masyarakat menjadi amalan ahli-ahlinya. Umno akan menjadi lebih kukuh jika ahli-ahli Umno berhenti mempersoalkan apakah yang mereka boleh dapat dari parti, sebaliknya apakah sumbangan kepada agama, bangsa dan negara melalui Umno.

29. Lalu, sewajibnya dikikis serta dibuang jauh, imej serta tanggapan bahawa pimpinan Umno kini elitis dan terasing dari dakapan rakyat. Pemimpin Umno mestilah cekap menafsir apakah hasrat dan apa yang sebenar sedang berlaku di kalangan masyarakat. Janganlah kita seperti kadok naik junjung seraya lupa bahawa Umno itu adalah parti akar umbi, lupa akan hakikat Umno itu, parti yang lahir dari semangat membara rakyat kebanyakan. Insaflah, di jemala Umno terjunjung amanah membela untung nasib rakyat.

30. Jika benar kita telah menyimpang dari roh dan semangat asal perjuangan suci Umno, maka haruslah kita berubah dan balik semula ke pangkal jalan. Kita bawa semula Umno menelusuri landasan sebenar. Untuk itu, kita perlukan barisan pemimpin yang berupaya lagi mengupayakan; pemimpin yang berani berubah dan sanggup menerima perubahan; yang berani menegur dan terbuka pula menerima teguran.

Saudara dan saudari,

31. Sebagai komponen terbesar sayap Umno, pergerakan Wanita di bawah kepimpinan Tan Sri Rafidah Aziz telah mempamerkan iltizam yang kukuh dalam apa jua keadaan terutamanya di setiap pilihan raya. Perpaduan pergerakan Wanita sangat penting untuk Umno. Oleh itu, janganlah disebabkan keghairahan sementara, kita meruntuhkan pula apa yang terbina selama ini. Kita tidak mahu melihat wujudnya sebarang perpecahan. Bersatulah, kerana sesungguhnya yang menang tidak akan menang semua dan yang kalah tidak akan kalah segala-galanya. Yang menang hendaklah berjiwa besar dan berlapang dada menerima yang kalah, manakala yang tewas, hendaklah akur dan menghormati keputusan demi meneruskan perjuangan parti. Bak kata pepatah apabila biduk berlalu kiambang pun bertautlah kembali.

32. Kepada Pemuda, saudara semua adalah hulubalang yang menjadi perisai parti. Pemuda memang terkenal kerana selama ini berada di barisan hadapan perjuangan. Dekad lampau yang penuh ranjau menyaksikan barisan Pemuda teguh membentengi parti. Di kesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang telah berjaya mengetuai Pemuda dari era kegetiran kepada era kestabilan, seterusnya memberi kepimpinan yang komited dalam menyokong aspirasi perjuangan selama lebih satu dasawarsa.

33. Begitulah juga, Puteri Umno yang ditubuhkan hampir sedekad lalu, memang, telah berjaya mencetuskan minat golongan wanita muda untuk membabitkan diri dalam arus politik perdana. Terima kasih diucapkan kepada Datuk Noraini Ahmad yang telah menjalankan tugas dengan lancar sepanjang beliau memegang tampuk kepimpinan Puteri Umno. Yang mustahak, kita ingin melihat Puteri terus bersemangat dan gigih bekerja sebagai elemen yang sentiasa berupaya menyegarkan perjuangan parti.

Saudara dan saudari,

34. Persidangan kali ini menjadi tanda penyerahan obor perjuangan kepada generasi kepimpinan baru. Perjuangan lima dekad pertama selepas kemerdekaan hendaklah menjadi asas kepada perjuangan 50 tahun mendatang. Oleh itu, untuk Umno terus kekal relevan, generasi kepimpinan baru wajar menyedari bahawa 50 tahun kedua kemerdekaan amat berbeza dengan apa yang pernah Umno lalui. Pemimpin-pemimpin Umno seharusnya memastikan parti sentiasa berada di hadapan kelok pembaruan bukannya penaklid yang mengekor di belakang. Hal ini menuntut kepada penelitian semula pendekatan, sikap dan sistem nilai ahli-ahlinya.

35. Contoh yang paling mudah, jika diimbau pada pilihan raya 1999, pada peringkat awal munculnya pengaruh media baru, kita bersikap tidak acuh pada perkembangan itu. Lima tahun kemudian semasa pilihan raya tahun 2004, kita masih mengambil mudah kebangkitan media alternatif. Kita telah alpa dengan mandat besar yang diberikan oleh rakyat hatta tidak bersiap siaga untuk menghadapi peperangan alam siber. Natijahnya, semasa pilihan raya Mac tahun 2008, kita telah tersentak dari lamunan dek kegagalan memahami kesan pengaruh media baru.

36. Suka atau tidak, kita tidak boleh menjadikan hambatan medium ini sebagai musuh. Generasi muda kepimpinan Umno harus berperanan sebagai pelaku proaktif di tengah-tengah fenomena. Generasi muda kepimpinan Umno perlu berbicara dalam lenggok bahasa komuniti siber. Generasi muda kepimpinan Umno juga mesti menjadi pemuka kepada penggunaan teknologi sebagai senjata politik. Barulah kita, boleh mengaku sebagai parti yang mewakili bisikan nurani sebenar rakyat terutamanya di kalangan generasi muda. Barulah kita, boleh menang dalam persaingan idea dan pertarungan pengaruh di antara parti-parti politik.

Saudara dan saudari,

37. Dalam tradisi Melayu Islam, apabila sesat di tengah jalan kita dianjurkan kembalilah semula ke pangkalnya melalui proses muhasabah dan introspeksi. Oleh itu, sempena bulan kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW marilah kita mengambil semangat dan pengajaran dari perjalanan sirah Baginda sebagai contoh pemimpin transformasi yang teragung. Baginda telah berjaya memimpin dan mentarbiah masyarakat jahiliah yang diliputi kegelapan menuju sirna ketamadunan.

38. Rasulullah juga semasa berhijrah telah mempersatukan antara kaum Auz dan Khazraj. Kemudian mempersaudarakan antara Muhajirin dan Ansar. Selepas itu menyatupadukan pula orang-orang Islam dan bukan Islam. Semua ini dilakukan kerana Rasulullah menyedari peri pentingnya perpaduan sebagai asas kota Madinah ketika itu. Ini menunjukkan kejayaan atau kegagalan, kecemerlangan mahupun kebungkaman sesuatu tamadun dan bangsa itu tidaklah ditentukan oleh faktor fizikal semata-mata. Faktor yang lebih utama adalah faktor emosional, spiritual serta sistem nilai yang mendasari pegangan juga amalan masyarakat dan kepimpinannya.

39. Tersenarai antara nilai-nilai utama yang menentukan maju mundur sesuatu bangsa adalah muafakat, berdisiplin, menghormati waktu, mengotakan janji, dedikasi kepada tugas, pelaksanaan yang cekap, ketekunan bekerja dan meletakkan kepentingan ramai mengatasi kepentingan diri. Inilah sebenarnya nilai-nilai sarwajagat Islam yang telah diterapkan oleh Rasulullah dalam membimbing umat mencapai al-falah.

40. Sejarah turut membuktikan apabila orang-orang Melayu berpegang teguh kepada amalan Islam kita akan menjadi bangsa yang dihormati. Menyingkap kecemerlangan tamadun Islam, makanya demi survival, Umno dan orang-orang Melayu perlulah melakukan hijrah dengan membuat pembaruan transformasi yang bersifat total dan tuntas. Mengambil iktibar daripada sirah, dapat disimpulkan bahawa perpaduan kebangsaan sewajibnya bermula dengan perpaduan di kalangan orang Melayu. Sayangnya, perpaduan Melayu hari ini diasak dari pelbagai sudut dengan budaya fitnah memfitnah, separuh benar dan pembohongan yang dahsyat. Hari ini, fitnah bukan sahaja berlaku di kalangan orang munafik tetapi sudah menjadi permainan golongan yang kononnya, mendakwa diri mereka sebagai pemimpin Islam dan agamawan.

41. Bertolak dari situ, situasi hari ini menuntut Umno, sebagai wahana perdana politik orang Melayu agar memperbetulkan kembali visi dan hala tujunya, sekali gus, mengenal pasti langkah-langkah bugar untuk mentransformasi Umno supaya kembali menjadi parti pilihan orang Melayu.

Persidangan Serentak Wanita, Pemuda dan Puteri Umno 2008.
SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?"
Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI


Jumaat, 4 Januari 2013

Tunku Aziz pertikai janji tahun baru Guan Eng

Dr MiM: PENDEDAHAN YANG MEMALUKAN SELURUH PAKATAN PEMBANGK...

Dr MiM: PENDEDAHAN YANG MEMALUKAN SELURUH PAKATAN PEMBANGK...: Ada yang mengatakan bahawa perletakan jawatan Pengarah Pemilihan DAP, Pooi Weng Keong sebagai jalan mudah kepimpinan DAP menutup pekung bus...

Khamis, 3 Januari 2013

NAHKODA BANGSA


Koleksi Ucapan DS Najib Tun Abdul Razak
Saudara dan saudari,

18. Alhamdulillah, memang ternyata Umno mampu mengubah kesengsaraan menjadi harapan. Telah terbukti juga Umno adalah parti yang berupaya membina satu bangsa bermaruah dan dihormati di seantero dunia. Parti inilah yang telah berjasa mengangkat rakyat Malaysia daripada kekangan kemiskinan kepada kelas hidup menengah dalam satu generasi sahaja. Hakikatnya, Umno parti keramat ini telah sentiasa menjadi Nakhoda Zaman.
  
19. Waima apa pun kehebatan dan pencapaian parti, ahli-ahli Umno hari ini perlu berpijak di bumi nyata. Lanskap politik negara telah berubah sama sekali. Kita tidak boleh terus bernostalgia dengan kejayaan lampau tanpa mencipta kejayaan-kejayaan baru. Sebagai parti siasah yang ingin kekal relevan selari tuntutan zaman, kita tidak boleh hidup dengan hanya bertunjangkan jasa-jasa semalam.

20. Merujuk sudut demografi, lebih satu pertiga (41.5 peratus pada tahun 2005 diunjurkan 40.2 peratus pada 2010) daripada jumlah rakyat Malaysia berada dalam kategori belia yakni lingkungan umur antara 15 hingga 40 tahun. Lebih 70 peratus pula berada di bawah usia 40 tahun yang lahir pasca tragedi 13 Mei 1969. Secara keseluruhannya, 90 peratus adalah generasi merdeka. Manakala, anak-anak pasca tamatnya Dasar Ekonomi Baru iaitu mereka yang lahir pada tahun 1991 pula akan layak sebagai pengundi menjelang tahun 2012.

21. Secara langsung, perubahan yang disertai dengan kemajuan di bidang ICT, pengangkutan, ekonomi dan pendidikan telah melahirkan kelompok pengundi lebih bermaklumat, mendesak lagi kritikal. Harus diingat bahawa generasi ini mungkin tidak dapat menjiwai perjuangan lalu kerana mereka tidak hadir dalam peristiwa-peristiwa tersebut dan sekadar mengetahuinya melalui buku-buku atau cerita-cerita sahaja.

22. Kendatipun begitu, tidak bermakna kita ingin memperkecilkan kepentingan hasil perjuangan golongan terdahulu. Akan tetapi ia menuntut kita untuk kembali menjadi peneraju perubahan dalam memenuhi aspirasi orang-orang Melayu khususnya. Demi mencapai matlamat ini kita mesti melakukan proses muhasabah, pembaruan dan islah. Jelasnya, kondisi untuk maju ke hadapan, memerlukan kita mengenal pasti apakah kelemahan dan kekuatan. Kelemahan perlu diperbaiki manakala kekuatan sedia ada perlu diperkukuhkan dan dimantapkan. Jika kita tidak melakukan proses ini, Umno akan dilihat sebagai sebuah parti yang terus-terusan berada dalam penafian. Usaha pembaruan ini amat menuntut kita untuk menggilap semula idealisme perjuangan.

23. Untuk itu, Umno harus berhenti daripada dikaitkan dengan politik wang dan sebarang amalan siasah yang tidak sihat. Umno dan mana-mana juga parti atau organisasi akan hancur jika pemimpin dan ahlinya dibelenggu politik wang. Pemimpin berkualiti tetapi tidak memberi rasuah akan terpinggir. Parti akan diterajui pula oleh golongan yang akan terus mengamalkan budaya itu dalam kepimpinan.

24. Jelas, kalau tidak dibendung dan membarah, kelaknya pemimpin dan pengikut akan menganggap ia sesuatu yang biasa hingga timbul ungkapan ‘ beri salah, tidak beri kalah’. Barangkali juga semua dalam dewan ini tahu apa itu SK dan SI, Salam Kosong dan Salam Isi ... Ini bukan satu gurauan. Kita mestilah menghapuskan politik wang hingga ke akar umbinya. Jika tidak, nantinya kita sama-sama bertanggungjawab untuk mengkafan dan menguburkan Umno, parti tercinta ini.

Persidangan Serentak Wanita, Pemuda dan Puteri Umno 2008.

sambongan....
SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?"
Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI



Selasa, 1 Januari 2013

Dekat Pasca Merdeka



(Dekad Kedua Pasca Merdeka 1971-1980). Pada dekad kedua kemerdekaan pula, apabila ketidakpuasan hati rakyat dimanifestasikan melalui tragedi 13 Mei 1969, bukankah kepimpinan Umno telah bingkas mengenal pasti kelemahan yang timbul lalu menggubal Dasar Ekonomi Baru. Hasilnya, pelaksanaan DEB telah berjaya mencipta kelas menengah Melayu pada skala besar dan menjadi asas kepada tiga dekad pertumbuhan seterusnya ekonomi Malaysia.

(Dekad Ketiga Pasca Merdeka 1981-1990). Dalam dekad ketiga kemerdekaan pula, apabila berlaku kemelesetan ekonomi kesan jatuhnya harga komoditi, bukankah kepimpinan Umno yang telah mencetuskan inisiatif industrialisasi dan memulakan program penyediaan prasarana secara besar-besaran?

. (Dekad Keempat Pasca Merdeka 1991 – 2000). Selanjutnya, dalam dekad keempat kemerdekaan, bukankah kepimpinan Umno yang telah menggariskan Wawasan 2020 untuk menyediakan tapak bagi melonjakkan Malaysia memasuki era teknologi maklumat dan globalisasi? Semasa kegawatan kewangan tahun 1997 dan tahun 1998, apakah tidak Umno juga yang menyelamatkan Malaysia dari terjerumus ke dalam perangkap krisis ekonomi Asia? Malah, kita telah berjaya mencorakkan formula tersendiri sekali gus keluar dari kemelut kewangan, menolak telunjuk IMF. Ironisnya hari ini, cara kita telah menjadi ikutan negara-negara yang dulunya lantang mengkritik.
SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?"
Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN

Created by DAPATKAN DI SINI




Bersama Corak Masa Depan Negara Yang Lebih Cerah – Najib

Bersama Corak Masa Depan Negara Yang Lebih Cerah – Najib
SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?"
Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.









COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN


Created by DAPATKAN DI SINI


Dekat Pertama Pasca Merdeka 1957-1970

Dekat Pertama Pasca Merdeka 1957-1970-Umno hadir di persada politik tanah air bukan sekadar pemerhati di gerigi sejarah sebaliknya UMNO telah terlibat secara proaktif dalam melakar, mencanai, mencorak serta membentuk perjalanan bangsa dan negara.Pada dekat pertama kemerdekaan, sebaik sahaja tamatnya darurat, bukankah pucuk pimpinan UMNO yang telah melancarkan perang terhadap kemiskinan melalui pembukaan tanah-tanah rancangan FELDA serta membangunkan kawasan luar bandar.
Ucapan YAB DS Najib Di Persidangan Serentak Wanita,Pemuda dan Puteri UMNO 2008.

SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN Menang Besar PRU-13?"
Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.









COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR BN


Created by DAPATKAN DI SINI