Selasa, 23 Jun 2009

TIDAK MELAYU HILANG DI DUNIA

SAMPAI BILA KELEMBUTAN DAN KESOPANAN MELAYU DAPAT DIPERTAHANKAN

Di dalam mengharungi pelbagai kerenah dan telatah sesetengah pihak yang saolah-olah sengaja mahu melagakan sesama Melayu, adalah dikhuatiri sikap dan lemah lembut serta kesopanan Melayu itu akan hilang dek keghairahan Melayu sendiri, bagi memenuh impian dan cita-cita mereka yang sememangnya tidak pernah puas dan tidak pernah juga mahu bersyukur dengan apa yang dianugerahkan Tuhan selama ini.

Lebih perit lagi, ada yang sanggup mengunakan bangsa lain, iaitu bukan Melayu dan juga bukan Islam mengutuk serta menjatuhkan bangsa melayu. Tak cukup dengan itu , orang asing berkenaan, telah dengan sewenang-wenangnya mengkafirkan sebahagian dari orang Melayu, Imbang Penuhhanya kerana kepentingan politik mereka yang kononnya memperjuangkan serta mendaulatkan Islam. (Tetapi yang hairannya tu, kenapa pulak orang yang bukan Islam dipertaruhkan untuk memporak-perandakan Islam. Apakah kerana pengaruh mereka sebagai orang Melayu dan Islam sendiri sudah tidak mampu untuk memperdaya dan mengula-gulakan Melayu yang bermoral)?

Dimana kewajarannya masalah ini. Tidak pernahkah terfikir oleh mereka, betapa sebuah bangsa yang begitu disegani serta dilabelkan sebagai mempuyai nilai kelembutan dan kesopanan sejati, telah dijatuhkan maruahnya oleh orang lain setelah mendapat restu dari orang Melayu sendiri.

Pun begitu, nasib baiklah golongan Melayu yang dimaksudkan oleh orang bukan Melayu berkenaan tidak cepat melenting dan melatah, Meski rasa tercabar, namun tatasusila kemelayuan serta sikap lemah lembut dan sopan santum yang diamalkan masih dapat dipertahankan, biarpun hati merasa sakit. Kalau tidak, tak tahulah apa akan terjadi . Namun, sampai bilakah kesabaran itu boleh bertahan.

Ibarat bara api yang sedang membakar kayu-kayu kering, jika angin terus bertiup, lama kelamaan ianya pasti akan menyala dan membakar dengan lebih dahsyat yang sudah tentu akan sukar untuk dipadamkan.

Dari satu sudut, sebagai orang Melayu kita seharusnya hendaklah sentiasa mempertahankan maruah dan keagongan bangsa kita dari dijajah, apatah lagi jika dihina dan dikeji sedemikian rupa. Kita tidak boleh mananamkan sikap berpuak-puak orang Melayu dan jiwa,biar pun fahaman atau ikutan politik kita berbeza. Adakah wajar, laungan Allah Huakbar diperdengarkan di tempat yang tidak sepatutnya, hanya semata-mata mahu menyambut kunjungan seseorang, apatah lagi jika orang yang disambut itu bukannya orang Islam dan secara terang-terang telah meluahkan rasa anti Islamnya. Orang beginikah yang sepatutnya diberi ruang dan tempat istimewa, Sedangkan untuk orang Melayu sendiri, hanya kerana berlainan fahaman sanggup ditohmah, dihina, dimaki, dicaci, dicarut sesuka hati, tampa belas kasihan. Apakah ada golongan Melayu yang sanggup menyusukan kera dihutan dan membiarkan anak dirumah mati tak makan. Dan Melayu beginikah yang kita mahu jadikan idola dan tempat bergantung harap kita untuk masa-masa yang mendatang?

Tidakkah pihak-pihak berkenaan terasa kejanggalan laungan Allah-Huakbar itu sedangkan ia sepatutnya dilaungkan untuk majlis-majlis tertentu yang ada kaitan dengan memuji kebesaran Islam.Tidakkah mereka terfikir, itu seolah-olah satu mainan yang boleh mencemarkan Islam dan secara tidak langsung juga akan menjadi seolah-olah Islam itu satu agama murahan?.

Kalau kita amati kembali, tentang isu-isu yang ditimbulkan, ternyata ianya bukan sesuatu yang boleh menyakinkan kita untuk mempertaruhkan harapan besar dalam menangani pelbagai masalah dan kerenah di alaf mendatang. Kita sebagai orang Melayu seharusnya menerima hakikat yang manusia tidak akan sempurna . Setiap hari kita pasti membuat kesilapan . Dan setiap kesilapan yang terhidu itu , memang sepatutnya ditegur.

Tetapi janganlah sampai dihentam hingga tak boleh bangun. Kesilapan yang sedikit dibanyakkan dengan tokok tambah, yang kadang-kadang boleh mendatangkan aib kepada seseorang individu. Apakah itu Islam. Tidakkah ianya boleh dikatakan sebagai satu kezaliman jika dibolehkan memburuk serta menjatuhkan maruah orang lain yang sesame bangsa dan agama, dihadapan orang lain yang juga turut disertai bersama oleh mereka yang tidak Islam?.

Kebanyakan dari orang Melayu tentu tahu mengenai cerita dongeng Pak Kadok. Akibat kebodohannya, kampong halaman tergadai sedangkan ayam sabungnya sendiri yang menang pertarungan. Seharusnya kita jadikan cerita itu sebagai ikhtibar dalam hidup kita . Jangan sampai terlalu ghairah dan mudah terpedaya, kita secara tidak langsung akan mengadaikan maruah bangsa dan negara kita. Siapakah yang menipu Pak Kadok dan kenapa dia sanggup menipu, sedangkan Pak Kadok dan dia adalah sebangsa dan seagama. Apabila tergadainya kampong Pak Kadok, siapa yang rugi. Adakah bangsa lain yang tidak seagama dengan dia. Dan siapa pula yang akan bertepuk tangan.

Inilah cerita yang tidak mustahil akan menjadi kenyataan, jika kita tidak berhati-hati.

Begitu juga dengan cerita Lebai Malang, Pak Pandir dan banyak lagi. Ternyata cerita itu menggambarkan betapa bodohnya orang Melayu dizaman itu. Pun begitu, seharusnya kebodohan itu dijadikan ikhtibar oleh Melayu masa kini, supaya bangsa Melayu tidak harus dianggap bodoh dan mudah untuk diperbodohkan.

“Tak Melayu Hilang Di Dunia” Itulah kata-kata keramat yang dilafazkan oleh Laksamana Hang Tuah, yang di jadikan pedoman dan renungan orang Melayu hingga hari ini. Tetapi ungkapan ini akan hilang dan terus luput jika orang Melayu sendiri tidak mahu mengubah sikap dan perangai mereka.

Kata-kata itu memang sesuai dan tepat diungkapkan dizaman Lanksamana terbilang itu berdasarkan kepada cara kehidupan orang Melayu ketika itu, yang taat kepada Sultan, pembesar dan orang-orang yang berpengaruh lainnya. Tetapi sesuaikah kata-kata itu diungkapkan di zaman ini jika keadaan orang Melayu hari ini mahu di jadikan ukuran. Apakah tidak mustahil ungkapan itu hanya akan tinggal ungkapan semata-mata jika orang Melayu akan membunuh Melayu sendiri. Mungkin ya, Melayu tidak akan hilang di dunia. Tapi untuk apa Melayu itu hidup jika cara kehidupannya adalah melaui kesensaraan dan kelemahan Melayu lain. Bolehkah kita banggakan Melayu sebegini?.

Masih tidak jelas, apakah sebenarnya yang dimahukan oleh setengah orang Melayu ini. Apakah dengan apa yang kita ada sekarang masih belum cukup untuk member kenikmatan hidup kepada kita. Kalau nak dibandingkan dengan bangsa-bangsa lain di luar negara, ternyata, orang Melayu adalah bertuah. Dalam segala hal dan aspek, Melayu mempuyai segalanya. Semua kita ada. Arus kemodenan yang di kecapi oleh bangsa lain, turut dikkecapi oleh orang Melayu. Kebangkitan dan kemakmuran negara ini, yang di terajui oleh orang Melayu, jelas membuktikan kepada kita, betapa Melayu sebenarnya begitu agung, gagah dan berani menyahut cabaran. Buktinya, lihat dan dengarlah sendiri.

Betapa ada golongan bangsa dan negara yang begitu cemburukan orang Melayu dan negara Melayu ini, hingga mereka sanggup membuat pelbagai tohmahan dan tuduhan palsu yang tidak berasas, hanya semata-mata mahu menafikan ada bangsa yang pernah dijajah telah mampu mencabar kewibawaan bangsa mereka yang di anggap begitu maju dan Berjaya di dunia. Tidak berbanggakah kita. Tidak bolehkah kita bersyukur dengan nikmat kejayaan orang Melayu itu. Dan adakah wajar kita menghina bangsa Melayu kita sendiri hanya semata-mata kerana kepentingan politik yang menjadi Melayu dan Islam sebagai landasan perjuangan?.

Memang sedih rasanya apabila melihat orang Melayu, yang sama-sama makan nasi mengunakan tangan, yang sama-sama bertuhankan Allah dan mengikut sunnah Muhammad, sanggup mencerca dan memaki orang Melayu sendiri. Tidakkah mereka ini sedar, perbuatan mereka itu ibarat meludah kelangit, yang akhirnya ludahan itu pasti akan terkena batang hidung sendiri akhirnya.

Mereka mengutuk melayu, sedangkan mereka juga adalah Melayu. Mereka mengatakan sesetengah Melayu itu kafir, sedangkan keislaman mereka sendiri masih belum tentu betulnya. Dan siapakah yang ketawa melihat telatah ini. Adakah orang Melayu sendiri atau bangsa lain yang sememangnya tidak sukakan Melayu. Siapa pula yang untung jika melayu dan Melayu tidak sehaluan. Sentiasa bercakaran. Dan nanti, jika kesempatan untuk mereka itu merampas hak Melayu di saad Melayu tidak sehaluan, siapa yang harus disalahkan. Apakah perkara ini terjadi, baru timbul keinsafan di hati?. Baru nak menyesal kemudian, tapi kalau keadaan ini benar benar terjadi, rasanya kesalan itu tidak berguna lagi. Untuk apa kita menangisi orang yang telah mati kerana hakikatnya ia tidak akan hidup kembali. Lebih baik kita tangisi nasib kita, masa depan kita dan keadaan huru hara bangsa kita, sebelum ianya menjadi lebih parah dan punah.

Kita seharusnya terus mempertahankan pendirian orang Melayu. Tegas, cekal dan berani. Disamping itu, kelembutan serta sopan santum kita juga harus terus di pertahankan. Jadikan Melayu sebagai bangsa yang mempuyai maruah dan harga diri, yang tidak memberi apa-apa faedah. Yang rugi tetap kita. Orang Melayu. Jadi pertahankan maruah Melayu agar terus menjadi Melayu sampai bila-bila supaya slogan ‘Tak Melayu Hilang Di Dunia’ itu akan benar benar nyata. Hidup Melayu!!!.