Khamis, 22 Oktober 2009

UMNO(Baru)

UMNO ialah sebuah parti siasah, sebuah parti politik yang dutubuhkan untuk memerdekakan bangsa Melayu dari penjajahan. 1946 adalah tahun mula ditubuhkan atas sekepakatan orang-orang Melayu.

UMNO yang pada asalnya dicadangkan oleh Datuk Onn sebagai UMO iaitu United Malays Organisation dalam bahasa Melayunya Pertubuhan Melayu Bersatu telah dikemukakan. Tuan Za'ba mencadangkan supaya ditambah perkataan Nasional atau Kebangsaan selepas Pertubuhan itu menjadi "Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu"-United Malays National Organisation-Ringkasnya UMNO. Cadangan Tuan Za'ba telah mendapat sokongan ramai.

Itulah UMNO parti keramat yang menerajui pemerintahan negara yang kita cintai ini. Untuk sampai ketahap ini bukalah satu perkara yang mudah banyak liku-liku yang dilalui, bukan kerana UMNO itu masalahnya tetapi segelintir pendokong dan peneraju itu sendiri punca segala permasalahan yang timbul walau pun ianya segelitir tapi ianya boleh meruntuhkan dan ianya berlaku kerana apa kerana perebutan kuasa.

Diatas perebutan kuasa inilah akhirnya UMNO diharamkan. Sejarah pengharaman inilah hendak cmk kongsikan bersama khasnya buat pejuang-pejuang muda yang mewarisi dan menyambong perjuangan mereka yang terdahulu.

Buku UMNO (Baru) Kelahiran dan Perkembangan Awalnya hasil tulisan Chamil Wariya ini sesuai dikonsikan bersama supaya ianya dapat menjadi tauladan dan panduan kita bersama.cmk

............................................................................................
UMNO (BARU) Kelahiran dan Perkembangan Awalnya
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, atau lebih dikenali dengan panggilan UMNO singkatan untuk United Malay Nasional Organisation dutubuhkan di Istana Besar Johor Bharu pada 11 Mei 1946. Bagi bangsa Melayu, pertubuhan UMNO mencerminkan kemuncak perpaduan yang paling jitu pernah di capai dalam perjuangan menentang penjajah Inggeris yang kemudian dijuruskan ke arah membebaskan negara ini dari belenggu penjajahan.

Buat pertama kalinya, orang Melayu mempunyaai sebuah pertubuhan politik yang benar-benar bercorak kebangsaan melampau batas kenegerian kebanyakan pertubuhan Melayu yang wujud sebelumnya itu. kalau pun ada parti politik yang ditubuhkan untuk menerima keanggotaan dari seluruh semenanjong sebelum UMNO seperti Kesatuan Melayu Muda (1937), Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM-1945), tetapi sokongan yang diberikan kepada dua pertubuhan corak nasional ini, tidaklah besar seperti yang diperolehi oleh UMNO.

Dengan tertubuhnya UMNO, sebahgian besar badan-badan politik Melayu menyertainya pada mulanya sebagai anggota bersekutu atau gabungan, dan kemudian sebagai ahli secara langsung. PKMM, walau pun turut sama mengasaskan UMNO dalam kongres yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman pada 1hingga 4 Mac 1946, menarik diri beberapa bulan kemudian atas soal ideologi. Parti itu meninggalkan UMNO kerana mendapati perjuangannya tidak secocok kenana parti itu menganuti fahaman republikan sedangkan UMNO mempertahankan hak Melayu dan raja-raja mereka.

Yang menyatukan PKMM peringkat awal dengan lain-lain pertubuhan dengan lain-lain pertubuhan moderat Melayu ke dalam UMNO hanyalah tentangan mereka terhadap Malayan Union. Tetapi jelas, tentangan mereka dibuat atas dasar yang berlainan. UMNO mahu memelihara kepentingan Melayu manakala PKMM menentang Malayan Union kerana ingin sebuah pemerintahan yang lebih demokratik dan radikal mengantikan Malayan Union.

Tetapi dari segi perjuangan Melayu, yang penting disini ialah bagaimana rancangan Inggeris untuk memperkenalkan Malayan Union telah menyatukan bangsa Melayu menentang penjajah untuk menebuskan kembali maruah bangsa. Projek Malayan Union yang ingin dikuatkuasakan oleh Inggeris itu sebenarnya usaha pertama untuk mewujudkan sebuah semenanjung Melayu sebagai satu entity politik bagi mengantikan negeri-negeri Melayu yang sebelum itu wujud sebagai unit-unit yang berasingan. Melalui rancangan itu, akan wujud sebuah kesatuan Tanah Melayu yang sebelum 1946 diletakkan di bawah tiga bentuk pentadbiran- Negeri-negeri Selat (Pulau Pinang, Melaka dan Singapura), Negeri-negeri Melayu Bersekutu(Perak,Selangor,Pahang dan Negeri Sembilan), Negeri-negeri Melayu tidak bersekutu (Perlis,Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor). Dengan adanya Malayan Union, kesemua negeri tersebut kecuali Singapura, akan diletakkan di bawah sebuah pemerintahan berbentuk kesatuan atau union yang ditadbirkan secara pusat dengan seorang gabenaor sebagai ketua eksekuatif.

Tetapi bukan ciri-ciri dalam Malayan Union yang itu ditentang oleh bangsa Melayu. Mereka menerima penyatuan negeri-negeri Melayu dalam sebuah union, tetapi menentang dua aspek Malayan Union yang turut mereka telah mencabar maruah bangsa Melayu. Pertama, ada kaitan dengan rancangan Inggeris untuk mengambilalih kuasa-kuasa raja Melayu bagi diserahkan secara langsung kapada Gabenor. Jika ini berlaku, raja-raja Melayu di negeri-negeri mereka sendiri akan menjadi boneka. Bagi orang Melayu ini adalah mengaibkan. Lantaran itu mereka menentang Malayan Union. Aspek kedua pemerintahan Malayan Union yang ditentang ialah rancangan penjajah untuk memberi taraf kewarganegaraan yang terlalu liberal berdasarkan prinsip jus soli kepada penduduk-penduduk imigran. Bangsa Melayu tidak boleh menerima hakikat itu kerana tidak mahu ketuanan mereka di tanahair mereka sendiri dicabar oleh orang-orang pendatang yang begitu mudah diterima sebagai warganegara. Mereka bimbang jika dasar liberal kewarganegaraan itu dipersetujuan, Tanah Melayu akan dibanjiri oleh orang-orang imigran yang mempuyai hak yang sama dengan mereka dari segi politik dan sebagainya. Memandangkan orang-orang pendatang waktu itu sudah menguasai bidang ekonomi, kebimbangan orang-orang Melayu itu memang beasas, walaupun dalam bentuk yang lain beberapa tahun selepas menentang, mereka, atau para pemimpin mereka akhirnya bersetuju untuk menerima bukan Melayu sebagai warganegara, tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.

Dalam usaha untuk mempertahankan maruah mereka dari dicabar oleh penjajah inilah yang melorongkan pelbagai pertubuhan Melayu untuk berhimpun dalam satu kongres pada 1 hingga 4 Mac 1946 di Kuala Lumpur yang akhirnya telah melahirkan UMNO. Pentingnya UMNO dalam perjuangan bangsa Melayu bukan sekadar ia sebuah pertubuhan kebangsaan yang pertama mendapat sokongan dari segenap lapisan Melayu, dari petani, golongan radikal, kepada raja, tetapi ia juga melenyapkan pertubuhan-pertubuhan politik yang berbentuk kenegerian yang ditubuhkan oleh mereka untuk membela kepentingan mereka, baik secara tentangan atau bekerjasama dengan penjajah.

Dengan adanya UMNO, maka berakhirlah dalam tahun 1926 dengan tertubuhnya Kesatuan Melayu Singapura yang kemudian merebak ke negeri-negeri lain di Semenanjung. Menjelang 1946 boleh dikatakan setiap negeri mempunyai kesatu politiknya sendiri. Tetapi oleh kerana jumlahnya banyak bagi sebuah negeri yang kecil, maka kehadiran pertubuhan-pertubuhan itu telah digunakan oleh Inggeris untuk memecahbelahkan orang-orang Melayu sendiri. Tetapi apabila 39 pertubuhan politik (ada juga laporan mengatakan 41) itu bergabung menjadi UMNO, maka perjuangan bangsa Melayu memasuki era baru.

Melalui perpaduan, dan dengan adanya sokongan pihak istana, UMNO akhirnya berjaya menebus kembali maruah bangsa dengan menumbangkan Malayan Union. Malah parti itu dilibatkan secara langsung bersama sama dengan raja-raja Melayu oleh pihak Inggeris dalam merangka perlembagaan baru bagi mengantikan Malayan Union yang mereka tentang habis-habisan. UMNO juga dilibatkan terus dalam proses kemerdekaan setelah Inggeris berpuas hati bahawa ia boleh berkerjasama dengan penduduk bukan Melayu, melaui Perikatan, untuk memerintah Tanah Melayu yang akan dimerdekakan. Tetapi kerjasama yang dijalin oleh UMNO dengan MCA melalui pilihanraya kerajaan tempatan di Kuala Lumpur dalam tahun 1952 sebenar nya bukannya sesuatu yang dirancang. Ia terjadi secara kebetulan.

Sebenarnya, sebaik saja UMNO berjaya mewujudkan dirinya sebagai alat politik berkesan untuk kepentingan Melayu, pemimpin utamanya mula memikirkan bentuk dan bagaimana kerjasama dengan bukan Melayu hendak diadakan.

Dato Onn Jaafar, selaku Yang di Pertua UMNO sendiri menyedari bahawa untuk bergerak ke arah berkerjaan sendiri dan seterusnya merdeka, penjajah telah memberi bayangan bahawa orang-orang Melayu hendaklah berkerjasama dengan orang-orang imigran yang sudah diterima sebagai warganegara.

Beliau sendiri mempuyai dua pilihan:

Pertama :
Mengadakan kerjasama dalam bentuk perikatan dengan parti-parti politik bukan Melayu yang ada dalam sebuah gabungan.

Kedua :
Menjadikan UMNO sebuah parti pelbagai kaum yang mewakili kepentingan semua kaum dengan orang-orang Melayu sebagai pemimpinnya.

Sejarah telah mencatatkan bahawa Dato’ Onn telah memilih cara kedua. Malah sejak tahun 1949 lagi beliau telah mengesyorkan kepada UMNO supaya menerima bukan Melayu sebagai ahli- pada mulanya sebagai anggota bersekutu dan dalam tahun 1951 sebagai anggota bersekutu dan dalam tahun 1951 sebagai ahli secara langsung.

Apa yang mendorong Dato’ Onn untuk mengubah wajah UMNO yang ditubuhkan dengan tujuan untuk memastikan Tanah Melayu kekal untuk Melayu beberapa tahun sebelum itu kepada sebuah parti pelbagai kaum, sampai sekarang masih lagi menjadi perbahasan. Misalnya, ahli sejarah Ramlah Adam dari Universiti Malaya, dalam bukunya Dato’ Onn Jaafar, 1987, menyatakan bahawa apa yang diusahakan oleh Dato’ Onn itu adalah perubahan politik yang terpaksa dirancang sesuai dengan keadaan politik Tanah Melayu waktu itu. Penulis ini berhujah bahawa sebagai pemimpin Dato’ Onn nampak bahawa Tanah Melayu tidak lagi didiami secara eksklusif oleh orang-orang Melayu, tetapi juga dihuni oleh orang-orang imigran Cina dan India. Ada antara mereka dengan persetujuan pemimpin Melayu itu sendiri sudah diterima sebagai warganegara yang mempuyai hak politik yang sama seperti Melayu.

Bagi Dato’ Onn menurut Ramlah Adam, apa yang dibuat itu hanya perkara-perkara yang sesuai untuk zamannya kerana “jika beliau tidak membuat sesuatu rancangan yang sesuai sudah tentu kepimpinannya dan kekuatan pertubuhannya akan tergugat. Malah kedudukan dan kekuatan sebagai pemimpin akan turut terganggu. Oleh itu beliau terpaksa menyelamatkan kedudukannya dan pertubuhannya. Maka Dato’ Onn dengan itu bertindak mengikut perubahan politik Tanah Melayu seperti sepatutnya. Dengan itu Dato’ Onn bukanlah saorang yang mendahului zamannya tetapi sekadar bertindak mengikut keperluan masa……. jadi ahli-ahli UMNO dan orang-orang Melayulah yang sebenarnya ketinggalan zaman dan tidak memahami perubahan politik Persekutuan Tanah Melayu”.
Tetapi ada juga kalangan yang melihat bahawa usaha Dato’ Onn untuk membuka keanggotaan UMNO kepada bukan Melayu lebih bertujuan untuk memenuhi cita-cita peribadinya menjadi ketua menteri yang pertama atau kerana beliau terlalu terpengaruh dengan pujukan Inggeris yang mahukan UMNO berkerjasama dengan bukan Melayu jika Tanah Melayu ingin berkerjaan sendiri. Setidak-tidaknya beginilah pendapat singa UMNO, Allahyarham Tan Sri Jaafar Albar ketika menjelaskan gelagat Dato’ Onn yang beria-ia benar untuk membawa bukan Melayu ke dalam UMNO. Samada benar atau tidak adalah soal lain, tetapi kerana hubungan beliau yang terlalu rapat dengan Inggeris, ada kalangan terdorong untuk mempercayainya.

Walaupun ada pemimpin UMNO yang menyokong rancangan Dato Onn itu, tetapi majoriti menentang beliau. Mereka tidak mahu bukan Melayu diterima sebagai ahli UMNO kerana kedudukan orang Melayu waktu itu masih lemah. Mereka berpendapat sekiranya bukan Melayu dibenarkan menjadi anggota, mereka (bukan Melayu) dengan kedudukan ekonomi yang lebih kuat dengan mudah akan menguasai UMNO. Akhirnya menurut pandangan golongan ini, UMNO akan menjadi sebuah parti bukan Melayu, Jelas pada saad itu, UMNO masih belum bersedia untuk membuka pintu keahliannya.

Sebagai saorang pemimpin yang ada prinsip, Dato Onn bila mendapati bahawa syornya itu tidak diterima, telah meletakkan jawatan untuk menubuhkan sebuah parti pelbagai kaum idamannya yang diberi nama Independence of Malaya Party dalam tahun 1951. UMNO dibawah pimpinan Tuanku Abdul Rahman memutuskan bahawa identiti asal UMNO perlu dipertahankan supaya ketuanan Melayu yang diperjuangkannya oleh parti itu tidak tercabar.

Tetapi menjelang waktu ini, para pemimpin UMNO terpaksa menerima hakikat bahawa kerjasama dengan bukan Melayu tidak dapat dielakkan sekiranya mereka ingin mewarisi kuasa politik dari penjajah. Ekoran kejayaan kerjasama UMNO-MCA dalam pilihanraya kerajaan tempatan di Kuala Lumpur, maka kerjasama itu telah diinstitusikan menjadi Perikatan. Formula kerjasama inilah yang telah membolehkan UMNO terus menerus memegang teraju pemerintahan negara sejak merdeka dan mempertahannkan ketuanan Melayu yang semakin hari semakin dicabar, bukan oleh anasir-anasir luar, tetapi oleh rakan-rakan bukan Melayu UMNO sendiri.

RAHSIA KEJAYAAN UMNO
Impian atau cita-cita bagi setiap parti politik ialah untuk berkuasa dan mempertahankan kuasa. Sekiranya mendapat sokongan yang memadai, tugas mengambilalih kuasa tidak sukar. Tetapi untuk mempertahankan kuasa, terutama dalam sistem demokrasi dalam mana majoriti rakyat membuat penentuan dalam satu pilihanraya, adalah sesuatu yang sulit untuk dilakukan. Parti-parti politik mendapati bahawa untuk mengekalkan kuasa bagi tempoh yang agak lama adalah sesuatu yang mustahil. Itu sebabnya pertukaran parti politik kerap terjadi di negara-negara Barat. Di Amarika misalnya Parti-parti Republikan dan Demokrat bersilih ganti membentuk kerajaan atau menguasai dewan legislatif. Di England sendiri, parti-parti Buruh dan Konservatif juga mengalami proses yang sama.

Tetapi impian banyak parti-parti politik itu nampaknya menjadi kenyataan bagi UMNO yang telah memerintah negara ini sejak ia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. UMNO berjaya mencatat satu rekod sebagai parti politik yang mengekalkan kuasa secara demokratik sedangkan parti-parti lain di negara membangun yang dibentuk untuk menghalau penjajah samaada telah berkubur (ini banyak berlaku di Afrika), atau berpecah dua seperti yang berlaku dengan Parti Kongres di India, atau terpaksa mengekalkan kuasa dengan cara-cara yang tidak demokratik. Tetapi tidak begitu halnya dengan UMNO. Kuasa yang diperolehi adalah melalui pilihanraya yang secara relative bebas dan adil yang diadakan lima atau empat tahun sekali.

Antara kita tentu akan bertanya: apakah rahsia dan kekuatan yang telah membolehkan UMNO bertahan begitu lama? Kejayaan ini boleh dilihat dari beberapa perspektif.

Ada pemerhati politik berpendapat bahawa UMNO boleh terus memerintah dan mewakili kepentingan Melayu dan bukan Melayu kerana ia merupakan parti tunggal yang ada untuk bangsa Melayu khususnya. Mereka yang berhujah begini biasanya mengandaikan bahawa UMNO berada dalam keadaan monopoli dan ini membuat orang tiada pilihan kecuali memilih UMNO. Hujah ini biasanya cuba menganggap kejayaan UMNO kerana orang Melayu tiada pilihan. Pandangan ini sebenarnya tidak tepat. Orang Melayu mempuyai parti alternative untuk mewakili kepentingan mereka. Sejak awal lagi (1951) Parti Islam Setanah Melayu (PAS) merupakan satu lagi yang ditaja untuk memperjuangkan kepentingan Melayu. Kemudian terdapat Parti Sosialis Rakyat Malaya yang ditubuhkan oleh nasionalis radikal. Ini bermakna orang-orang Melayu mempuyai pilihan untuk menyerahkan perwakilan politik mereka. Tetapi mereka memilih UMNO. Mengapa?

Ini membayangkan bahawa majoriti orang Melayu sejak mula lagi mempercayai UMNO kerana ia bukan saja menyatukan seluruh bangsa Melayu, tetapi kerana ia juga boleh bekerjasama dengan parti-parti bukan Melayu yang sehaluan dengannya untuk memerintah negara ini. Tidak syak lagi sokongan padu yang diberikan oleh orang-orang Melayu lah yang telah memberi kekuatan kepada UMNO selama ini yang telah membolehkan ia memerintah secara terus menerus sejak negara merdeka.

Tanpa sokongan mereka, UMNO akan menjadi seperti parti-parti politik Melayu yang lain; tidak dapat memerintah dan terpaksa berdepan dengan seribu satu macam masalah untuk mencari pengaruh di kalangan rakyat.

Selain perpaduan Melayu, sikap UMNO dan pemimpin yang pragmatic juga membantu UMNO untuk berkuasa. Pendirian ini telah membolehkan parti itu menyesuaikan perjuangan menurut keperluan semasa. Barangkali inilah vision awal para pemimpin yang telah mengasaskan UMNO tempoh hari. Mereka telah tidak memilih ideologi tertentu seperti sosialis atau kapitalis untuk UMNO. Mereka menyedari bahawa sekiranya UMNO terikat dengan satu-satu ideologi parti itu sukar untuk membuat perubahan struktur sekiranya parti itu perlu mengubah haluan jika terpaksa. Misalnya jika UMNO menjadi sosialis anutan atau ideologinya, tentu ia tidak boleh bertukar menjadi kapitalis.

Tetapi dengan dasar pragamatik UMNO boleh mengemukakan program politik yang pro kapitalis atau sosialis apabila perlu. Itu sebabnya, sejak mula lagi UMNO menerima nasionalisme sebagai ideologi perjuangannya. Matlamatnya ialah untuk mempertahankan ketuanan Melayu, dalam konteks berkerjasama dengan parti-parti bukan Melayu yang bersedia berbuat demikian. Malah sejarah UMNO memperlihatkan apa yang ditentang pada mulanya boleh menjadi perjuangan bila keadaan memerlukan.

Buktinya: apabila UMNO mula ditubukan, slogan dan perjuangan UMNO ialah Tanah Melayu untuk Melayu. Ia menentang rancangan British untuk memberi kewarganegaraan kepada penduduk imigran yang sudah berada di Tanah Melayu menjelang waktu itu berdasarkan prinsip jus soli.

Tetapi apabila menyedari bahawa Tanah Melayu tidak akan dimerdekakan sekiranya parti itu tidak boleh berkerjasama dengan bukan Melayu, UMNO menukar haluannya. Ia mengusaha kerjasama parti-parti politik bukan Melayu yang boleh mengambilalih kuasa politik negara ini.

Menjelang kemerdekaan, prinsip yang memberi kerakyatan berdasarkan prinsip jus soli yang pada satu ketika ditentang itu diterima dengan persetujuan memberi kerakyatan kepada bukan Melayu dengan cara yang liberal yang membolehkan ratusan ribu bukan Melayu menjadi warganegara dan mempuyai hak politik yang sama seperti orang Melayu itu sendiri. Mereka boleh menjadi pengundi, bertanding dalam pilihanraya, jika menang menjadi ahli parlimen dan jika berkuasa menjadi menteri atau malah perdana menteri jika mereka boleh menguasai parlimen. Mereka hanya tidak boleh menjadi sultan atau raja Melayu. Bukan mereka saja yang tidak boleh. Orang Melayu biasa juga tidak ada peluang menjadi raja kerana kedudukan itu ditentukan secara warisan. Ini bermakna hanya segelitir saja pribumi yang layak atau berhak memegang jawatan raja atau sultan.

Dari segi program politik boleh melaksanakan sesuatu yang mirip dengan ekonomi terancang yang menjadi amalan negara-negara sosialis. Zaman Tun Razak misalnya kita melihat bagaimana para pemimpin UMNO meningkatkan peranan negara untuk membantu orang-orang Melayu memperbaiki kedudukan sosio ekonomi mereka. Keadaan ekonomi yang mewah waktu itu membenarkan dasar serupa itu diamalkan tanpa negara benar-benar perlu melaksanakan sistem social dan politik sosialis.

Tetapi peranan kerajaan melalui pelbagai agensi, perbadanan dan syarikat yang ditubukan oleh kerajaan itu terpaksa diketepikan oleh pemimpin UMNO pada zaman Mahathir. Yang memaksa mereka mengurangkan peranan negara bukan soal ideologi, tetapi ekonomi dan ketiadaan wang di pihak kerajaan. Akibatnya, dibawah Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, UMNO tiada pilihan kecuali memperbanyakkan penswastaan dengan tujuan untuk mengurangkan beban dan tanggungjawab kerajaan. Ini bermakna rakyat digalakkan untuk berdikari setelah sekian lama disumbat dengan metaliti subsidi. Dalam keadaan itu, para pengikut UMNO khususnya dan orang Melayu amnya terpaksa menerima hakikat yang tidak terlalu bergantung pada naugan politik atau political patronage untuk sumber rezeki.

Kekuatan UMNO juga bergantung pada kemampuannya untuk mendapat orang-orang Melayu yang agak baik pemikiran untuk menyertainya. Oleh kerana ia sebuah parti yang tidak terikat dengan ideologi, maka UMNO menjadi seperti sebuah baldi yang boleh menampung air hujan dari langit. Sesiapa juga yang ingin menyertainya tidak dilarang,termasuk anak-anak muda yang sewaktu zaman kampus mereka memaki hamun UMNO atau dasar pemimpinnya waktu itu sebagai korup, tidak adil, menyeleweng dan asyik memberi kata dua dan tempoh tertentu kepada kerajaan supaya memenuhi tuntutan mereka.

Itulah UMNO yang sejak 11 Mei 1946 terus bernafas sebagai alat memperjuangkan kepentingan Melayu berdasarkan nasionalisme yang dianggap oleh PAS sebagai bercanggah dengan Islam kerana sifat assabiyahnya. Tetapi assabiyah atau tidak UMNO, dengan izin Allah tentunya telah terus memerintah sejak 1957 dan melaksanakan program-program Islam secara evolusi yang dianggap oleh PAS sebagai usaha UMNO untuk mengislamkan institusi kafir. Tetapi itu dakwaan orang yang tiada kuasa yang barangkali cemburu dengan program Islam UMNO yang menghakis pengaruh PAS sebagai sebuah parti politik dinegara ini.

PERBALAHAN MEMBAWA PERPECAHAN
Kempen PAS dan parti-parti lain untuk memburukkan UMNO tidak sedikit pun menjejas kekuatan parti itu. Tetapi perbalahan sesama pemimpin dalam UMNO di zaman Dr. Mahathir Mohamad telah membawa padah yang memporak-perandakan UMNO sehingga muncul dua team yang berlawanan. Satu diketuai oleh Dr. Mahathir sendiri dikenali sebagai team A; satu lagi diketuai oleh Tengku Razaleigh digelar team B.

Perbalahan sesama pemimpin ini mempuyai akarumbi daripada pecah regu Mahathir-Musa pada awal 1986. Datuk Musa Hitam, yang dua kali ditentang oleh Tengku Razaleigh bagi jawatan timbalan presiden dalam pemilihan 1981 dan 1984, secara mengejutkan telah mengumumkan perletakan jawatan sebagai timbalan perdana menteri dan timbalan perdana menteri dan timbalan presiden pada awal tahun itu. Sebab rasmi yang diberikan ialah beliau tidak lagi boleh berkerjasama dengan Dr. Mahathir yang didakwa telah tidak lagi mempuyai kepercayaan penuh terhadap beliau(Datuk Musa). Datuk Musa kemudian bergabung dengan Tengku Razaleigh untuk menentang pimpinan Dr. Mahathir dan Encik Ghafar Baba dalam pemilihan nasional UMNO 24 April 1987. Dr. Mahathir dan Encik Ghafar Baba menang dengan majoriti yang tipis. Pihak yang kalah menerima keputusan perwakilan dan tidak mempertikai kekalahan mereka. Tetapi sekumpulan 12 orang pemimpin UMNO di peringkat cawangan mencabar keputusan yang telah memberi kemenangan kepada Dr. Mahathir dan Encik Ghafar. Mereka terdiri daripada:
01. Mohamad Noor Othman (Pengerusi Cawangan Bukit Tambun Bahagian Nibong Tebal)
02. Mohamed Yussof Othman (seorang wakil Cawangan Kg.Baru Bahagian Nibong Tebal)
03. Muda Yaakub (Pengerusi Cawangan Bukit Yong A Bahagian Pasir Puteh)
04. Abdul Rahman Yaacob (Pengerusi Cawangan Batu HitamBahagian Pasir Puteh)
05. Abdul Rahman Hassan (Pengerusi Pangkal Meleret)
06. Daud Che Soh(Pengerusi Cawangan Kg. Pek Macang)
07. Mohamed Nor Senak (Ahli Cawangan Pengkalan Machang, Machang)
08. Ahmad Mokhtar Haji Mohammed (Naib Pengerusi Tetap Cawangan Pekan Lama, Pekan)
09. Hussain Manap (Setiausaha Pasir Panjang, Pekan)
10. Kamaruddin Haji Awang ( Pengerusi Pemuda UMNO Bahagian Bruas)
11. Abdul Rahim Abdul Rahman(Ahli Cawangan Tanjung Agas)
12. Mohamed Yusof Yunus Yunus (Pengerusi Cawangan Gong Kedak, Pasir Puteh)

Bagaimanapun, kumpulan 12 ini (kemudian menjadi 11 apabila salah seorang daripada mereka, Hussain Manap menarik diri) tidak mengunakan saluran parti untuk menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap keputusan pertandingan 24 April 1987. Sebaliknya mereka mengunakan kaedah undang-undang dengan meminta mahkamah mengisytiharkan kemenangan Dr. Mahathir dan Majlis Tertinggi yang lain sebagai batal dan tidak sah. Mereka juga meminta satu perintah supaya satu pemilihan pucuk pimpinan yang baru diadakan. Walau pun mereka menghadapi tekanan supaya jangan meneruskan tindakan undang-undang mereka itu, tetapi mereka berkeras tidak mahu menarik balik kes saman mereka.

RIWAYAT UMNO BERAKHIR
-Saman bermula Jun 1987 hingga 04 Februari 1988 (9 bulan)
-04 Februari 1988 Makamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan UMNO(United Malay Nasional Organization) yang ditubuhkan pada 11 Mei 1946 sebagai sebuah pertubuhan tidak sah.
-Keputusan ini dibuat oleh Hakim Datuk Harun Hashim.
-Sebab-sebab yang diberi tuntutan saman :
1. Dalam 6 Bahagian yang mereka wakili, terdapat 30 Cawangan UMNO yang tidak berdaftar
dengan Pendaftar Pertubuhan.
2. Cawangan yang tidak berdaftar telah menghantar perwakilan ke Persidangan Perwakilan
Bahagian.
3. 3 orang wakil wanita dalam Cawangan Seri Damai Bahagian Pekan tidak mematuhi had umur
yang ditetapkan, ketiga orang wanita tersebut didakwa berusia dibawah 16 tahun.

Oleh kerana bahagian-bahagian dalam mana cawangan-cawangan ini berada telah menghantar perwakilan ke perhimpunan agung, sedangkan cawangan dalam bahagian itu yang tidak mematuhi Akta Pertubuhan, maka para wakil yang dikirim -78 orang- juga dianggap tidak sah. Lantaran itu, kumpulan 11 itu meminta makamah memerintahkan 6 bahagian itu mengadakan semula perhimpunan bahagian dan serentak dengan itu mengisytiharkan bahawa pemilihan Majlis Tertinggi pada 24 April sebagai tiadak sah dan batal. Mereka juga meminta makamah mengarahkan Setiausaha Agong ketika itu, Datuk Seri Sanusi Junid mengatur satu pemilihan baru.

Dalam perbicaraan yang berlansung kedua-dua pihak – kumpulan 11 itu dan juga peguam yang mewakili UMNO – bersetuju dengan satu fakta:

Bahawa memang terdapat cawangan-cawangan UMNO yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan. Masing masing mengakui bahawa ini adalah menyalahi Akta Pertubuhan 1966. Atas hakikat itu, peguam yang mewakili kumpulan 11 itu berhujah bahawa pemilihan 24 April itu adalah tidak sah dan meminta makamah supaya mengisytiharkannya batal dan meminta diadakan satu pemilihan baru.

Tetapi apa yang diminta itu telah tidak diberi oleh Hakim Datuk Harun Hashim. Sebagai jalan tengah, tetapi dengan implikasi yang lebih besar terhadap kewujudan UMNO pada keseluruhannya, Datuk Harun membuat keputusan untuk menolak tuntutan kumpulan 11 itu supaya satu pemilihan baru diadakan. Menurut beliau, beliau tidak dapat menunaikan permintaan itu kerana takkala pemilihan itu berlangsung, UMNO adalah sebuah pertubuhan yang tidak sah. Kehadiran cawangan-cawangan yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan kata hakim itu bermakna bahawa yang tidak sah bukan saja cawangan-cawangan berkenaan, tetapi juga badan induk kepada cawangan berkenaan. Dalam hal ini, badan induk itu ialah UMNO. Jadi bagi Datuk Harun, soal untuk mengisytiharkan pemilihan 24 April 1987 itu sebagai tidak sah dan batal, serta memenuhi tuntutan supaya diadakan satu pemilihan baru baru, tidak timbul kerana UMNO adalah sebuah pertubuhan yang tidak sah di sisi undang-undang.

Dari segi undang-undang, Hakim Datuk Harun telah membuat keputusan yang tepat sejajar dengan peruntukan 12(1) dan 12(3) Akta Pertubuhan 1966. Peruntukan 12 (1) itu dengan jelas menyatakan bahawa “tiadalah sesuatu pertubuhan berdaftar boleh menubuhkan sesuatu cawangan dengan tiada terlebih dulu mendapat kebenaran Pendaftar.” Peruntukan 12(3) pula menyatakan “Jika sesuatu pertubuhan berdaftar menubuhkan suatu cawangan dengan tiada terlebih dulu mendapat kebenaran Pendaftar maka pertubuhan berdaftar itu dan cawangan yang ditubuhkan demikian itu hendaklah disifatkan sebagai pertubuhan-pertubuhan yang menyalahi undang-undang.”(Catatan: Selepas kes UMNO itu, peruntukan ini sudahpun dipinda oleh parlimen. Di bawah peruntukan baru, apabila terdapat cawangan yang tidak berdaftar dengan Pendaftaran Pertubuhan yang menyalahi undang-undang hanya cawangan yang tidak berdaftar dan bukannya keseluruhan badan induk cawangan itu).

Jelas bahawa ketika keputusan itu dibuat, tidak ramai termasuk ahli-ahli UMNO itu sendiri yang benar-benar menyedari kesannya terhadap parti mereka. Sedikit menyedari bahawa keputusan itu bermakna bahawa parti mereka dalam bentuk asal sebenarnya sudah berakhir. Ini kerana apabila sesebuah pertubuhan itu sudah diistiharkan tidak sah oleh makamah, maka pendaftarannya akan dibatalkan oleh Pendaftar Pertubuhan. Malah inilah yang telah berlaku terhadap UMNO. Beberap hari selepas diisytiharkan tidak sah, Pendaftar Pertubuhan Puan Zakiah Hashim, telah menulis surat kepada Setiausaha Agung parti menyatakan sebab-sebab mengapa UMNO tidak boleh dibatalkan. Surat itu sebenarnya hanya sebagai satu formaliti saja kerana Pendaftar Pertubuhan sebenarnya tiada pilihan kecuali membatalkan pendaftaran UMNO. Terbukti pandangan ini tepat. Pada 12 Februari 1988, pihak pendaftar pertubuhan secara rasmi mengeluarkan surat yang menandakan kematian UMNO. Dengan itu, riwayat sebuah pertubuhan politik yang dianggap telah memberi jasa yang besar dalam pergerakan perjuangan bangsa Melayu di tanahair mereka sendiri pun berakhir. Sedihnya, ia lenyap bukan kerana menghadapi tentangan daripada musuh-musuhnya yang lebih kuat, tetapi kerana percakaran sesama sendiri di kalangan ahli-ahli parti yang ingin merebut kuasa di satu pihak dengan yang ingin mempertahankan kuasa di satu pihak yang lain. Benarlah kata allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, satu ketika pemimpin UMNO yang dihormati dan segani bahawa sekiranya UMNO ingin menemui kehancurannya, perkara itu bukan berlaku bukan kerana perbuatan dari luar, tetapi daripada dalam. Amaran yang dibuat dalam tahun tujuh puluhan itu menjadi kenyataan dalam tahun lapan puluhan. UMNO yang ditubuhkan untuk menyatukan perjuangan Melayu, pada mulanya untuk menentang Malayan Union dalam tahun 1946, kemudian memperjuangkan kemerdekaan dan seterusnya mengambilalih pimpinan negara ini, sudah tiada lagi.

SIKAP DR. MAHATHIR
Tindakan Dr.Mahathir apabila UMNO diharamkan.

Dr.Mahathir menegaskan:
“Keputusan Makamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati UMNO sebagai pertubuhan yang tidak sah tidak menjejaskan kedudukan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri. Kerajaan hari ini masih wujud, yang tidak wujud Cuma UMNO sahaja”

Beliau juga berkata;
“Masalah yang sedang dihadapi oleh UMNO hanyalah masalah teknik dan beliau mempunyai banyak pilihan untuk mengatasinya”

“Beri saya masa. Kami tahu apa yang perlu dibuat. Rakyat tidak perlu bimbang. Apa yang sedang dihadapi hanyalah satu masalah mudah yang akan diatasi”

Secara khusus apa rancangan beliau tentang UMNO tidak dinyatakan.Tetapi secara tidak langsung beliau membayangkan sesuatu sedang dirancang apabila beliau berkata :

“yalah, takkan saya nak tidur saja.”

Beliau juga membayangkan bahawa dalam keadaan itu sesiapa sahaja boleh mengambil apa juga langkah yang mereka mahu berhubung dengan masalah kedudukan UMNO. Kenyataan ini seolah-olah satu pancingan untuk pihak lain, barangkali musuh-musuh politik beliau dalam UMNO untuk melakukan sesuatu bagi menghidupkan UMNO.

Dalam keadaan tidak menentu, tentulah manasabah bagi Dr.Mahathir melakukan dua perkara:

1. Pertama untuk menegaskan bahawa kedudukan kerajaan pimpinan beliau di peringkat persekutuan dan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain di peringkat negeri tidak terjejas dengan keputusan makamah tinggi itu.

2. Kedua untuk mencari sokongan bagi memastikan bahawa order sosial tidak runtuh.

MENCARI SOKONGAN
Umumnya terdapat empat bentuk sokongan yang diperlukan oleh Dr.Mahathir yang ketika itu tidak lagi memimpin apa-apa parti politik setelah UMNO diisytiharkan tidak sah.

1. SOKONGAN DIRAJA
Sokongan ini perlu bagi menjaminkan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri serta kedudukan Menteri-menteri Besar,Ketua Menteri dan kerajaan-kerajaan negeri dapat dipertahankan. Di peringkat persekutuan, sokongan ini beliau perolehi setelah mengadap Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong di Istana Serene, di Johor Bharu pada petang 5 Februari 1988.

Bagaimanapun sokongan terbuka Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong telah diberi kepada Perdana Menteri pada 14 Februari 1988 di satu upacara menyampaikan pingat dan bintang kebesaran di Istana Negara.

Baginda menyeru rakyat khususnya bekas ahli-ahli UMNO memberi sokongan dan taat setia kepada Datuk Seri Dr.Mahathir Mohamad bagi menyelesaikan masalah yang berlaku dalam parti itu.

“Berilah taat setia kepada pemimpin yang saya pilih sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad,” titah baginda berterus terang.

Titah baginda lagi: “Saya sangat mengambil berat masalah UMNO kerana parti itu ditubuhkan di Istana Besar Johor dengan persetujuan Almarhum datuk saya, Sultan Ibrahim pada bulan Mei 1946 oleh Allahyarham Dato Onn Jaafar. UMNO ditubukan di dalam Istana Besar dan bukan di tepi jalan. Saya sebagai keluarga diraja Johor mengambil berat masalah parti ini. Awak jagalah UMNO. Tatanglah UMNO seperti menatang minyak yang penuh. Jangan berhenti separuh jalan. Hal kotor rumahtangga awak bersihkanlah sendiri.”

2. SOKONGAN POLITIK
Apabila UMNO diisytiharkan tidak lagi berfungsi, kedudukan Dr. Mahathir dari segi politik boleh dikatakan dalam bahaya, begitu juga Menteri-menteri dan Menteri Besar Melayu.

Oleh itu tanpa diberi arahan semua Menteri, Menteri Besar dan Ahli Parlimen UMNO berikrar memberi sokongan kepada Dr. Mahathir.

Ini diikuti oleh sokongan daripada ketua-ketua parti komponen Barisan Nasional. MCA yang sejak merdeka menjadi rakan setia UMNO, melalui presidennya, Datuk Dr. Ling Liong Sik pada 5 Februari mengisytiharkan bahawa MCA tetap akan menyokong Dr. Mahathir dan UMNO yang beliau pimpin.

MIC, Gerakan, Parti Bersatu Sabah. Barisan Nasional Serawak, Hamim, juga menyatakan sokongan yang serupa.

Kemuncak sokongan politik daripada Ahli Parlimen-Wakil Rakyat dan senator- serta ahli-ahli Dewan Undangan Neger Barisan Nasional yang berjumlah kira-kira 600 orang diberi kapada Perdana Menteri pada 14 Februari 1988 di dewan bankuet Parlimen.

3.SOKONGAN BUKAN POLITIK:
Sokongan pertubuhan bukan politik yang mewakili kumpulan berkepentingan yang berbeza ini tidak sukar beliau perolihi. Sebaik saja UMNO diisytiharkan tidak sah, kumpulan ini berbaris ke pejabat Perdana Menteri untuk menyatakan sokongan mereka. Ini termasuklah kesatuan-kesatuan kerja – sector awam dan swasta (CUEPACS DAN MTUC), kesatuan-kesatuan guru terutamanya guru-guru Melayu(KG-MMB), para peneroka, nelayan, penghulu, petani, pergerakan belia dan sebagainya. Malah pertubuhan –pertubuhan yang tidak begitu penting dan belum pernah didengar selama ini (seperti Persekutuan Setia Tanjung Tokong) juga diberi kesempatan untuk melafazkan ikrar taat setia kapada Perdana Menteri.

Gambaran yang dilikiskan oleh pihak media boleh dikatakan bahawa Dr. Mahathir mendapat sokongan yang luar biasa untuk beliau terus kekal sebagai ketua eksekutif Malaysia. Tentangan terhadap kehadiran beliau, jika ada, tidak mendapat tempat.

4. SOKONGAN ALAT-ALAT NEGARA
Sokongan yang paling penting bagi Dr. Mahathir diterima daripada alat-alat penting negara seperti Perkhidmatan Awam, Angkatan Bersenjata, Pasukan Polis dan sebagainya.

Institusi-institusi ini secara terbuka tidak menyatakan pendirian mereka, Hakikat bahawa alat-alat negara ini tidak menyusahkan pimpinan Dr. Mahathir yang sedang mencari sokongan seluas mungkin itu, sudah cukup dianggap sebagai satu sokongan dan undi percaya kepada Perdana Menteri yang ada.

Ini kerana dalam keadaan selepas UMNO diisytiharkan tidak sah itu, kedudukan politik walaupun dipermukaan stabil, tetapi agak tidak menentu. Sesebuah pertubuhan politik yang boleh dianggap sebagai paling teratur sudah lenyap.

Di negara-negara lain, keadaan itu boleh menimbulkan ketidakstabilan dari segi politik yang boleh mendorong atau mempengaruhi pihak angkatan bersenjata atau polis untuk campurtangan dengan mengambilalih pemerintahan negara. Pengalaman ini banyak dilalui oleh negara dunia ketiga yang lain. di negara-negara itu, apabila pimpinan awam yang terdiri dariapada orang-oarang politik bercakaran sesama sendiri tentang soal kuasa, maka perkembangan itu ditafsirkan sebagai kegagalan parti-parti poltik untuk memberi pimpinan yang dikehendaki. Keadaan itu pula membuka peluang kepada institusi yang lebih tersusun dan mempuyai cara untuk mengawal keganasan untuk mengambilalih kuasa secara paksa melalui revolusi atau secara sukarela melalui undangan oleh orang-orang politik awam seperti berkongsi kuasa dengan menjalankan pemerintahan secara darurat.

Tetapi dalam kes Malaysia selepas UMNO diisytiharkan tidak sah itu, keadaan itu telah berlaku. Tidak ada usaha di pihak Dr. Mahathir sendiri untuk melibatkan baik angkatan bersenjata atau pasukan polis dalam sebuah kerajaan darurat. Kedua-dua institusi itu juga terus memainkan peranannya sebagai pelindung kepada kerajaan awam dengan tidak menujukkan sebarang minat untuk mengambilalih kerajaan. Ini merupakan isyarat bahawa mereka mahu pimpinan negara ini diteruskan oleh Dr.Mahathir. Apa yang berlaku itu juga merupakkan bukti bahawa angkatan bersenjata dan polis di negara ini kekal dengan peranan mereka untuk tidak campurtangan dalam politik kecuali keadaan memerlukan seperti yang berlaku berikutan peristiwa 13 Mei 1969. Dalam kes itu, parlimen telah digantung, demokrasi diisytiharkan mati dan pihak tentera serta polis telah dilibatkan secara langsung dalam pentadbiran negara.

KESIMPULAN: Jelas bahawa Dr.Mahathir telah berjaya menghadapi saat-saat genting dalam kerjaya politiknya dengan markah cemerlang selepas parti pimpinannya diisytiharkan tidak sah. Dari satu keadaan yang goyang, beliau berjaya memperkukuhkan kedudukannya setelah mendapat sokongan daripada institusi-institusi penting yang diperlukan untuk beliau kekal sebagai perdana menteri. Sokongan yang diberikan oleh Yang Dipertuan Agong, sebahagian besar ahli parlimen Barisan Nasional (walaupun tidak dalam siding parlimen) serta dari pertubuhan-pertubuhan bukan politik telah memanjangkan tempoh beliau untuk menjadi ketua eksekuatif. Dengan adanya sokongan dari pada alat-alat negara yang lain termasuk angkatan bersenjata, polis dan kakitangan awam bermakna Dr. Mahathir telah berjaya memampatkan kedudukkannya dan kerajaan pimpinannya. Setelah kedudukan ini diperolehi barulah beliau mengalihkan perhatian untuk menghidupkan semula UMNO yang mewakili 1.4 juta orang Melayu itu.



OPTION DR. MAHATHIR
Setelah UMNO pimpinannya diisytiharkan tidak sah, apakah tindakan selanjutnya yang perlu diambil oleh Datuk Seri Dr. Mahathir?

Betapa pentingnya beliau mempunyai sebuah parti politik sekiranya ingin terus mempertahankannya kedudukannya sebagai perdana menteri memang sesuatu yang beliau sedari.

Ini kerana Malaysia mengamalkan pemerintahan yang bercorak demokrasi berpalimen. Dalam sistem berkerjaan serupa itu, parti politik merupakan alat penting untuk menyalurkan perwakilan politik siapa juga yang ingin mengambilalih kuasa.

Parti-parti politik bertanding dalam pilihanraya untuk mendapatkan mandat rakyat; Pihak yang mempuyai majoriti dalam dewan rakyat akan membentuk kerajaan dan tokoh yang mengetuai parti politik yang mempuyai kerusi terbanyak dalam dewan itu pula menurut lazimnya akan dinamakan sebagai perdana menteri.

Tanpa parti politik, siapa pun tidak boleh memegang jawatan itu. Jelas bahawa dalam negara-negara yang mengamalkan pemerintahan demokrasi berpalimen, parti politik merupakan jambatan antara rakyat di satu pihak dengan kuasa di pihak satu lagi. Malah kebanyakan ahli sains politik berpendapat bahawa tanpa parti politik dengan sendirinya sistem demokrasi berpalimen tidak akan dapat berfungsi.

Jadi dalam keadaan itu, apakah option atau pilihan yang ada bagi Dr. Mahathir? Dalam satu sidang akhbar pada 5 Februari untuk menegaskan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri tidak terjejas, Perdana Menteri memberitahu bahawa beliau mempuyai banyak pilihan berkait dengan UMNO. Kenyataan beliau ini sebenarnya tidak tepat.

Pada dasarnya beliau hanya mempunyai dua pilihan sahaja setelahUMNO diistiharkan tidak sah oleh makamah.Pilihan pertama ialah menghidupkan semula UMNO dan pilihan kedua ialah membentuk sebuah parti baru untuk mengambilalih perjuangan UMNO. Ada baiknya kedua-dua option ini kita tinjau secara terperinci.

PILIHAN PERTAMA:
Sekiranya option pertama menjadi pilihan, maka bermakna bahawa Dr. Mahathir perlu mengambil langkah-langkah untuk menghidupkan semula UMNO. Tetapi untuk berbuat demikian tidaklah semudah yang disangka. Ini kerana apabila sesebuah pertubuhan sudah diisytiharkan tidak sah oleh Makamah, peluang untuk ia di wujudkan dalam bentuk asal adalah mustahil kecuali beberapa pindaan terhadap Akta Pertubuhan untuk membolehkan tugas menghidupkan semula UMNO itu dilakukan.

Antara peruntukan penting Akta Pertubuhan 1966 yang perlu dipinda ialah Seksyen 12(1) dan 12(3). Di bawah peruntukan itu di nyatakan bahawa mana-mana pertubuhan yang cawangannya ditubuhkan terlebih dulu tanpa mendapat kebenaran Pendaftaran Pertubuhan, maka yang tidak sah bukan saja cawangan berkenaan, tetapi badan induk cawangan itu. Sekiranya UMNO ingin dihidupkan, maka peruntukan itu perlu dipinda untuk menyatakan bahawa sekiranya terdapat cawangan dalam pertubuhan yang tidak berdaftar dengan Pendaftaran Pertubuhan maka yang haram ialah cawangan itu saja dan bukannya badan induk sekali. Dan pindaan ini jika pun dibuat dan ingin memberi manfaat kepada UMNO hendaklah dikuatkuasakan mulai tahun 1966 dan bukannya mulai tahun 1988. Apabila Dr. Mahathir membayangkan pada 14 Februari 1988 di Parlimen bahawa beliau akan menggunakan Undang-undang untuk menyelesaikan masalah UMNO, ramai pemerhati politik berpendapat bahawa inilah yang akan dilakukan oleh Dr. Mahathir.Tetapi terbukti kemudian bahawa ramalan itu meleset. Peruntukan 12 ini dipinda oleh beliau, tetapi pindaannya tidak dilaksanakan untuk berkuatkuasa mulai tahun 1966 seperti yang diharapkan.

Sebenarnya pendirian Dr. Mahathir ini tidaklah menghairankan. Malah ada pihak berpendapat bahawa sekiranya beliau ingin menyelamatkan UMNO dalam bentuk asal, beliau boleh berbuat demikian apabila kumpulan 11 orang itu mula-mula menyaman UMNO, Beliau boleh mencari jalan tengah atau berusaha menghalang soal dalam rumahtangga UMNO daripada diserahkan kepada mahkamah. Untuk menyatakan beliau tidak berbuat apa-apa sejak mula lagi juga tidak tepat. Beberapa kali Dr. Mahathir, malah ramai pemimpin UMNO yang lain mendesak kumpulan 11 itu supaya menyelesaikan kes mereka diluar mahkamah. Malah dalam bulan September 1987, Majlis Tertinggi telah membentuk sebuah jawatankuasa khas untuk mencari penyelesaian. di luar mahkamah dianggotai oleh pemimpin-pemimpin kanan parti. Tetapi tidak ada kejayaan sebenarnya dicapai. barangkali pada peringkat ini, tidak begitu ramai antara mereka yang menyedari implikasi yang akan menimpa parti itu. Ini kerana kumpulan 11 itu hanya meminta mahkamah supaya membatalkan keputusan pemilihan UMNO 24 April 1987 dan menganggapkan sebagai tidak sah serta memerintahkan satu pilihanraya baru diadakan. Dr. Mahathir sendiri merasakan barangkali bahawa sekiranya makamah memberi apa yang dituntut itu, maka kedudukan beliau sebagai presiden parti tidak terjejas. Kalau diistiharkan pemilihan 24 April tidak sah, beliau tetap menjadi presiden UMNO berasaskan pemilihan tahun 1981 dan 1984. Ini bermakna beliau masih tetap menjadi orang nombor satu dalam UMNO.

Malah apabila kes berjalan dan menyedari bahawa kes kumpulan 11 itu berkemungkinan menamatkan riwayat UMNO kerana hakim boleh mengisytiharkan UMNO tidak sah, Dr. Mahathir sendiri membiarkan kes itu berjalan. Sekiranya beliau ingin menyelamatkan parti, beliau sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri sebenarnya boleh mengunakan 70 Akta Pertubuhan 1966 itu untuk mengecualikan UMNO daripada mana-mana peruntukan akta tersebut. Peruntukan itu, antara lain menyatakan: Menteri (dalam kes ini Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri) boleh, menurut budibicaranya, dengan bertulis mengecualikan mana-mana pertubuhan yang didaftarkan di bawah Akta ini daripada segala atau mana-mana juga daripada peruntukan Akta ini. Sekiranya Dr. Mahathir memberi pengecuali itu kepada UMNO, katakan daripada peruntukan 12 akta itu, maka apa juga keputusan mahkamah tidak akan memberi padah buruk kepada UMNO. UMNO akan selamat dan identitinya kekal seperti asal.

Inilah yang diharapkan akan dilakukan oleh Dr. Mahathir oleh Tunku Abdul Rahman dan Tengku Razaleigh Hamzah. Tetapi oleh kerana syor ini dibuat hanya setelah UMNO diisytiharkan tidak sah, maka Dr. Mahathir menjawab bahawa beliau sendiri tidak sedar tentang perkara itu. Sebaliknya beliau mengajukan pertanyaan: mengapa kedua-dua orang pemimpin UMNO itu tidak membuat cadangan itu lebih awal supaya beliau boleh memberi pertimbanganyang sewajarnya untuk mengecualikan UMNO daripada mana-mana peruntukan di bawah Akta Pertubuhan 1966 itu. Selain dari itu, Dr. Mahathir juga menjelaskan kemudian bahawa beliau tidak mengunakan peruntukan 70 itu kerana beliau tidak mahu bertindak dengan cara-cara kediktatoran atau cuba mengganggu perjalanan mahkamah yang bebas di negeri ini. Tetapi juga ada pihak yang berpendapat bahawa sebab yang diberikan itu bukanlah alas an sebenar Dr. Mahathir. Beliau menyedari bahawa kemungkinan UMNO diisytiharkan sebagai pertubuhan tidak sah memang boleh berlaku kerana kedudukan UMNO tidak sah di sisi undang-undang ekoran pengakuan adanya 30 cawangan tidak berdaftar, telah ditimbulkan sendiri oleh peguam UMNO, G.Sri Ram di saat-saat akhir perbicaraan. Bagi Dr. Mahathir, ada setengah pihak berhujah, keputusan mahkamah itu sebenarnya memberi peluang kepada beliau untuk meneruskan perjuangan UMNO dalam bentuk baru yang juga memberi kesempatan kepada beliau untuk membersihkan parti itu daripada anggota-anggota yang menimbulkan masalah.

Dan ini membawa kita kepada OPTION KEDUA Dr. Mahathir iaitu mengasaskan sebuah parti baru untuk meneruskan perjuangan UMNO yang akan diperkatakan secara terperinci dalam bab-bab berikutnya. Tetapi sebelum penubuhan parti baru itu diumumkan, inisiatif untuk menghidupkan semula UMNO telah dimulakan oleh pihak lain yang dipelopori oleh dua orang bekas Perdana Menteri,Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn dengan mengumumkan penubuhan UMNO Malaysia.

PERLUMBAAN HIDUPKAN UMNO
Oleh kerana Datuk Seri Dr. Mahathir terlalu asyik untuk menegaskan kedudukannya sebagai Perdana Menteri tidak terjejas serta merahsiakan rancangannya untuk menghidupkan UMNO selepas parti itu diisytiharkan tidak sah, maka inisiatif untuk memulihkan UMNO telah dimulakan oleh bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman. Pada 8 Februari 1988, sempena hari jadinya yang ke 85 di Pulau Pinang, bekas perdana menteri itu mengumumkan bahawa beliau sedang mengusahakan pendaftaran Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu Malaysia atau ringkasnya UMNO Malaysia untuk meneruskan perjuangan UMNO. Beliau sendiri menjadi presiden penajanya manakala seorang lagi bekas Perdana Menteri, Tun Hussein Onn menjadi timbalan presiden penaja. Tun Hussein apabila diminta mengulas pada mulanya berkata beliau tidak tahu menahu mengenai perkara itu. Bagaimana pun beberapa hari kemudian beliau mengesahkan pengelibatannya dalam UMNO Malaysia. Tengku Razaleigh Hamzah yang hadir sewaktu pengumuman penubuhan UMNO Malaysia dibuat tidak mempuyai sebarang kedudukan, tetapi beliau diketahui memainkan peranan yang penting dalam merancang pembentukannya.

Lain-lain anggota jawatankuasa penaja UMNO Malaysia terdiri daripada tokoh-tokoh yang mempuyai hubungan rapat dengan Tengku Razaleigh.

Senarai Penuh Jawatankuasa Penaja UMNO Malaysia:
Pengerusi Tetap : Datuk Yusof Latif
Timbalan : Hjh. Rahmah Osman

Presiden : Tengku Abdul Rahman
Timbalan : Tun Hussein Onn
Naib : Datuk Rais Yatim
Setiausaha Agong : “
Ketua Penerangan : Datuk Zainol Abidin Zain
(Bekas Timbalan Menteri Tenaga Pos Dan Telekom)
Bendahari : Datuk Manan Osman
(Bekas Menteri Pertanian)
Ahli Jawatankuasa : Hjh. Ilani Ishak
(Bekas Exco Pergerakan Wanita UMNO)
: Datuk Hj. Suhaimi Datuk Kamaruddin
(Bekas Ketua Pergerakan UMNO Malaysia)
: Datuk Radzi Sheikh Ahmad
(Bekas Timbalan Menteri Perusahaan Utama)
: Hjh. Marina Yusof
(Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO)
: Hj. Ibrahim Azmi Hasan
(Ahli Parlimen Kuala Nerus,Terengganu)
: Kamaruddin Hj. Awang The
Salah saorang ahli kumpulan 11 yang menyaman UMNO)
: Abdul Kahar Ahmad
(Bekas Ketua UMNO Bahagian Jelutong)

Menurut minit mesyuarat Penubuhan UMNO Malaysia yang dikembarkan dengan permohonan untuk mendaftarkan parti itu yang telah dibuat oleh firma guaman Shafie Abdullah, lain-lain tokoh yang menghadiri mesyuarat, tetapi tidak mempuyai kedudukan dalam parti tersebut termasuklah: Tengku Razaleigh Hamzah, Haji Ibrahim Ali (Ahli Parlimen Pasir Mas), Encik Fauzun Abdul Samad, Datuk Haji Mohamed Yusof, Haji Reduan Amiruddin, Datuk Zainal Abidin Johari (Ahli Parlimen Sik). (Utusan Malaysia, 10 Februari, 1988). Jelas dari senarai itu bahawa kecuali Tunku Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn, anggota penaja yang lain terdiri daripada orang-orang team B pimpinan Tengku Razaleigh. Tidaklah hairan jika ada pihak yang membuat kesimpulan bahawa putra dari Kelantan itulah merupakan ‘dalang’ yang telah memainkan peranan untuk menggerakkan penubuhan UMNO Malaysia.

Sewaktu mengumumkan penubuhan UMNO Malaysia, Tunku sendiri memberitahu bahawa pada mulanya beliau telah meminta Tungku Razaleigh mengambil daya usaha untuk menghidupkan UMNO, tetapi Tengku Razaleigh tidak mahu. Sebaliknya, bekas menteri kewangan itu mencadangkan supaya Tunku, sebagai Bapa Malaysia mengambil dayausaha itu. Tunku setuju sebab beliau kecewa kerana beberapa hari selepas UMNO diisytiharkan haram, tidak ada pihak yang berusaha untuk menghidupkan semula UMNO. “ Semua orang tertanya-tanya apa akan jadi pada UMNO. Saya pun tertunggu-tunggu. Tetapi sehingga sekarang masih belum berlaku sesuatu. Oleh itu saya segera bertindak menghidupkan semula UMNO sesuai dengan kehendak rakyat,” jelas bekas Perdana Menteri itu. Barangkali menyedari bahawa usaha beliau itu akan dipandang serong, Tunku seterus berkata “usaha saya dan Tun Hussein Onn ini jangan ditohmah yang kononnya kami hendak balik kuasa. Usaha kami ini hanya setakat hendak menaja penubuhan UMNO. Saya tahu saya sudah tua dan mungkinlah ini tanggungjawab saya yang terakhir,” Beliau kemudian menjelaskan bahawa Dr.Mahathir juga telah diundang untuk menjadi ahli jawatankuasa penaja UMNO Malaysia.

Tetapi Dr. Mahathir tidak dapat menerima undangan itu kerana pada waktu yang sama Tunku memikirkan untuk menghidupkan UMNO Malaysia, pihaknya juga mengusahakan tindakan yang serupa. Tetapi bezanya, Dr. Mahathir tidak mengheboh-hebohkan rancangannya. Malah sehari selepas UMNO Malaysia mengajukan pendaftarannya pada 9 Februari, pihak Dr. Mahathir juga mengemukakan permohonan bagi pendaftaran UMNO 88 dengan beliau sendiri menjadi presiden penaja dan timbalan perdana menteri Encik Ghafar Baba sebagai timbalan presiden penaja. Tetapi permohonan kedua-dua UMNO Malaysia dan UMNO 88 itu telah ditolak oleh Pendaftar Pertubuhan kerana pada waktu permohonan mereka dibuat, UMNO walaupun sudah diisytiharkan oleh mahkamah tidak sah, tetapi masih belum dibatalkan oleh Pendaftaran Pertubuhan. Kerana adanya sebuah pertubuhan yang masih belum dibatalkan oleh Pendaftar Pertubuhan. Kerana adanya sebuah pertubuhan yang masih bernama UMNO, maka sebarang permohonan untuk mendaftarkan pertubuhan-pertubuhan lain dengan nama yang serupa terpaksa ditolak.

Walau pun Tunku Abdul Rahman memberitahu bahawa beliau berniat baik apabila mengasakan penubuhan UMNO Malaysia, tetapi reaksi terhadap tindakan beliau itu pada keseluruhannya tidaklah begitu menyenangkan. Malah kecaman-kecaman pedas disalurkan di dalam media massa kerana ada yang melihat bahawa apa yang dibuat oleh Tunku itu akan hanya memecahbelahkan Melayu. Mereka beranggapan bahawa Tunku bukanlah orang yang layak untuk menghidupkan semula UMNO. Mereka yang berhak berbuat demikian hendaklah datangnya daripada bekas-bekas pemimpin UMNO yang mempuyai kuasa iaitu kumpulan Dr. Mahathir Mohamad.

Dalam keadaan itu tidak hairanlah kalau Tunku dituduh sebagai nyayuk dan telah bertindak secara tergopoh gapah. Malah ada yang mengelar beliau sebagai bapa perpecahan. Di kalangan mereka yang terlibat juga, setelah menyedari reaksi negative terhadap UMNO Malaysia, mula menafikan pengelibatan masing-masing. Datuk Radzi, Rahmah Osman, Ibrahim Ali, Sharifah Dora adalah antara mereka yang segera menafikan bahawa mereka terlibat dalam penubuhan UMNO Malaysia. Datuk Radzi pula pada satu ketika meminta nama beliau digugurkan daripada jawatankuasa penaja. Media massa yang pada keseluruhan di kawal oleh pemimpin yang berkuasa dalam kerajaan yang mencanangkan sokongan untuk Dr. Mahathir dan mengkritik usaha yang dibuat oleh Tunku, baik dalam ruangan berita, rencana mahupun rencana pengarang. Hanya berita-berita yang menentang usaha Tunku saja yang banyak disiarkan. Walaupun media dikatakan mempunyai pengaruh yang terbatas, tetapi apa yang dibuat itu berjaya membentuk public opinion bahawa UMNO Malaysia pimpinan Tunku mesti diperangi. Memandangkan hal itu, tidak hairan sekiranya orangramai rata-rata menerima UMNO Malaysia secara negatif kerana para pengasasnya tidak mempuyai forum untuk menyalurkan sebarang pandangan mereka.

Kempen memperkecil-kecilkan UMNO baru ini pula dipermudahkan oleh hakikat bahawa mereka yang bersama Tengku Razaleigh dalam team B tidak semua menyokong penubuhan UMNO Malaysia. Ini bermakna sekiranya pemilihan 24 April 1987 melahirkan team B yang mencantumkan para penyokong Datuk Musa Hitam dan Tengku Razaleigh ke dalam satu pasukan, penubuhan UMNO Malaysia pula membawa perpecahan kepada pakatan itu. Perpecahan ini memang tidak menghairankan kerana terbentuknya team B tempoh hari bukannya di asaskan pada kepentingan bersama yang kuat. Setelah bertarung dalam pertandingan pahit selama dua kali antara Datuk Musa dan Tengku Razaleigh bagi jawatan timbalan presiden (1981 dan 1984), mereka membuat keputusan untuk bergabung tenaga (pada pemilihan 1987) kerana menghadapi musuh bersama iaitu Dr. Mahathir. Pakatan itu merupakan satu ‘expedient’ atau ‘marriage of convenience’ untuk memenuhi kepentingan dan keperluan semasa. Ia diasaskan pada tapak yang tidak kekal dan berpanjangan.

Setalah Dr. Mahathir gagal ditewaskan, masing-masing membawa diri. Datuk Musa mengakui kemenangan Dr. Mahathir dan membayangkan kesediaannya untuk berkerjasama memupuk perpaduan. Datuk Musa juga menentang secara terbuka tindakan kumpulan 11 membawa kes mereka ke mahkamah. Beliau juga berjumpa Dr. Mahathir dalam lawatan perpaduannya ke negeri Johor selepas pertandingan. Tengku Razaleigh nampaknya tidak berminat dengan perpaduan yang dilaungkan oleh Dr. Mahathir, Jelas bahawa selepas 24 April, hubungan Musa Razaleigh Cuma menunggu retak menjadi belah. Penubuhan UMNO Malaysia secara rasmi menamatkan sebarang pakatan yang ada antara mereka berdua. Tatkala Tengku Razaleigh menyokong penubuhan UMNO Malaysia. Datuk Musa dalam satu kenyataan selepas berjumpa dengan para pemimpin Melayu di Segamat Johor pada 12 Februari, secara terbuka mengisytiharkan sokongan kepada Dr. Mahathir untuk menyelesaikan UMNO. Kata beliau, “demi perpaduan Melayu, berilah peluang kepada pucuk pimpinan yang ada sekarang meneruskan usaha-usaha mereka. Soal terpenting sekarang ialah soal survival semangat perjuangan UMNO yang ditaja oleh pejuang-pejuang UMNO pada 11 Mei 1946. Soal survival seseorang induvidu wajib diketepikan.”

Beliau juga menegaskan bahawa “ saya tidak terlibat dalam apa-apa tindakan yang lain daripada usaha hendak memulihkan kredibiliti UMNO yang saya tahu dan kenal begitu rapatnya, lebih-lebih lagi sejak saya sendiri memegang jawatan sebagai setiausaha kerjanya, sebagai Naib Ketua Pemuda, sebagai Naib Presidennya dan Timbalan Presiden.”

Seorang lagi bekas orang kuat Datuk Musa yang telah bersama-sama dalam team B, Datuk Abdullah Ahmad Badawi malah telah mendahului Datuk Musa dan untuk menyatakan sokongan kepada Dr. Mahathir secara terbuka. Beliau bukan saja menentang penubuhan UMNO Malaysia tetapi menegaskan bahawa sebarang tindakan yang dibuat oleh mana-mana pihak untuk memulihkan kedudukan UMNO tanpa pengetahuan kepimpinan yang ada akan membawa akibat yang lebih buruk.
KESIMPULAN:
Jelas bahawa sebaik saja UMNO diisytiharkan tidak sah, terdapat perlumbaan untuk menghidupkan semula parti itu di kalangan dua kelompok yang bertelagah didalamnya. Dr. Mahathir sendiri memang mempunyai rancangannya tersendiri ke arah itu. Tetapi oleh kerana beliau tidak menghebahkan rancangannya, maka ada gambaran bahawa beliau tidak berbuat apa-apa dan asyik mencari sokongan untuk mengukuhkan kedudukannya di dalam kerajaan sebagai perdana menteri. Lantaran itu, perlumbaan untuk menghidupkan UMNO telah di dahului oleh kelompok Tengku Razaleigh Hamzah. Beliau sendir tidak ke depan untuk melakukan tugas ini tetapi membiarkan Tunku Abdul Rahman, yang secara terbuka memang diketahui pengkritik lantang Dr. Mahathir, untuk mengasaskan penubuhan UMNO Malaysia.Tetapi kerana tokoh-tokoh UMNO yang memegang kuasa tidak dilibatkan, maka penubuhan UMNO Malaysia dilihat sebagai satu usaha untuk merampas kuasa dan tidak mendapat sambutan meluas kerana para pengasasnya gagal mendapat liputan yang baik untuk menonjolkan imej mereka. Sebaliknya usaha mereka ditentang dan ditohmah sebagai bertujuan untuk menjatuhkan Dr. Mahathir sendiri tidak mahu ketinggalan untuk memulihkan semula UMNO sebenarnya. Sehari selepas UMNO Malaysia mengemukakan permohonan bagi pendaftaran, Dr. Mahathir membuat permohonan untuk mendaftarkan UMNO 88 ditolak kerana Pendaftar belum lagi membatalkan pendaftaran UMNO.

Selepas UMNO dibatalkan, Dr. Mahathir sekali lagi mengemukakan permohonan untuk mendaftarkan United Malays National Organization atau rengkasnya UMNO Baru. Pendataran UMNO Baru diterima dan jadilah ia sebagai parti yang mewarisi perjuangan dan semangat UMNO. Para pengasas UMNO Malaysia selepas pendaftaran mereka ditolak tidak lagi mengemukakan sebarang perrmohonan kerana mereka tidak mendapat maklumat mengenai pembatalan UMNO oleh Pendaftar Pertubuhan. Para penaja UMNO 88 mendapat maklumat itu kerana Pendaftar telah menulis kepada Setiausaha Agong UMNO lama mengenai pembatalan partinya. Dan Dr. Mahathir sendiri sebagai menteri dalam negeri juga dimaklumkan mengenai perkara itu. Disinilah bezanya antara penaja UMNO Malaysia dan UMNO 88. Para penaja UMNO Malaysia tidak mempunyai kuasa kerajaan manakala para penaja UMNO 88 menganggotai kerajaan. Mereka tahu apa yang berlaku dan boleh menggunakan maklumat yang ada untuk faedah diri mereka.

LAHIRNYA UMNO BARU
Setelah usaha pertamanya untuk memulihkan UMNO dengan menaja penubuhan sebuah parti baru-UMNO 88- ditolak pendaftaranya, bersama-sama dengan dengan UMNO Malaysia tajaan Tunku Abdul Rahman,

Datuk Seri Dr. Mahathir mengusahakan pula penubuhan UMNO (baru). Tetapi pendaftaran parti baru ini dibuat hanya setelah UMNO yang diasaskan pada tahun 1946 itu secara rasmi diisytiharkan batal oleh Pendaftar Pertubuhan pada 10 Februari 1988. Permohonan bagi mendaftarkan UMNO(baru) atau nama penuhnya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Baru) atau United Malays National Organization (UMNO) dikemukakan dua hari kemudian iaitu pada 12 Februari dan pada 15 Februari di luluskan.

Pengumuman mengenai penubuhan UMNO (baru) bagi mengantikan UMNO lama, hanya diumumkan oleh Presiden penajanya (yang kemudian menjadi presiden pertamanya). Datuk Seri Dr. Mahathir sehari kemudian pada 16 Februari 1988 iaitu genap dua minggu selepas UMNO diisytiharkan sebagai sebuah pertubuhan tidak sah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Pengumuman itu dibuat serentak dengan keputusan Dewan Tertinggi Barisan Nasional untuk menerima UMNO baru sebagai anggotanya yang ke 13. Mesyuarat BN yang di pengerusikan oleh Presiden MCA, Datuk Ling Liong Sik selama tiga minit itu juga bersetuju untuk memulihkan kedudukan Dr. Mahathir sebagai pengerusi BN setelah UMNO baru pimpinannya diterima menjadi anggota.

Dr. Mahathir sendiri sewaktu mengumumkan penubuhan UMNO baru menjelaskan bahawa beliau tidak banyak bercakap mengenai rancangannya tentang UMNO selepas ia diisytiharkan tidak sah bukan kerana beliau sibuk untuk menguatkan kedudukannya, tetapi kerana ingin mempastikan bahawa pembentukan UMNO baru dilakukan benar-benar mengikut peraturan undang-undang bagi mengelakkan tindakan undang-undang yang ingin menghalang penubuhan semula UMNO. Beliau juga berkata, gambaran bahawa sebaik saja UMNO diharamkan beliau tidak berbuat apa-apa adalah tidak tepat. Sebenarnya, kata Dr. Mahathir, sebaik saja parti pimpinannya diisytiharkan tidak sah, beliau telah memanggil satu mesyuarat bekas pemimpin-pemimpin UMNO. Dalam mesyuarat yang dihadiri oleh kebanyakan anggota Majlis Tertinggi UMNO lama itu, mereka bersetuju menyerahkan kepada Dr. Mahathir untuk mencari jalan keluar yang paling baik bagi krisis UMNO itu.

Sebuah jawatankuasa empat orang yang diketuai oleh beliau sendiri telah dibentuk. Lain-lain anggotanya ialah Encik Abdul Ghafar Baba, timbalan perdana menteri dan bekas timbalan presiden UMNO, Datuk Mohamad Rahmat, Menteri Penerangan yang ditugaskan menjadi setiausaha agong (mengantikan Datuk Seri Sanusi Junid yang terpaksa pergi ke Amerika Syarikat kerana menjalani rawatan jantung) dan Datuk Paduka Daim Zainuddin, Menteri Kewangan dan bekas bendahari agung UMNO. Mereka berempat inilah yang telah menjadi penaja UMNO baru yang telah menguruskan segala kerja-kerja pendaftarannya

Senarai penuh MT penaja UMNO baru yang kemudiannya menjadi MT pertama UMNO baru ialah :
01. Datuk Dr. Hamid Pawan Teh -Menteri Besar Perlis
02. Datuk Paduka Osman Arof -Menteri Besar Kedah
03. Datuk Seri Ramli Ngah Talib -Menteri Besar Perak
04. Datuk Muhammad Hj. Mohd Taib -Menteri Besar Selangor
05. Datuk Isa Abdul Samad -Menteri Besar Negeri Sembilan
06. Haji Muhyiddin Yassin -Menteri Besar Johor
07. Datuk Khalid Yaacob -Menteri Besar Pahang
08. Datuk Wan Mokhtar Ahmad -Menteri Besar Terengganu
09. Datuk Mohamad Yaacob -Menteri Besar Kelantan
10. Datuk Seri Rahim Tamby Chik -Ketua Menteri Melaka

Semua menteri kabinet yang mempunyai kedudukan dalam MT UMNO lama- samada memenangi jawatan itu dalam pertandingan, atau dilantik oleh Dr. Mahathir selepas itu, dinamakan sebagai anggota MT penaja UMNO baru.

Mereka ialah :

11. Datuk Seri Sanusi Junid -Menteri Pertanian
12. Datuk Tengku Ahmad Rithauddeen -Menteri Pertahanan
13. Datuk Abu Hassan Omar -Menteri Luar
14. Encik Anwar Ibrahim -Menteri Pendidikan
15. Datuk Najib Tun Razak -Menteri Belia dan Sukan
16. Datuk Sabaruddin Chik -Menteri Kebudayaan dan Pelancongan
17. Datuk Napsiah Omar -Menteri Perusahaan Awam
18. Datuk Yusof Nor -Menteri di Jabatan Perdana Menteri
19. Datin Paduka Rafidah Aziz -Menteri Perdagangan dan Perindustrian
20. Datuk Tajol Rosli -Timbalan Menteri
21. Datuk Megat Junid Megat Ayub - “
22. Datuk Dr. Siti Zaharah Sulaiman - “
23. Datuk Wan Abu Bakar - “
24. Datuk Khalid Yunus - “
25. Senator Hussein Ahmad - (kemudiannya dilantik Ketua Penerangan)
26. Datuk Abdullah Ahmad Badawi -bekas Naib presiden
27. Datuk Khalid Abdullah -Pengerusi Eksekutif Utusan Malaysia
28. Datuk Shamsuri Salleh -bekas Ahli Parlimen Balik Pulau
29. Encik Mohd Nor Mohd Dom -
30. Encik Ahmad Shahbuddin -

Seperti yang diramalkan, penubuhan UMNO(baru) mendapat sokongan bukan saja daripada penyokong Datuk Seri Dr. Mahathir, tetapi juga pihak-pihak yang merasakan bahawa sekiranya UMNO ingin dipulihkan, tugas pemulihan itu hendaklah dilakukan oleh Perdana Menteri dan bukannya dikalangan mereka yang tidak ada kuasa. Sekiranya langkah Tuanku Abdul Rahman menubuhkan UMNO Malaysia juga bertujuan untuk memulihkan UMNO yang diisytiharkan tidak sah diberi sambutan yang negatif dan dipandang serong oleh berbagai pihak sebagai memecahbelahkan bangsa Melayu, penubuhan UMNO (baru) diberi sambutan yang positif kecuali di kalangan mereka yang menjadi musuh politik Dr. Mahathir. Pertubuhan-pertubuhan sosial yang lain mengalu-alukan penubuhan UMNO baru.

Akbar-akbar nasional pula memberi gambaran yang baik terhadap UMNO baru. Berita Harian dalam rencana pengarangnya pada 17 Februari menyifatkan UMNO baru pada hakikatnya sebagai meneruskan perjuangan UMNO lama. Utusan Melaysia pada hari yang sama dalam lidah pengarangnya berjudul UMNO hidup semula berpendapat penubuhan UMNO baru merupakan sebaik-baik cara menyelesaikan krisis yang dihadapi oleh parti itu setelah diisytiiharkan tidak sah oleh mahkamah-satu pandangan yang kemudian disokong oleh timbalan perdana menteri, Encik Ghafar Baba.
Tetapi tidak semua bekas anggota UMNO lama memberi sokongan. Mereka yang terlibat dengan penubuhan UMNO Malaysia yang telah ditolak pendaftarannya berusaha untuk menggugat kehadiran UMNO baru melalui berbagai cara. Ada yang enggan menyertai parti itu (seperti yang secara terbuka dinyatakan oleh beberapa orang ahli parlimen yang telah tidak dilantik sebagai penaja di peringkat bahagian mereka). Ada juga yang mengunakan mahkamah untuk menghalang UMNO baru daripada mengambil bekas anggota UMNO sebagai ahli seperti yang cuba dilakukan oleh dua orang bekas Perdana Menteri- Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn-serta seorang bekas menteri, Datuk Manan Osman. Mereka bertiga ini, yang menjadi orang kuat UMNO Malaysia yang ditolak pendaftarannya oleh Pendaftaran Pertubuhan, telah mengemukakan saman kepada Mahkamah Tinggi meminta dikeluarkan perintah melarang UMNO baru daripada mengedarkan borang dan mendaftarkan ahli-ahlinya. Tetapi writ saman mereka telah dibatalkan oleh Hakim Makamah Tinggi, Datuk Ajaib Singh atas permintaan Setiausaha Agong UMNO baru, Datuk Mohamad Rahmat. Penolakan itu dibuat kerana hakim berpendapat bahawa UMNO baru adalah sebuah pertubuhan yang sah di sisi undang-undang dan ia bebas melakukan apa juga kegiatan yang tidak menyalahi peraturan negara. Hakim itu juga berpendapat bahawa tuntutan Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn dan Datuk Manan Othman dalam keputusannya pada 25 Mei itu adalah remeh dan menyusahkan. Menurut beliau, “sebagai sebuah pertubuhan yang didaftarkan, UMNO (baru) tidak boleh dihalang daripada melaksanakan aktivitinya yang sah termasuk pengambilan ahli. Tidak ada siapa yang boleh mendapat kuasa tindakan terhadap UMNO (baru) dalam usahanya mendaftar ahli.”

Pihak lain yang tidak menyokong UMNO baru pula mengambil tindakan undang-undang untuk membatalkan pendaftaran UMNO (baru) serta mencabar keputusan Pendaftaran Pertubuhan untuk menolak pendaftaran UMNO Malaysia sebagai tidak betul dan tidak menepati peraturan.
Tindakan berbuat demikian dikemukakan oleh bekas Menteri Luar, Datuk Rais Yatim melalui peguamnya Shafiee Abdullah. Kumpulan 11 yang telah membawa kes mereka ke mahkamah yang akhirnya mengakibat UMNO diisytiharkan tidah sah, pada 19 Februari mengemukakan rayuan kepada mahkamah Agong kerana mereka tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang telah mengisytiharkan UMNO tidak sah. Ini kerana kumpulan 11 itu dalam tuntutan mereka telah tidak meminta pihak mahkamah mengisytiharkan UMNO tidak sah. Mereka menuntut supaya keputusan pemilihan 24 April 1987 UMNO diisytiharkan tidak sah dan batal kerana adanya 30 cawangan yang tidak berdaftar dengan Pendaftaran Pertubuhan. Mereka juga menuntut supaya satu pilihanraya baru parti diadakan bagi mengantikan pemilihan 24 April 1987. Dalam kata-kata lain, rayuan yang dikemukakan oleh kumpulan 11 itu menuntut supaya Mahkamah Agong menentukan bahawa yang tidak sah bukan keseluruhan UMNO, tetapi pada pemilihan 24 April itu saja. Sekiranya rayuan mereka ini dilayan, bermakna UMNO tetap sebuah pertubuhan yang sah. Yang tidak sah Cuma pemilihan 24 April itu saja. Jelas usaha ini, seperti dinyatakan oleh Dr. Mahathir, bertujuan untuk menghidupkan semula UMNO yang sudah diisytiharkan tidak sah. ( Catatan: kes-kes ini masih belum berakhir lagi)

Semua kes mahkamah ini bagaimanapun tidak menyekat usaha penaja UMNO baru untuk menjadikan ia sebuah parti yang beroperasi sepenuhnya sebagai sebuah parti politik. Selepas mesyuarat MT pertama, badan-badan penaja di peringkat negeri perlu ditubuhkan. Semua menteri besar dan ketua menteri telah dilantik sebagai pengerusi perhubungan UMNO negeri masing-masing. Bagi Pulau Pinang, Menteri Pendidikan, Encik Anwar Ibrahim telah dilantik memegang jawatan itu manakala di Wilayah Persekutuan pula, Encik Abdul Ghafar Baba dilantik sebagai pengerusinya. Badan-badan perhubungan inilah yang kemudiannya bertanggungjawab mengerakkan penubuhan 133 bahagian UMNO (baru) di seluruh Semenanjung. 133 bahagian ini mewakili 133 kawasan pilihanraya parlimen. Selepas jawatankuasa penyelaras bahagian ini diwujudkan (pada mulanya anggotanya 11 orang termasuk ketuanya, tetapi kemudian keanggotaannya ditambah lagi 18), penyelaras peringkat cawangan pula ditubuhkan. Diperingkat cawangan ini pengambilan ahli-ahli parti dibuat.

Pada 21 Mei 1988 pula, Majlis Tertinggi UMNO selepas mesyuaratnya yang keempat, mengumumkan penubuhan Pergerakan Pemuda dan Wanitanya. Bekas pemangku ketua pemuda, Datuk Seri Najib Tun Razak telah dilantik menjadi Ketua Pemuda UMNO baru yang pertama, manakala bekas ketua pergerakan wanita UMNO, Datin Paduka Rafidah Aziz pila menjadi Ketua Wanita UMNO baru yang sulung. Walaupun status pergerakan bagi kedua sayap dalam UMNo itu dipertahankan, tetapi ketua-ketua nasionalnya tidak lagi dipilih oleh ahli-ahlinya. Sebaliknya kedua-dua jawatan itu kini diisi secara lantikan oleh Presiden dengan persetujuan Majlis Tertinggi sama seperti presiden melantik setiausaha agong, bendahari, ketua penerangan dan tujuh anggota tambahan Majlis Tertinggi serta pengerusi-pengerusi badan perhubungan negeri. Dengan terbentuknya pergerakan-pergerakan Pemuda dan Wanita UMNO serta adanya perintah mahkamah membenarkan UMNO baru melakukan apa juga kegiatan yang difikirkannya patut, UMNO baru pimpinan Dr. Mahathir boleh bergerak dengan bebas untuk memainkan peranan sebagai sebuah pertubuhan politik yang dominandalam politik Malaysia mengambilalih tempat UMNO 1946 yang telah diisytiharkan tidak sah itu.

UMNO BARU UMNO LAMA: PERSAMAAN DAN PERBEZAAN
UMNO tajaan Datuk Seri Dr. Mahathir tidak akan wujud sekiranya UMNO asal tidak diisytiharkan tidak sah dan seterusnya dibatalkan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan. Kerana itu, para penajanya UMNO lama yang sudah tidak ada lagi. Bagi mereka antara UMNO yang diasaskan penubuhan pada 11 Mei 1946 dengan UMNO yang diumumkan pembentukkannya pada 16 Februari 1988 itu tidak ada perbezaan langsung. Ia diwujudkan untuk meneruskan cita-cita, semangat, perjuangan dan keahlian UMNO lama. malah para penajanya juga berazam untuk mewarisi segala harta yang dianggarkan bernilai $1,000 juta serta beban hutang UMNO lama. Ini dilakukan dengan meminda Akta Pertubuhan 1966 bagi membolehkan sekiranya sebahagian ahli-ahli sebuah pertubuhan yang tidak sah bersetuju menganggotai pertubuhan baru, maka segala pertubuhan lama itu boleh diwarisi oleh pertubuhan baru itu.

Meneliti perlembagaan UMNO yang diisytiharkan tidak sah dengan perlembagaan UMNO (baru), persamaan antara kedua-dua pertubuhan itu memang terserlah, Persamaan ini boleh ditinjau dari segi nama, perjuangan dan struktur kedua buah parti itu. kalau pun terdapat perbezaan Cuma dari segi memperkemaskan istilah-istilah tertentu berkait dengan demokrasi, kedudukan raja-raja dan kuasa yang ditokok tambah atau ditiadakan dalam jentera-jentera parti. Misalnya, UMNO lama memperjuangkan demokrasi, UMNO baru demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan. Tetapi dalam aspek-aspek lain, persamaan antara kedua-dua parti itu begitu menonjol.

Contoh yang jelas ialah dari segi nama Parti Yang ditubuhkan pada 1946 itu didaftarkan dengan nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO ( United Malays Nasional Organization). Parti yang didaftarkan oleh Datuk Seri Dr. Mahathir juga mengunakan nama yang sama dengan tambahan perkataan baru menjadi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Baru) atau UMNO (United Malays Nasional Organization). Jelas bahawa tidak ada perkataan baru selepas akronim UMNO yang didaftarkan oleh Perdana Menteri. UMNO (baru) hanya digunakan oleh para pengamal media untuk membezakan UMNO yang didaftarkan oleh Datuk Seri Dr. Mahathir dengan UMNO yang telah diisytiharkan tidak sah dan dibatalkan pendaftarannya. Pengunaan itu sebenarnya tidak tepat tetapi diterima sebagai cara untuk membezakan kedua-duanya.

Yang diwarisi bukan saja nama UMNO, tetapi cogankata yang berbunyi Bersatu-Bersetia-Berkhidmat. UMNO baru mengekalkan cogankata itu serta lambang dan bendera lama dengan sedikit perubahan.

PERJUANGAN
Perjuangan UMNO baru dengan UMNO asal, seperti yang terkandung dalam asas-asas dan tujuan-tujuan kedua parti itu juga mempuyai persamaan. Dalam UMNO asal, tujuh jenis perjuangan telah ditetapkan dengan tujuaan untuk menghasilkan cita-cita kebangsaan iaitu:

1. Memelihara dan mempertahankan kemerdekaan kedaulatan dan keperibadian Malaysia.
2. Mendukong Perlembagaan Malaysia, Perlembagaan-Perlembagaan Negeri dan mempertahankan prinsip-prinsip yang terkandung di dalamnya terutama mengenai Agama Rasmi (Islam) Kedaulatan Raja-raja Melayu, Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) hak-hak asasi dan hak-hak istemewa orang Melayu dan bumiputera.
3. Berusaha mempertahan, menegak,dan mengembangkan Islam Agama Rasmi Negara dan membenarkan kebebasan beragama.
4. Beriktiar bagi mengawal, memelihara dan mengamalkan asas-asas pemerintahan demokrasi.
5. Berusaha untuk melahirkan satu bangsa yang kuat dan bersatu.
6. Menjalankan segala rupa ikhtiar bagi kemajuan ekonomi dan kebajikan ahli-ahli, rakyat Melayu dan bumiputera khasnya serta rakyat Malaysia amnya.
7. Berusaha bagi mewujudkan kebudayaan kebangsaan yang berteraskan kebudayaan Melayu.

Perjuangan UMNO baru, pada asasnya masih berorientasikan kepada kepentingan Melayu sebagai penduduk pribumi negara ini. Tetapi beberapa perubahan dibuat untuk mengambilkira realiti Malaysia hari ini yang sudah menjadi sebuah negara pelbagai kaum. Lantaran itu, pengunaan beberapa istilah telah diperkemaskan. Misalnya perjuangan untuk mewujudkan satu kebudayaan kebangsaan Malaysia masih diteruskan oleh UMNO baru, tetapi kali ini kebudayaan Kebangsaan Malaysia masih diteruskan oleh UMNO baru, tetapi kali ini kebudayaan kebangsaan yang diperjuangkan itu tidak lagi secara spesifik berteraskan kebudayaan Melayu seperti yang nyatakan oleh UMNO lama. Demokrasi juga ditukar menjadi satu jenis demokrasi yang spesifik iaitu demokrasi berparlimen. Ini bermakna UMNO baru akan menolak sistem pemerintahan bentuk lain termasuk sebuah kerajaan darurat seperti Mageran (Majlis Gerakan Rakyat) seperti yang ada selepas peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Begitu juga dengan soal raja-raja. Raja-raja Melayu kini bertukar menjadi raja berperlembagaan sejajar dengan demokrasi berparlimen yang ada di negara.

Sekiranya UMNO lama memperjuangkan tujuh tujuan dan asas, UMNO baru menggariskan enam meliputi :

1. Mempertahan kemerdekaan dan kedaulatan negara.
2. Mendokong dan mempertahan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja Berperlembagaan.
3. Menegak, mempertahankan dan mengembangkan Islam, Agama Rasmi Negara serta menghormati prinsip kebebasan beragama.
4. Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.
5. Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa rasmi yang tunggal, kebudayaan kebangsaan dan meninggikan taraf hidup rakyat.
6. Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa yang kuat dan bersatu.

Jelas berdasarkan Perlembagaan UMNO baru yang telah diluluskan oleh Pendaftaran Pertubuhan dan mesyuarat agungnya yang pertama pada 13 April 1988 yang dihadiri oleh kesemua 34 orang ahli berdaftar yang pada itu (kesemuanya anggota Majlis Tertinggi) UMNO tajaan Datuk Seri Dr.Mahathir ini mewarisi perjuangan UMNO asal bulat-bulat. Perjuangan ini boleh dikesan sewaktu parti itu mula-mula ditubuhkan pada 1946 dan juga mencerminkan kompromi merdeka antara Melayu (yang diwakili oleh UMNO) dengan bukan Melayu (yang diwakili oleh MCA dan MIC) berkait dengan soal bahasa, agama, kebudayaan dan sebagainya. Dari segi perlembagaan sahlah bahawa UMNO bar uterus mewarisi perjuangan UMNO lama.

KEAHLIAN:
Dari segi keahlian juga, UMNO baru dan UMNO asal mempuyai persamaan. Keahlian parti itu dibahagikan kepada dua jenis seperti yang diterangkan oleh Fasal 4 perlembagaannya.

1. Ahli biasa hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia yang berbangsa Melayu atau Bumiputera yang berusia 18 tahun keatas (UMNO lama 16 tahun.)
2. Ahli gabungan pula ialah sesebuah pertubuhan politik yang bersetuju berkerjasama dengan UMNO dan menerima syarat-syarat yang ditetapkan oleh Majlis Tertinggi.

Perbezaan dalam keahlian antara UMNO baru dan lama cuma dari segi kuasa meluluskan dan menerima keanggotaan. Dalam UMNO lama, kuasa itu diberi kepada Cawangan yang hanya perlu memaklumkannya kepada Majlis Tertinggi melalui Bahagian dan Badan perhubungan Negeri di mana Cawangan itu berada.

Tetapi UMNO baru, kuasa meluluskan ahli diambilalih oleh Majlis Tertinggi seperti yang ditetapkan oleh Fasal 4.4 perlembagaan, yang jelas menyatakan: Permohonan menjadi ahli hendaklah dikemukakan melalui Jawatankuasa Cawangan dan Jawatankuasa Bahagian untuk diluluskan oleh Majlis Tertinggi atau wakilnya. Fasal 4.5. pula menetapkan bahawa Majlis Tertinggi berkuasa menetapkan borang permohonan, wang pendaftaran dan yuran ahli. Kuasa untuk menerima ahli gabungan kekal di tangan Majlis Tertinggi dalam UMNO baru sama seperti dalam UMNO lama.

Dari segi tanggungjawab dan hak ahli, terdapat persamaan antara UMNO lama dan baru. Dalam UMNO baru, hak ahli dijelaskan dengan cara yang lebih mudah seperti diperuntukan oleh Fasal 5 Perlembagaan. Antara lain dinyatakan bahawa tiap-tiap ahli mempunyai tanggungjawab seperti berikut:

1. Memegang teguh dasar parti dan melaksanakan tujuan-tujuannya.
2. Menghadiri mesyuarat-mesyuarat dan mengambil bahagian dalam kegiatan-kegitan parti.
3. Menjalankan kerja-kerja parti, mematuhi perintah-perintah dan disiplin parti.
4. Menyokong calon-calon parti yang bertanding dalam pilihanraya.
5. Berkhidmat kepada orang ramai.
6. Bersedia dan sanggup menentang musuh-musuh negara.

Selain dari itu, tertakluk kepada peruntukan dalam perlembagaan UMNO, setiap ahli berhak bersuara, mengundi, memilih, dipilih dan dilantik untuk sebarang jawatan dalam parti tetapi hak mengundinya itu tidaklah boleh diwakilkan kepada sesiapa jua pun. Ahli-ahli yang tidak menjelaskan yurannya mengikut peruntukan dalam perlembagaan hilang haknya bagi tahun dalam mana yuran itu tidak dijelaskan. Tanpa menghiraukan apa-apa peruntukan lain dalam perlembagaan, seseorang ahli tidak dibenarkan bertanding untuk memegang jawatan atau jika telah dipilih atau dilantik hendaklah dengan serta merta meletakkan jawatan jika ia dilarang oleh undang-undang dari memegang jawatan itu di dalam pertubuhan.

Telah dihuraikan dengan jelas bukan saja hak ahli-ahli, tetapi apa yang tidak berhak dilakukan oleh mereka. Soal larangan terhadap apa yang tidak boleh dilakukan oleh seorang ahli UMNO baru ini terkandung dalam Fasal 5.5 Perlembagaan. Menurut fasal itu, seseorang ahli tidak berhak:

 Menjadi ahli lebih daripada satu cawangan.
 Menjadi Pengerusi, Timbalan Pengerusi atau Ahli Jawatankuasa lebih daripada satu Cawangan atau Bahagian melainkan dengan kebenaran bertulis daripada Majlis Tertinggi.
 Menjadi Ahli Jawatankuasa di peringkat yang sama di mana ia telah dipilih menjadi Pengerusi atau Timbalan Timbalan Pengerusi di peringkat yang sama di mana ia telah dipilih menjadi pemeriksa kira-kira atau sebaliknya.
 Mengambil bahagian bercakap, mengundi, memilih dan dipilih dalam mana-mana Cawangan baru yang dimasukinya kiranya ahli itu telah mengunakan haknya itu dalam Cawangan asalnya bagi tahun berkenaan.
 Mengambil bahagian bercakap, mengundi, memilih dan dipilih dalam mana-mana Bahagian baru kiranya ahli itu telah mengunakan haknya itu dalam Bahagian asalnya bagi tahun berkenaan.

Jika seseorang ahli itu didapati menjadi ahli dalam lebih daripada satu cawangan pada satu masa yang sama, maka Majlis Tertinggi berkuasa mengambil tindakan displin keatasnya.

STRUKTUR UMNO BARU
Dari segi struktur, UMNO baru bulat-bulat mewarisi hirarki struktur UMNO lama. Di peringkat nasional, kuasa tertinggi ialah Perhimpunan Agung dan Majlis Tertinggi; diperingkat negeri, terdapat badan-badan Perhubungan Negeri; ini diiuti oleh peringkat Bahagian dan akhir sekali Cawangan. Di peringkat Cawangan inilah setiap ahli UMNO berdaftar dengan parti itu dan dimana setiap ahli benar-benar berkesempatan menghadiri mesyuarat yang diadakan setiap tahun. Selepas itu, kehadiran ke mesyuarat lebih tinggi dibuat dalam bentuk perwakilan-perwakilan mesyuarat Bahagian terdiri daripada wakil-wakil Cawangan manakala perwakilan ke Perhimpunan Agung pula terdiri daripada para wakil Bahagian. Dalam hirarki UMNO, Perhimpunan Agung adalah kuasa tertinggi parti dan perjalanan parti adalah berasaskan kepada kuasa dan perintahnya tertakluk kepada Perlembagaan dan jugaPeraturan UMNO. Seperti yang diperuntukkan oleh Fasal Enam Perlembagaan 1988, perhimpunan agung tahunan hendaklah diadakan sekali dalam setahun pada bila-bila masa yang ditetapkan oleh Majlis Tertinggi tetapi dengan syarat tidak tidak lewat lewat daripada 18 bulan dari tarikh Perhimpunan Agung yang lalu. Amalan ini berbeza dengan UMNo lama. Dalam UMNO lama, Perhimpunan Agung juga diadakan setahun sekali, tetapi ditetapkan dalam bulan Jun dengan kelonggaran untuk mempercepatkannya atau melewatkannya dalam masa tiga bulan atas kehendak Presiden.

Dari segi tugas, Perhimpunan Agung UMNO baru tetap sama dengan UMNO lama iaitu:
1. Menetapkan dasar-dasar parti.
2. Mengkaji kerja-kerja Majlis Tertinggi.
3. Memilih ahli-ahli Majlis Tertinggi.
4. Memilih Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan juruodit untuk tempoh 3 tahun.

Seperti UMNO lama, Perhimpunan Agung UMNO baru juga hendaklah terdiri daripada:
1. Ahli Majlis Tertinggi.
2. Wakil yang dipilih oleh Perwakilan Tahunan Bahagian sebanyak seorang wakil bagi tiap-tiap 500 orang ahli yang telah menjelaskan yuran dengan syarat bilangan wakil-wakil itu tidak lebih daripada 10 orang dari 1 Bahagian termasuk Bahagian yang jawatankuasanya sedang digantung jika Bahagian itu boleh mengadakan perwakilan Bahagian.
3. Ketua Bahagian yang Bahagiannya telah mengadakan perwakilan Bahagiannya dan telah menjelaskan yuran mengikut peruntukan dalam perlembagaan atau wakilnya yang terdiri daripada ahli jawatankuasa. Ketua Bahagian yang menjadi Ali Majlis Tertinggi berhak melantik gantinya.
4. Tidak lebih daripada 3 orang wakil daripada tiap-tiap Ahli Bergabung.
5. Tidak lebih daripada 30 orang wakil Pergerakan Pemuda dan Wanita yang dipilih oleh Perhimpunan Pergerakan itu masing-masing.

Perlembagaan UMNO baru juga memperuntukkan bagi diadakan Perhimpunan Agung Khas apabila dikehendaki oleh salah satu daripada 3 permintaan yang berikut:
1. Dengan kehendak Presiden.
2. Dengan Permintaan bertulis daripada dua pertiga daripada Ahli-ahli Majlis Tertinggi.
3. Dengan permintaan bertulis oleh seurang-kurangnya satu perdua daripada jumlah semua bahagian dengan syarat Bahagian-bahagian itu telah mengadakan mesyuarat Perwakilan Khas atas masalah yang sama.

Fungsi atau tugas yang dikhususkan kepada mengadakan perhimpunan Agung Khas itu tidak pula dinyatakan. Bagaimanapun satu kuasa perhimpunan Agung Khas dalam UMNO lama iaitu kuasa memberhentikan seorang Pegawai UMNO atau Ahli Majlis Tertinggi dengan persetujuan sekurang-kurangnya dua pertiga daripada bilangan wakil-wakil yang hadir dan melantik gantinya, telah ditiadakan dalam Perlembagaan UMNO baru ini.

MAJLIS TERTINGGI
Seperti yang ditetapkan oleh Fasal 7 Perlembagaan UMNO baru (1988), tugas utama Majlis Tertinggi ialah menjadi badan yang menjalankan pentadbiran hal ehwal UMNO di bawah kekuasaan dan perintah Perhimpunan Agung. Majlis Tertinggi juga berkuasa menjalankan sebarang langkah bagi pihak Perhimpunan Agung pada masa ketiadaannya tetapi segala langkah itu hendaklah dimaklumkan kepada Perhimpunan Agung. Seperti UMNO lama, Majlis Tertinggi UMNO baru hendaklah terdiri daripada:

01. Presiden
02. Timbalan Presiden
03. 3 Naib Presiden
04. Setiausaha Agung
05. Bendahari
06. Ketua Penerangan
07. Ketua Pergerakan Pemuda
08. Ketua Pergerakan Wanita
09. 25 orang Ahli MT yang di lantik oleh Perhimpunan Agung
10. 7 orang lantikan Presiden.

Dalam kata-kata lain, Majlis Tertinggi ini dianggotai oleh 43 orang ahli terkemuka UMNO yang sebahagian besarnya dipilih oleh perwakilan bahagian dalam Perhimpunan Agung setiap 3tahun sekali. Calon presiden dan timbalan presiden yang dicalonkan oleh sesuatu perwakilan bahagian dan mendapat undi terbanyak dalam perwakilan bahagian itu adalah dikira sebagai mendapat 10 undi tambahan. Jumlah undi tambahan yang mereka perolehi dari bahagian-bahagian akan dijumlahkan dengan undi yang diperolehi dalam Perhimpunan Agung yang diadakan untuk memilih ahli-ahli Majlis Tertinggi adalah menjadi penentu bagi pemilihan presiden dan timbalan presiden. Tiga orang naib presiden dan 25 ahli Majlis tertinggi hanya dipilih oleh perwakilan Perhimpunan Agung juga setiap 3 tahun sekali. Pencalonan yang mereka terima tidak akan dikira sebagai undi tambahan. Calon-calon yang bertanding untuk memegang jawatan Majlis Tertinggi mestilah terlebih dahulu mendapat pencalonan dari mana-mana perwakilan bahagian. Sekiranya tidak ada pencalonan, mereka tidak boleh menawarkan diri untuk bertanding. Setiausaha Agung, Bendahari, Ketua Pemuda dan Ketua Wanita, Ketua Penerangan adalah jawatan-jawatan yang dilantik oleh presiden. Mereka boleh memegang jawatan itu untuk tempoh 3 tahun kecuali diberhentikan. Majlis Tertinggi hendaklah bersidang sekurang-kurangnya sekali dalam masa 3 bulan atau pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh Presiden atau permintaan bertulis oleh satu pertiga daripada ahli-ahli Majlis Tertinggi. 1 perdua daripada bilangan ahli majlis berkenaan menjadi cukup bilangan bagi menjalankan mesyuarat.

TANGGUNGJAWAB MAJLIS TERTINGGI
Sebagai kuasa tertinggi melaksanakan tanggungjawab mengendalikan urusan UMNO semasa ketiadaan Perhimpunan Agung, Majlis Tertinggi UMNO baru telah di tetapkan dengan 17 jenis tanggungjawab. Jumlah ini sebenarnya berkurangan berbanding dengan Majlis Tertinggi UMNO lama yang ditugaskan dengan 25 tanggungjawab. Fasal 8 Perlembagaan 1988 menetapkan tanggungjawab itu seperti berikut:

01. Menyelesaikan sebarang masalah yang berbangkit dalam semua peringkat.
02. Menjalankan sebarang usaha bersama dengan kumpulan-kumpulan lain atas hal-hal politik atau lain-lain yang sesuai dengan tujuan-tujuan UMNO.
03. Menerima wang yuran tahunan yang dibayar melalui cawangan dan bahagian dan menentukan tarikh pembayaran yuran.
04. Memilih calon-calon bagi Pilihanraya Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri setelah berunding dengan pengerusi-pengerusi badan perhubungan bagi negeri-negeri yang berkenaan
05. Menunaikan segala syarat –syarat yang dikehendaki oleh Akta Pertubuhan 1966.
06. Membentangkan kepada Perhimpunan Agung suatu penyata tahunan dan penyata kira-kira tahunannya yang telah diperiksa dan disahkan oleh pemeriksa kira-kira.
07. Menghantar kepada Bahagian penyata tahunan berserta dengan penyata kira-kira, sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum tarikh Perhimpunan Agung.
08. Menggantung atau melucutkan keahlian seseorang ahli.
09. Menubuhkan Badan Perhubungan, Bahagian-bahagian dan cawangan-cawangan dan menentukan perjalanannya dan boleh menggantung atau membubarkan Badan Perhubungan,
Bahagian, Cawangan itu dan/ atau pemilihan jawatankuasa yang digantung atau dibubarkan.
10. Menolak semua sekali atau mengurangkan jumlah ahli perwakilan bahagian yang menghadiri Perhimpunan Agung yang didapati pugutan yuran tidak mengikut Fasal 23.1 dan 23.2.
11. Melucutkan jawatan mana-mana ahli badan perhubungan, jawatankuasa bahagian dan cawangan atas apa-apa sebab sekali pun.
12. Melantik seorang pegawai awam.
13. Menentukan perbelanjaan, menamakan mereka yang ditauliahkan menandatangani cek dan menetapkan tempat menyimpan wang.
14. Melantik Pemegang amanah dan memberhentikannya pada bila-bila masa jua.
15. Menetapkan tarikh Perwakilan Bahagian dan berkuasa menentukan mana-mana satu di antara Perwakilan Bahagian-bahagian yang diadakan itu bagi memilih jawatankuasanya.
16. Membuat peraturan bagi menubuhkan jawatankuasa pemilihan serta mengawal dan menyelia pemilihan jawatan-jawatan di semua peringkat.
17. Mengambil sebarang langkah selain daripada perkara-perkara tersebut di atas bagi kesempurnaan perjalanan parti.

Berbanding dengan tanggungjawab MT UMNO lama, beberapa tugas yang tidak lagi dilakukan oleh MT UMNO baru ini termasuklah membentuk dasar-dasar politik, ekonomi, pelajaran, kebudayaan, kebajikan masyarakat dan membentangkan kepada Perhimpunan Agung untuk dibahaskan. MT UMNO baru juga tidak lagi bertanggungjawab mengawasi kerajaan bagi melaksanakan dasar-dasar parti seperti yang boleh dilakukan oleh MT UMNO lama, Kuasa Majlis Tertinggi UMNO lama untuk memberhentikan seseorang ahli Majlis Tertinggi selain daripada Presiden dengan persetujuan sekurang-kurangnya dua pertiga daripada jumlah ahli sekiranya didapati tindakan mereka bertentangan dengan dasar parti atau mereka tidak menjalankan kewajipan masing-masing dengan sempurna dan berkuasa melantik gantinya juga ditarik daripada MT UMNO baru.

PEGAWAI PEGAWAI UMNO
Tidak semua mereka yang menganggotai Majlis Tertinggi parti dianggap sebagai pegawai-pegawai UMNO. Fasal 7.7. menetapkan bahawa hanya Presiden, Timbalan Presiden, 3 Naib Presiden, Setiausaha Agung, Bendahari, Ketua Penerangan Ketua Pergerakan Pemuda dan Ketua Pergerakan Wanita diiktiraf sebagai pegawai-pegawai UMNO. Setiap pegawai mempuyai tugas-tugas khusus yang telah ditentukan.

Tugas Presiden ialah :
01. Menjadi pemimpim utama dan bertanggungjawab menjaga kesempurnaan perjalanan parti.
02. Melantik Setiausaha Agung, Bendahari, Ketua Penerangan, Ketua dan Naib Ketua Pergerakan Pemuda, Ketua dan Naib Ketua Pergerakan Wanita, Pengerusi dan Timbalan Pengerusi
Perhubungan Negeri dan Wilayah Persekutuan.
03. Memanggil dan mempengerusikan sidang Majlis Tertinggi.

Tugas Timbalan Presiden:
>Bertanggungjawab membantu tugas Presiden dan mempengerusi sidang-sidang Majlis Tertinggi semasa ketiadaan Presiden.

Naib Presiden:
Bertanggungjawab membantu tugas-rugas Presiden dan mempengerusikan sidang-sidang Majlis Tertinggi apabila apabila Presiden dan Timbalan Presiden tidak hadir.

Setiausaha Agung:
Bertanggungjawab kepada Presiden, juga bertanggungjawab atas kesempurnaan sidang-sidang Majlis Tertinggi dan Perhimpunan Agung; menyediakan penyata tahunan yang menerangkan pekerjaan dan kemajuan parti dalam masa setahun kepada Majlis Tertinggi.

Bendahari:
Tanggungjawab Bendahati pula ialah memastikan kesempurnaan perjalanan kewangan Ibupejabat; menyediakan penyata kira-kira kewangan untuk diperiksa oleh Pemeriksa Kira-kira yang dilantik oleh Perhimpunan Agung; menyediakan anggaran pendapat dan perbelanjaan tahun kepada Majlis Tertinggi; membentang penyata dan butir kira-kira yang telah diperiksa dan disahkan oleh Pemeriksa Kira-kira kepada Majlis Tertinggi; memaklumkan kepada Majlis Tertinggi kedudukan harta benda milik UMNO dan Pemegang-pemegang Amanah sekurang-kurangnya sekali setahun.

Ketua Penerangan.
Bertanggungjawab atas kesempurnaan kegiatan penerangan dan melaporkannya kepada Majlis Tertinggi dan mentadbirkan Jabatan Penerangan Ibipejabat serta menyusun kerja-kerja pegawai didalam jabatan.

BADAN PERHUBUNGAN
Di peringkat negeri, UMNO baru, sama seperti UMNO lama, ditadbirkan oleh sebuah badan perhubungan yang ditubuhkan oleh Majlis Tertinggi. Badan Perhubungan ini dianggotai oleh seorang Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, Ketua Penerangan serta semua ketua-ketua bahagian dan dua orang wakil Pergerakan Pemuda dan Wanita termasuk Ketua-Ketua Bahagian dan dua orang wakil Pergerakan Pemuda dan Wanita termasuk ketua-ketuanya.

Pengerusi Badan Perhubungan Negeri biasanya Menteri Besar atau Ketua Menteri negeri-negeri berkenaan (kecuali bagi Pulau Pinang dan Wilawah Persekutuan) dan timbalannya, dilantik oleh Presiden parti untuk tempoh 3 tahun. Pengerusi kemudian melantik seorang Setiausaha, Bendahari,Ketua Penerangan dan wakil badan Perhubungan Pemuda dan Wanita, juga untuk tempoh 3 tahun kecuali diberhentikan lebih awal. Seperti Majlis Tertinggi, Badan Perhubungan di setiap negeri dikehendaki bersidang sekurang-kurangnya sekali dalam masa 3 bulan atau pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh Pengerusi atau dengan permintaan bertulis daripada satu pertiga daripada bilangan ahli-ahli. Fasal 10 Perlembagaan juga menghendaki Badan Perhubungan mengadakan konvensyen diperingkat negeri dan Wilayah Persekutuan sekurang-kurangnya sekali setahun mengandungi wakil-wakil daripada bahagian-bahagian.

Lain-lain tanggungan, kuasa dan kewajipan Badan Perhubungan ialah: mengatur dan menyelaraskan perjalanan bahagian-bahagian dalam sesebuah negeri dan Wilayah Persekutuan, memilih ahli-ahli bagi mewakili parti di dalam sebarang kumpulan atau lembaga di peringkat negeri dan Wilayah Persekutuan; membentuk perbelanjaan, menamakan mereka yang ditauliahkan menandatangani cek dan menetapkan tempat menyimpan wang; melantik Pemegang Amanah dan memberhentikannya pada bila-bila masa pun; menunaikan segala syarat yang dikehendaki oleh Akta Pertubuhan 1966; menyelesaikan sebarang masalah yang berbangkit di dalam bahagian dan cawangan dengan kehendak Majlis Tertinggi dan membentangkan penyata tahunan serta penyata kira-kira wang tahunannya yang telah diperiksa dan di sahkan oleh pemeriksa kira-kira kepada Majlis Tertinggi.

BAHAGIAN
Seperti UMNO lama, UMNO baru juga menubuhkan bahagian parti itu setiap kawasan pilihanraya Dewan Rakyat. Oleh kerana UMNO hanya bergerak di Semenanjung Malaysia, maka bahagian-bahagian UMNO hanya terdapat di 11 buah negeri di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan. Semua sekali, UMNO memiliki 133 bahagian (termasuk atau di Labuan) walau pun tidak semua wakilnya memenangi kerusi Dewan Rakyat yang ada. UMNO lama memenangi 83 daripada 84 kerusi yang ditandingi dalam pilihanrayanya 3 Ogos 1986. Tetapi oleh kerana ada antara yang menang atas tiket UMNO lama mengisytiharkan diri mereka sebagai calon bebas dan ada pula antara mereka tidak memohon menyertai UMNO baru, maka wakil rakyat yang mewakili UMNO baru di Dewan Rakyat berkurangan sedikit.

Kuasa menubuhkan Bahagian terletak pada Majlis Tertinggi. Struktur UMNO di peringkat bahagian juga dibahagikan kepada dua- Perwakilan Bahagian yang mesti mengadakan mesyuarat setahun sekali sebelum Perhimpunan Agung Nasional pada tarikh yang ditetapkan oleh Majlis Tertinggi dan Jawankuasa Bahagian yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal parti semasa ketiadaan Perwakilan Bahagian.

Perwakilan Bahagian mesti dianggotakan oleh ahli-ahli jawatankuasa bahagian yang dipilih 3 tahun sekali, ketua-ketua cawangan yang telah mengadakan persidangan dan telah menjelaskan yuran kepada Bahagian tahun-tahun yang berkenaa, wakil-wakil yang dilantik oleh persidangan cawangan seorang wakil bagi tiap-tiap lima puluh orang ahli yang telah menjelaskan yurannya ( tetapi jumlah ahli perwakilan ini tidak lebih daripada lima orang dari 1 cawangan) dan wakil Pergerakan Pemuda dan Wanita tidak melebihi lima orang bagi setiap pergerakan.

Pada mulanya ada rancangan untuk memberi kuasa kepada Majlis Tertinggi melantik Ketua dan Timbalan Ketua Bahagian, tetapi rancangan itu digugurkan. Apabila Datuk Seri Dr.Mahathir mengumumkan Perlembagaan UMNO baru yang akan dibentangkan dalam Perhimpunan Agung parti itu pada Oktober 1988, beliau mengumumkan bahawa hanya jawatan Ketua Pemuda dan Naibnya serta Ketua Pergerakan Wanita dan Naibnya diperingkat Nasional saja yang akan dilantik oleh Presiden dengan persetujuan Majlis Tertinggi. Jawatan-jawatan lain dalam parti itu di berbagai peringkat akan dipertadingkan seperti yang terjadi dalam UMNO lama.

Tugas yang telah ditetapkan kepada Perwakilan Bahagian termasuklah:
 Memilih Ahli Jawatakuasa Bahagian.
 Memilih wakil-wakil ke Perhimpunan Agung
 Membincangkan dasar-dasar parti untuk dikemukakan dalam Perhimpunan Agung.
 Mencadangkan calon-calon untuk bertanding menjadi Ahli Majlis Tertinggi.
 Memilih Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan melantik Pemereksa Kira-kira.

Oleh kerana Perwakilan hanya mengadakan mesyuarat setahun sekali, maka hal ehwal parti semasa ketiadaannya menjadi tanggungjawab Jawatankuasa Bahagian yang dipilih setiap 3 tahun sekali (dalam UMNO lama jawatankuasa ini dipilih 2 tahun sekali). Jawatankuasa Bahagian ini terdiri daripada :

1. Ketua Bahagian
2. Timbalan Ketua Bahagian.
3. Setiausaha
4. Bendahari
5. Ketua Penerangan
6. Ketua Pergerakan Pemuda.
7. Ketua Pergerakan Wanita.
8. Tidak lebih daripada 15 orang ahli yang dipilih oleh perwakilan/
9. Tidak lebih daripada 5 orang yang dilantik oleh Ketua Bahagian.

Pegawai-pegawai Bahagian seperti Ketua, Timbalan Ketua, Bendahari, Setiausaha, Ketua Penerangan, mempuyai peranan yang sama seperti Majlis Tertinggi di peringkat pusat. Ia hendaklah mengadakan sidang sekurangan-kurangnya sekali dalam tempoh dua bulan atau pada bila-bila masa lain yang dikehendaki oleh Ketua atau dengan permintaan bertulis oleh satu pertiga daripada ahli jawatankuasa . Walaupun pegawai-pegawai Bahagian sudah ditetapkan tugas-tugas khusus untuk mereka, secara kolektif Jawatankuasa Bahagian mempunyai tanggungan, kuasa dan kewajipan seperti berikut:

 Menentukan wakil-wakil parti bagi menganggotai Majlis-Majlis Bandaraya, Bandaran, Tempatan dan Daerah.
 Mengawasi perjalanan dan menyelesaikan masalah-masalah cawangan.
 Membentangkan penyata tahunan serta penyata kira-kira kepada Perwakilan Bahagian.
 Menerima wang yuran tahunan yang dibayar oleh Cawangan-cawangan.
 Menghantar kepada Setiausaha Agung, penyata tahunan Bahagian dan penyata kira-kira yang telah dibentangkan oleh perwakilan Bahagian.
 Menetapkan tarikh persidangan Cawangan setelah berunding dengan Jawatankuasa Cawangan.
 Menunaikan segala syarat yang dikehendaki oleh Akta Pertubuhan 1966.
 Dengan persetujuan dua pertiga daripada ahli jawatankuasa Bahagian menolak semua sekali atau mengurangkan jumlah ahli perwakilan cawangan yang didapati pembayaran
yuran tidak dibuat mengikut Fasal 23.1 dan 23.2.
 Berkerjasama dengan Majlis Tertinggi dan Cawangan bagi menyediakan senarai ahli-ahli yang berhak mengambil bahagian dalam Persidangan Cawangan.
 Menentukan perbelanjaan, menamakan mereka yang ditauliahkan menandatangani cek dan menetapkan tempat menyimpan wang.
 Melantik Pemegang Amanah dan memberhentikannya pada bila-bila masa jua.

CAWANGAN
Cawangan adalah unit paling bawah dalam struktur hirarki UMNO yang terletak dalam setiap bahagian dalam parti itu. Diperingkat inilah setiap ahli UMNO mendaftarkan diri sebagai ahli secara. Dibawah UMNO baru, setiap cawangan hanya boleh ditubuhkan dengan kebenaran Majlis Tertinggi. majlis Tertinggi juga berkuasa untuk menggantungkan mana-mana cawangan.

Di peringkat Cawangan, struktur UMNO dipecahkan kepada dua- Persidangan Cawangan (yang memainkan peranan seperti Perhimpunan Agung di peringkat nasional atau Perwakilan Bahagian di peringkat Bahagian) dan Jawatankuasa Cawangan (menyerupakan Majlis Tertinggi di peringkat nasional atau Jawatankuasa Bahagian). Perlembagaan menetapkan bahawa Persidangan Cawangan hendaklah diadakan setahun sekali tidak lewat empat belas hari sebelum tarikh diadakan Perwakilan Bahagian.

Tugas-tugas Cawangan ditetapkan seperti berikut :
1. Membincangkan dasar parti untuk dikemukakan kepada mesyuarat Perwakilan Bahagian.
2. Mengkaji kerja-kerja yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Cawangan.
3. Mengadakan rancangan-rancangan kerja untuk faedah rakyat.
4. Memilih ahli-ahli jawatankuasa
5. Memilih Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan melantik Pemeriksa Kira-kira.
6. Memilih wakil-wakil ke Perwakilan Bahagian. Wakil-wakil yang dipilih diluar Persidangan Cawangan atau sebarang pertukaran selepas itu tidak sah.
7. Mencadangkan calon-calon untuk bertanding menjadi Ahli Jawatankuasa Bahagian.

Jawatankuasa Cawangan hendaklah terdiri daripada:
1. Ketua.
2. Timbalan Ketua.
3. Ketua Pemuda
4. Ketua Wanita
3. Setiausaha.
4. Bendahari.
5. Ketua Penerangan.
6. Tidak lebih daripada 10 yang dipilih oleh persidangan.
7. Tidak lebih daripada 3 orang ahli yang dilantik oleh Ketua Cawangan.

Perlantikan semua jawatan dalam Jawatankuasa Cawangan UMNO baru, seperti UMNO lama, dibuat secara demokratik sepenuhnya oleh mereka yang menganggotai cawangan berkenaan. Pemilihan ini dilakukan setiap dua tahun sekali dan bukannya setahun sekali seperti dalam UMNO asal.

Tugas-tugas Jawatankuasa Cawangan:
01. Menjalankan arahan-arahan parti seperti yang ditentukan oleh Majlis Tertinggi dan Jawatankuasa Bahagian.
02. Menyemaikan perasaan persaudaraan dan menggalakkan bantuan sesama sendiri di kalangan ahli-ahli parti.
03. Menerima wang yuran tahunan yang dibayar oleh ahli-ahli.
04. Mengkaji dan memanjangkan permohonan untuk menjadi ahli kepada Majlis Tertinggi melalui Jawatankuasa Bahagian.
05. Membentangkan kepada Persidangan Cawangan penyata tahunan dan penyata kira-kira yang telah diperiksa dan disahkan oleh Pemeriksa Kira-kira.
06. Menunaikan segala syarat yang dikehendaki oleh Akta Pertubuhan 1966.
07. Menghantar dengan penyata kira-kira sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh diadakan Persidangan Cawangan.
08. Mencadangkan pemecatan atau penggatungan keahlian seseorang ahli kepada Majlis Tertinggi melalui Bahagian.
09. Menentukan perbelanjaan.
10. Menamakan mereka yang ditauliahkan menandatangani cek dan menetapkan tempat meyimpan wang dan melantik pemeggang amanah dan memberhentikannya pada bila-bila masa.

KESIMPULAN
Ditinjau dari segi Perlembagaan, antara UMNO yang di taja oleh Dr. Mahathir dan UMNO yang diisytiharkan tidak sah pada 4 Februari 1988, terdapat lebih banyak persamaan daripada perbezaan. Baik dari segi nama, perjuangan, keahlian dan struktur pertubuhan, persamaan antara kedua-duanya adalah ketara dan menonjol. Perbezaan besar cuma dari segi suasana yang telah melahirkan kedua-dua buah pertubuhan politik untuk orang Melayu itu.

UMNO 1946 ditubuhkan hasil penyatuan sebahagian besar bangsa Melayu dari berbagai fahaman, pada mulanya dalam satu gabungan kemudian menjadi keahlian secara langsung.

UMNO tajaan Datuk Seri Dr. Mahathir lahir akibat perbalahan sesama pemimpin Melayu khususnya antara team A yang beliau pimpin dengan team B yang dipimpin oleh Tengku Razaleigh.

Dari sudut ini, ada kalangan meragui kemampuan UMNO baru untuk mewarisi semangat, cita-cita dan perjuangan lama walaupun dari segi struktur ia mewarisi bentuk UMNO lama bulat-bulat. Ini kerana apabila UMNO baru dibentuk, para penajanya secara terbuka menyatakan bahawa keanggotaan dari UMNO lama kepada UMNO baru, adalah tidak automatik.

Datuk Seri Dr. Mahathir sendiri sudah menyatakan bahawa mereka yang bertanggungjawab menghancurkan UMNO dan mereka yang mengasaskan penubuhan UMNO Malaysia tidak ada tempat dalam UMNO.

Ada juga yang menyatakan bahawa apa yang dibuat oleh Perdana Menteri ini adalah logik. Sebagai sebuah parti baru, adalah munusabah untuk memastikan bahawa hanya mereka yang sehaluan saja menyertai parti itu. Tetapi tindakan ini pula ditafsirkan secara berbeza oleh sesetengah bekas pemimpin UMNO lama. Sekurang-kurangnya itulah pandangan Datuk Musa Hitam yang pada mula menyertai UMNO baru tetapi pada 2 Jun 1988 mengumumkan di Segamat penarikan diri beliau dari UMNO baru. Sebab yang beliau berikan bagi berbuat demikian ialah seruan perpaduan yang beliau anjurkan beberapa kali telah tidak diberi perhatian oleh pucuk pimpinan UMNO baru.

PROFIL PEMIMPIN UTAMA
Apabila Majlis Tertinggi UMNO baru diumumkan, tidak ada muka yang tidak dikenali dalam politik Malaysia telah diseneraikan sebagai pemimpin utamanya. Kesemua mereka yang diberi kepercayaan untuk menghidupkan UMNO itu terdiri daripada para pemimpin parti yang di ketahui boleh berkerjasama dengan Datuk Seri Dr. Mahathir. Mereka terdiri daripada bekas ahli MT lama yang telah diisytiharkan tidak sah tolak 8 orang yang telah diketepikan kerana kaitan mereka dengan team B. 13 daripada 34 orang anggota MT itu terdiri dari menteri kabinet, termasuk Perdana Menteri dan Timbalan, 9 orang mempunyai kedudukan sebagai menteri besar, seorang ketua menteri. Bakinya terdiri daripada seorang ahli parlimen (Datuk Abdullah Ahmad Badawi), 2 orang ahli dewan undangan negeri(Mohd Nor Mohd Dom dan Ahmad Shahibuddin) seorang bekas exco (Datuk Khaled Abdullah) dan seorang bekas ahli parlimen (Datuk Shamsuri Salleh).

Hampir semuanya boleh dikatakan mempuyai pendidikan peringkat university yang mendalami berbagai bidang:
 2 orang mempenyuai kelulusan dalam bidang perubatan. 1. Dr. Mahathir Mohamad 2. Dr. Hamid Pawan Teh
 4 orang peguam : 1. Daim Zainuddin 2. Tengku Ahmad Rithauddeen 3. Ramli Ngah Talib 4. Mohamad Yaacob
 1 orang akauntan : Sanusi Junid.
 2 orang ijazah doctor falsafah (Ph.D): 1. Dr.Yusof Nor 2. Dr. Siti Zaharah Sulaiman.
 17 orang mempunyai ijazah sarjana muda dan sarjana dalam berbagai bidang : 1. Datuk Wan Mokhtar Ahmad(Pengajian Islam)
 2.Datuk Abdullah Ahmad Badawi (Pengajian Islam) 3.Anwar Ibrahim(Pengajian Melayu)4.Datuk Mohamad Rahmat(Bahasa dan Kesusasteraan 5.Datuk Najib Tun Razak(Ekonomi) 6.Datuk Abu Hassan Omar(Pengajian Sosial) 7. Datuk Napsiah Omar(Pertanian) 8.Datuk Sabaruddin Chik (Pentadbiran) 9. Datuk Osman Aroff(Sain Politik)10.Datuk Muhamad Hj. Mohd Taib(Geografi) 11.Isa Samad(Kesusasteraan) 12. Muhyiddin Yassin(Ekonomi) 13. Khalid Yaacob (Pengajian Melayu) 14. Datuk Rahim Tamby Chik(Ekonomi) 15.Wan Abu Bakar Wan Muhammad(Ekonomi Gunaan) 16. Datuk Megat Junit Megat Ayub(Pengajian Melayu) 17.Datuk Tajul Rosli (Perakaunan)
 Yang lain seperti Encik Ghafar dan Datuk Khalid, walaupun tidak menjejak kaki di menara gading, tetapi pada zaman mereka, mereka telah berpeluang belajar ke peringkat yang tinggi ketika itu.

Dilihat dari segi ini, para pemimpin utama merupakan satu kombinasi yang berkesan, baik dari segi pengelaman mahupun pendidikan, untuk memimpin UMNO baru. Mereka juga mewakili berbagai peringkat umur bagi memastikan kewujudkan kesinambungan dalam segi pimpinan.

Bilangan yang mewakili guru yang pada satu ketika merupakan tunggak kepada kekuatan UMNO boleh dikatakan berkurangan. Hanya Encik Ghafar, Senator Dato Hussein Ahmad, Ahmad Shahibuddin yang mempuntai latarbelakang profesion perguruan. Sebahagian besar utama ini terdiri daripada bekas pegawai-pegawai kanan kerajaan yang menukar kerjaya mereka dalam bidang politik. Beberapa orang pula mempunyai latarbelakang sebagai tenaga akademik universiti.

PRESIDEN: DR. MAHATHIR MOHAMAD (KEDAH)
Presiden Penaja UMNO baru yang kemudian menjadi presiden pertama parti itu adalah Datuk Dr. Mahathir Mohamad. Dalam politik Malaysia, beliau merupakan seorang tokoh yang kontroversi sebelum dan sesudah menjadi Perdana Menteri. Bagi anak kedah ini yang dilahirkan pada 20 Disember 1925 ini.

Politik seolah-olah sudah menjadi darah dagingnya. Kegiatan politik beliau bermula sejak zaman beliau menuntut lagi terutama sewaktu berada di Universiti Singapura. Dia merupakan seorang aktivis pelajar yang terkenal. Selepas menamatkan pengajian, kegiatan politiknya disalurkan melalui antara lain ketuanan Melayu Kedah, SEBERKAS dan selepas UMNO ditubuhkan, beliau menyertai perjuangan UMNO pula.

Kejayaan sebagai ahli politik sepenuh masa bermula pada tahun 1964 apabila beliau menjadi wakil rakyat peringkat parlimen mewakili Kota Star Selatan di Kedah. Sebagai ahli Parlimen, beliau terkenal dengan kelantangannya merumuskan perjuangan yang pro Melayu sehingga beliau dicap sebagai ultra oleh bukan Melayu. Beliau juga kritikal terhadap pimpinan Perdana Menteri ketika itu, Tengku Abdul Rahman yang beliau dakwa tidak memberi perhatian untuk meningkat kedudukan ekonomi orang Melayu.

Tetapi hayat beliau sebagai ahli parlimen tergencat untuk sementara apabila Dr.Mahathir gagal mempertahankan kerusi parlimennya dalam pilihanraya 1969 yang telah mencentuskan tragedi berdarah 13 Mei. Kekalahan itu menjadi beliau lebih lantang mengkeritik pimpinan Tunaku yang didesak supaya meletakkan jawatan. Beliau menulis surat terbuka kepada Tuanku menyatakan pandangannya yang berterus terang yang telah menyebabkan beliau dikenakan tindakan displin oleh UMNO.

Beliau telah dipecat daripada parti itu pada tahun 1969, diluar UMNO, Dr.Mahathir menyalurkan segala idea-idea politik dan pembangunan untuk masyarakat Melayu dalam sebuah buku yang diberi judul The Malay Dilemma. Dalam buku yang diterbitkan pada tahun 1970 itu, beliau menghuraikan masalah orang Melayu dan kegagalan kerajaan menolong mereka dan membuat syor-syor yang dianggap radikal untuk membetulkannya. Suasana dan keadaan menjadikan buku itu agak eksplosif sehingga memaksa kerajaan waktu itu mengharamkannya.

Tetapi kebanyakan idea yang ditimbulkan oleh Dr. Mahathir dalam bukunya itu, terutamanya syor beliau supaya kerajaan mewujudkan dasar-dasar khusus untuk membantu orang Melayu menguasai bidang ekonomi yang ketika itu dikuasai oleh bukan Melayu-samada Cina tempatan atau orang asing.

Dr. Mahathir sebenarnya tidak mencadangkan supaya dibuat perubahan struktur dalam sistem yang ada. Beliau menganjurkan supaya sistem ekonomi bebas yang ada dikekalkan, tetapi ia hendaklah diasaskan kepada nasionalisme Melayu atau apa yang dianggap sebagai ‘capitalistic nasionalism’ oleh Dr. Shaharuddin Maaruf dalam bukunya Malay Ideas on Development. Perubahan yang dicadangkan ini menimbulkan kontroversi kerana sejak merdeka kerajaan berpegang kepada dasar bahawa Melayu menguasai politik dan bukan Melayu menguasai ekonomi.

Tetapi kini Dr.Mahathir mengajukan cadangan bahawa selain daripada Melayu mengekalkan kekuasaannya dalam politik, ia juga mesti ditolong dengan naungan dasar-dasar kerajaan, untuk menguasai ekonomi. Bukan Melayu yang merasa kerugian dengan syor-syor beliau itu tidak senang dengan Dr. Mahathir. Bagi mereka sahlah Dr.Mahathir seorang ultra Melayu. Dikalangan bukan Melayu, beliau mungkin dibenci dan tidak popular. Tetapi dikalangan orang Melayu, Dr. Mahathir disanjung sebagai seorang hero yang telah berjaya membuka mata para pemimpin Melayu tentang perlunya perubahan haluan dibuat bagi membolehkan orang Melayu menikmati kek ekonomi yang lebih besar.

Tragedi berdarah Mei 1969 telah memberi kesempatan bagi membuat perubahan. Ini terbukti dengan terlaksananya Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1971 yang mengandungi kebanyakan idea-idea yang dikemukakan oleh Dr. Mahathir.

Selepas berlaku perubahan pimpinan dari Tuanku Abdul Rahman kepada Tun Razak, Dr.Mahathir, selepas usaha berbagai pihak yang sayangkan beliau dalam UMNO, menyertai semula UMNO, Beliau kembali ke dalam pelukan UMNO dengan populariti yang cukup tinggi. Ini terbukti apabila beliau mendapat tempat pertama dalam pemilihan Majlis Tertinggi UMNO pada 1972. Tidak lama kemudian, beliau dilantik menjadi senator, menjadi Pengerusi FIMA.

Dalam pilihanraya 1974, beliau bertanding dikawasan Parlimen Kubang Pasu, dan menang. Dalam kabinet yang diumumkan selepas pilihanraya, Tun Razak menamakan Dr.Mahathir sebagai Menteri Pelajaran. Bintang politik beliau semakin bersinar. Dalam pemilihan 1975, beliau dipilih sebagai naib presiden UMNO. Apabila Tun Razak meninggal dunia pada 14 Januari 1976, Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri. Beliau melantik Dr. Mahathir sebagai Timbalan Perdana Menteri. Dr. Mahathir disahkan ke jawatan Timbalan Presiden UMNO. Apabila Tun Hussein membuat keputusan untuk bersara pada tahun 1981, Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri dan serentak dengan itu menjadi Presiden UMNO tanpa bertanding. Selama dua penggal pimpinan beliau tidak tidak dicabar. Tetapi dalam pemilihan 1987, beliau terpaksa mempertahankan jawatan, Beliau menang dalam pertarungan satu lawan satu dengan Tengku Razaleigh Hamzah, tetapi dengan majoriti yang tipis. Kedudukan beliau terus dicabar apabila sekumpulan 11 orang ahli UMNO mengunakan mahkamah untuk membatalkan keputusan pemilihan 1987 yang telah memberi kemenangan kepada Dr. Mahathir. Mereka juga meminta supaya satu pemilihan baru diadakan. Mahkamah membuat keputusan untuk tidak memenuhi tuntutan kumpulan itu.

Sebaliknya ia mengisytiharkan UMNO sebagai sebuah pertubuhan tidak sah kerana adanya 30 cawangan yang tidak berdaftar dengan Pendaftaran Pertubuhan. Kesempatan itu memberi Dr. Mahathir mengasaskan penubuhan UMNO baru dengan beliau sebagai presiden penajanya.

Sebagai pemimpin, Dr. Mahathir tidak sekadar berpuas hati untuk meneruskan apa yang beliau warisi daripada pimpinan sebelum ini. Sebaik saja mengambilalih pimpinan parti dan kerajaan, beliau membuat beberapa perubahan, malah setengah kalangan mengatakan pembaharuan, dalam dasar-dasar utama kerajaan. Perubahan bukan saja berbentuk luaran tapi dalaman. Malah setiap perubahan dibuat dengan kejutan seperti mengumumkan dasar perdagangan anti-British yang telah menegangkan hubungan Malaysia dengan Britain serta dasar pandang ke Jepun yang diterima secara sinikal oleh setengah pihak didalam negeri. Beliau juga mengunakan kesempatan berkuasa untuk melaksanakan kebanyakan idea-idea yang disuarakan dalam Malay Dilemma yang berasaskan pada pegangan nasionalisme kapitalistiknya. Dasar-dasar untuk menjadikan Malaysia sebuah negara industri berat juga diperkenalkan. Di luar negeri, beliau mengambil sikap yang kritikal terhadap sikap talam dua muka negara-negara barat. Beliau menggalakkan kerjasama antara negara-negara membangun di bawah payong selatan-selatan. Didalam negeri, yang ditekankan ialah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara bermaruah yang tidak dipandang hina oleh sesiapa.

TIMBALAN PRESIDEN – ENCIK GHAFAR BABA (Melaka)
Seperti Dr. Mahathir, Encik Ghafar Baba boleh digolongkan sebagai tokoh veteran dalam UMNO. Pengelibatan beliau dalam politik tanahair bermula pada 1946 di Maktab Perguruan Sultan Idris,(MPSI) di Tanjung Malim yang memang terkenal sebagai ‘kilang’ melahirkan pejuang-pejuang menentang penjajahan Inggeris dan menuntut kemerdekaan. Keadaan banyak mempengaruhi pembentukan falsafah politik Encik Ghafar Baba. Beliau berasal daripada keluarga yang miskin. Ketika berusia 10 tahun, Encik Ghafar yang dilahirkan di Kuala Pilah pada 18 Februari 1925, menjadi anak yatim. Untuk menyara hidup, dia menjadi budak pemungut bola golf dan ada kalanya terpaksa tidur dibawah jambatan. Tetapi beliau seorang yang cerdik dalam pelajaran dan lepas tamat sekolah rendah beliau memasuki MPSI menjadi guru pelatih.

Disanalah, minatnya dalam politik tertonjol. Seperti penuntut MPSI yang lain, Encik Ghafar terlibat dalam Parti Kebangsaan Melayu Malaya yang dianggotai oleh mereka yang dianggap sebagai nasionalis radikal oleh Dr. Firdaus Abdullah di dalam bukunya yang berjudul Radical Malay Politics. Beliau menganggotai PKMM sehinggalah parti itu diharapkan oleh British pada 1948. Pada tahun 1951 beliau menyertai UMNO yang kini dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman dan menjadi tokoh penting dalam politik negeri Melaka.

Dari situ bermulalah jalan berliku ke puncak kuasa sehingga beliau menjadi timbalan perdana menteri dan timbalan presiden UMNO. Jalan ini bermula pada 1955 apabila beliau meninggalkan lapangan perguruan untuk menjadi orang politik sepenuh masa. Beliau bertanding dalam pilihanraya persekutuan pertama 1955 dan menang. Pada 1959, beliau bertanding kerusi negeri dan dilantik menjadi Ketua Menteri Melaka sehingga tahun 1967. Selepas tahun 1967. Selepas itu beliau menjadi Pengerusi MARA. Setahun kemudian beliau dilantik sebagai Senator dan tiga bulan selepas itu menjadi menteri tanpa portfolio. Pada 1969 beliau bertanding kerusi parlimen Melaka Utara dan menang. Beliau dilantik sebagai Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar. Pada 1972 kementeriannya dipertanggungjawabkan dengan tugas pertanian-jawatan yang disandangnya sehinggalah 1976. Tahun itu, Tun Razak meninggal dunia.

Tun Hussein Onn mengambilalih tugas Perdana Menteri. Encik Ghafar, sebagai salah seorang naib presiden terkanan UMNO- jawatan itu disandangnya sejak 1962-merasakan beliaulah yang layak menjadi timbalan perdana menteri. Tetapi Tun Hussein punya pilihan lain. Seorang lagi naib presiden waktu itu Dr. Mahathir dinamakan sebagai timbalannya. Encik Ghafar dikekalkan dalam kabinet sebagai Menteri Pertanian. Tetapi beliau menolak jawatan itu. Bagaimana pun beliau kekal sebagai naib presiden UMNO.

Encik Ghafar seolah-olah merajuk. Barangkali beliau merasa terhina kerana alasan Tun Hussein tidak mahukan beliau menjadi timbalan perdana menteri ialah beliau tidak mempunyai ijazah iniversiti. Selepas itu, En. Ghafar membuat keputusan untuk menyertai dunia perniagaan. ramai yang meramalkan bahawa masa depan politik beliau sudah berakhir. Ramalan ini seolah-olah benar kerana apabila Dr. Mahathir mengambilalih pimpinan negara, pilihan beliau ialah jawatan nombor dua dalam parti ialah Datuk Musa Hitam.

Nasib Encik Ghafar bagaimanapun berubah apabila Datuk Musa Hitam meletakkan jawatan sebagai timbalan perdana pada tahun 1986. Dalam mencari pengantinya, Dr.Mahathir sekiranya berpegang pada tradisi UMNO, mesti memilih salah seorang naib presiden UMNO. Asas ini bukan kemestian, sekadar satu amalan saja. Tiga naib presiden waktu itu ialah Encik Ghafar sendiri, Datuk Wan Mokhtar Ahmad dan Datuk Abdullah Ahmad Badawi. Datuk Wan Mokhtar siang-siang lagi telah diketepikan sebagai calon kerana beliau Menteri Besar Terengganu dan tidak mempuyai kerusi parlimen. Beliau hanya boleh dilantik sekiranya menjadi Senator terlebih dahulu. Lagi pun, Dr. Mahathir merasakan bahawan tenaga Datuk Wan Mokhtar lebih diperlukan di Terengganu untuk menumpaskan pengaruh PAS. Datuk Abdullah Badawi juga terpaksa diketepikan kerana kaitannya dengan Datuk Musa. Beliau lebih dikenali sebagai orang Musa, walaupun pada waktu yang sama juga penyokong Dr. Mahathir. Nama Encik Anwar Ibrahim, naib presiden kerana kedudukannya sebagai ketua Pemuda UMNO juga timbul malah ramalan banyak mengatakan bahawa Encik Anwar lah pilihan Dr. Mahathir. Beliau dikatakan telah ditawarkan jawatan itu, tetapi telah menolak. Dalam keadaan itu, muncul En. Ghafar ke arena politik kuasa. Khabar-khabar angin mula April 1986 mula tersebar mengatakan bahawa Encik Ghafar akan dilantik sebagai timbalan perdana menteri.

Ramalan itu terbukti benar. Pada 8 Mei 1986, Encik Ghafar Baba yang dianggap tidak layak oleh Tun Hussein Onn untuk menjadi timbalan perdana menteri, telah dinamakan oleh Dr. Mahathir untuk jawatan itu. Beliau kemudian bergabung tenaga dengan Dr. Mahathir untuk menewaskan Tengku Razaleigh dan Datuk Musa bagi jawatan presiden dan timbalan presiden UMNO dalam pemilihan 24 April 1987. Apabila UMNO baru dibentuk, beliau disenaraikan sebagai timbalan presidennya pula.

Dalam politik Malaysia, ketokohan Ghafar memang sukar ditandingi. Beliau berjaya mengekalkan jawatan naib presiden UMNO sejak 1962 hingga 1987 walau pun dia tidak memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan selepas 1976. Beliau juga terkenal sebagai pendamai yang bijak seperti yang terbukti dalam usahanya menyelesaikan krisis MCA pada pertengahan tahun 1980an. Sebelum kembali sebagai timbalan perdana menteri, beliau juga dikenali sebagai seorang ahli perniagaan yang berjaya. Sebagai Pengerusi Komplek Kewangan Berhad, beliau mengasaskan penubuhan Amanah Saham MARA dalam usaha untuk menyemaikan tabiat bermain saham dikalangan orang-orang Melayu. Beliau diketahui tidak mempunyai musuh politik ketika berada dalam UMNO.

KETUA PERGERAKAN PEMUDA- DATUK MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK (Pahang)
Dalam politik, seperti juga bidang lain, selain dari kerja keras, nasib dan kesempatan merupakan factor yang penting dalam menentukan kejayaan atau kegagalan. Berada pada tempat yang tepat. pada waktu yang tepat dan pandai mengambil peluang yang diajukan boleh membezakan antara kejayaan dan kegagalan.

Bagi Datuk Najib (lahir 23 Julai 1953) sejak menyertai politik nasib dan kesempatan kerap menyebelahi beliau.Tidak siapa dapat menafikan bahawa Datuk Najib masuk politik UMNO secara kebetulan dan dipaksa keadaan. Pada 14 Januari 1976, ayahanda beliau, Tun Razak yang ketika itu Perdana Menteri meninggal dunia. Sebagai menghargai jasa-jasa allahyarham, sebagai anak sulung beliau mewarisi gelaran bangsawan yang bergelar Datuk pada usia beliau yang masih muda. Ketika itu beliau bertugas di Petronas sebagai pengurus hal ehwal awam. Minat dan kecenderungan politik beliau juga kabur dan samar-samar. Tetapi sebagai menyahut desakan mereka yang kasihkan Tun Razak, Datuk Mohd Najib, ketika itu berusia 23 tahun, dicalonkan untuk kerusi parlimen Pekan yang diwakili oleh ayah beliau. Beliau menang tanpa bertanding. Jadilah Datuk Najib ahli parlimen termuda dalam sejarah negara ini. Selepas menang, beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri. Mula-mula di Kementerian Tenaga, Pos dan Telekom, kemudian ke Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kewangan.

Dalam pilihanraya 1982, beliau bertanding untuk kerusi negeri di Pekan dan kemudian dilantik sebgai Menteri Besar Pahang. Sepenggal sebagai Menteri Besar beliau kembali ke pusat selepas pilihanraya 1986. Kali ini beliau dinaikkan pangkat sebagai menteri penuh, pada mulanya di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan pada 1987 sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Dalam politik UMNO pula, sesuai dengan usianya yang muda, Datuk Najib bergiat dalam Pergerakan Pemuda. Mula-mula beliau menjadi exco Pemuda Malaysia. Selama tiga penggal berturut-turut (setiap satu penggal 2 tahun) sejak 1982 beliau menjadi naib ketua pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Beliau memenangi jawatan itu tanpa bertanding. Apabila ketua Pergerakan itu, Encik Anuar Ibrahim membuat keputusan untuk meletakkan jawatan untuk bertanding naib presiden dalam pemilihan 24 April 1987, beliau dilantik sebagai Pemangku Ketua Pergerakan. Apabila Pergerakan Pemuda UMNO baru dibentuk oleh Dr. Mahathir pada Mei 1988, Datuk Sri Najib, sejajar dengan peruntukan baru perlembagaan UMNO baru, telah dilantik sebagai ketuanya untuk tempoh tiga tahun.

Walau pun diperingkat awal politik beliau banyak bergantung pada pengaruh ayah beliau dalam parti, tetapi Datuk Najib sekarang sudah tegak atas kakinya sendiri. Orang-orang parti yang simpati dengan Tun Razak tidak lagi menguasai parti. Lantaran itu beliau terpaksa membina tapaknya sendiri. Ini terbukti kerana anak-anak pemimpin yang lain yang menyertai UMNO kerana pengaruh bapa mereka gagal mempertahankan kedudukan mereka, Datuk Najib mampu berbuat demikian dan terus naik setapak demi setapak dalam kerjaya politiknya.

MAJLIS TERTINGGI : HAJI MUHYIDDIN MOHD YASSIN (Johor)
Haji Muhyiddin Yassin adalah antara tokoh muda berpendidikan tinggi yang diperkenalkan oleh UMNO Johor untuk dididik sebagai pemimpin nasional dalam pilihanraya 1978. Pada tahun 1981, beliau dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri. Dua tahun kemudian beliau dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan. Setahun kemudian (1983) beliau dipindahkan dengan tugas yang sama di Kementerian Perdagangan dan Perindustrian. Dalam pilihanraya 1986, Haji Muhyiddin berpindah ke kerusi negeri dan seperti yang diramalkan beliau telah dinamakan sebagai Menteri Besar mengantikan Datuk Ajib Ahmad yang dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Dalam UMNO pengelibatan beliau boleh dikata bermula dari bawah. Di bahagiannya di Pagoh, yang sekarang beliau ketuai, Haji Muhyiddin pernah memegang berbagai jawatan. Tahun 1974, beliau menjadi bendahari bahagian itu. Antara 1974-1976, beliau mengetuai pergerakan Pemuda Bahagian Pagoh. Mulai 1982, beliau menjadi naib ketua bahagian yang sama. Antara 1976 hingga 1981, beliu menjadi Naib Ketua Badan Perhubungan Pemuda UMNO Johor. Beliau juga pernah menjadi pengerusi biro pelajaran UMNO Johor, pengerusi biro ekonomi Bahagian Muar-Pagoh, Ahli Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (1982-1984). Beliau juga pernah menjadi Ketua Pemuda Johor. Sekarang ini selain menganggotai MT UMNO baru beliau juga Ketua Badan Perhubungan Negeri Johor.

CARA BARU PILIH PEMIMPIN
Apabila soal menentukan pucuk pimpinan di berbagai peringkat dalam UMNO baru mula-mula dibincangkan tidak lama selepas pendaftaran parti itu diluluskan pada bulan Februari 1988, terdapat desas desus bahawa perubahan besar-besaran akan dibuat terhadap cara parti itu memili pemimpinnya. Pada mulanya ada khabar-khabar angin bahawa presiden penaja UMNO baru, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad akan diisytiharkan sebagai presiden seumur hidup parti itu. Perkara ini segera dinafikan oleh salah seorang anggota Majlis Tertinggi penaja parti itu, Datuk Tengku Ahmad Rithauddeen di Kota Bharu sebagai tidak benar. Di kala yang sama, beliau juga membayangkan kemungkinan Pergerakan Pemuda UMNO dan Wanita ditukar menjadi biro, sama seperti biro-biro ekonomi, politik dan sebagainya yang ada dalam UMNO sebelum itu yang bermakna mengurangkan peranannya. Juga dibayangkan bahawa di bawah cara itu, ketua-ketua pemuda di peringkat nasional, bahagian dan cawangan tidak lagi akan dipilih. Sebaliknya jawatan itu akan dilantik. Diperingkat nasional, Presiden parti dikatakan akan melantik tokoh yang hendak menjadi Ketua Pemuda dan Ketua Wanita. Diperingkat bahagian pula ketua bahagian akan membuat penentuan. Diperingkat cawangan pula, ketua cawangan katanya akan diberi kuasa untuk melantik Ketua pemuda dan wanita cawangan. Ketua-ketua Pemuda yang dilantik itu pula kemudian akan melantik ahli jawatankuasa masing-masing.

Tidak lama selepas kenyataan Tengku Ahmad Rithauddeen itu, seorang lagi anggota Majlis Tertinggi UMNO baru, Datuk Megat Junit Megat Ayub membayangkan di Pasir Salak, Perak pada Mac 1988 tentang kemungkinan ketua-ketua bahagian, timbalan ketua bahagian dan naib ketua bahagian juga dilantik oleh Presiden dan tidak lagi dipilih oleh perwakilan cawangan seperti sebelum ini. Hal ini saolah-olah akan menjadi kenyataan apabila Timbalan Presiden, Encik Ghafar Baba yang juga bertindak sebagai pengerusi jawatankuasa perlembagaan UMNO baru mengesahkan beberapa hari selepas itu bahawa soal melantik ketua-ketua bahagian memang ditimbangkan oleh jawatankuasanya sebagai salah satu syor untuk mengurangkan politiking dalam UMNO baru. Semua ini bagi para pengkritik Dr.Mahathir Mohamad membayangkan bahawa usaha sedang dubuat untuk menjadi UMNO baru sebagai sebuah parti yang tidak demokratik. Apabila segala jawatan dalam parti itu tidak lagi ditentukan melalui pilihanraya, tetapi diserahkan kepada pucuk pimpinan untuk melantiknya, maka dengan sendirinya riwayat UMNO sebagai sebuah parti politik demokratik juga berakhir.

Tetapi terbukti bahawa cakap-cakap awal ini tidak seratus peratus benar. Apabila cara-cara baru memilih pemimpin diumumkan oleh Datuk Seri Dr. Mahathir pada 13 April 1988 selepas satu mesyuarat agung khas Majlis Tertinggi UMNO baru diadakan, ternyata cirri-ciri demokrasi dalam UMNO baru, seperti halnya dengan UMNO 1946, telah dipertahankan tetapi dengan beberapa perubahan. Telah diputuskan bahawa semua jawatan peringkat kebangsaan dalam UMNO baru – presiden , timbalan presiden, tiga naib presiden, 25 anggota Majlis Tertinggi- tetap terbuka untuk pertandingan. Kedudukan Ketua Pemuda dan Wanita bagaimanapun tidak dipertandingkan. Sebaliknya, empat jawatan itu akan ditentukan oleh Presiden dengan persetujuan Majlis Tertinggi. Bagaimana lain-lain jawatan dalam kedua-kedua pergerakan itu akan terus dipertandingkan. Status pergerakan itu juga dikekalkan dan tidak ditukar menjadi biro seperti yang diramalkan. Dengan itu bermakna bahawa siapa juga yang menjadi ketua Pemuda dan Wanita nasional secara automatik menjadi naib presiden.

Diperingkat bahagian dan cawangan pula, semua jawatan akan terus dipertandingkan. Siapa juga boleh bertanding sekiranya mereka dicalonkan. Ini bermakna desas desus bahawa ketua, timbalan ketua dan naib ketua bahagian akan ditentukan secara lantikan oleh presiden parti, adalah tidak benar.

Keputusan juga dibuat bahawa semua pemilihan dalam UMNO kecuali peringkat cawangan akan diselaraskan menjadi tiga tahun sekali. Sebelum ini, di dalam UMNO lama, hanya pemilihan peringkat nasional saja diadakan tiga tahun sekali. Lain-lain pemilihan seperti pemilihan Pergerakan Pemuda dan Wanita serta bahagian, diadakan dua tahun sekali manakala cawangan pula setiap tahun. Kerana adanya tempoh pemilihan yang berbeza ini, UMNO boleh dikata setiap tahun menghadapi pilihanraya kalau tidak majlis tertinggi, Pemuda dan Wanita UMNO. Kalau tidak pemuda dan wanita, pemilihan peringkat bahagian pula. Dengan adanya pemilihan kerap itu bermakna bahawa kebanyakan pemimpin parti, yang juga pemimpin kerajaan, menghabiskan lebih banyak masa berkempen untuk mempertahankan jawatan masing-masing dalam parti. Kempen-kempen mereka ada kalanya bermula enam atau Sembilan bulan sebelum pemilihan berlangsung. Tetapi dengan mengadakan pilihanraya serentak setiap tiga tahun sekali, maka masa yang dihabiskan untuk politiking, kegiatan melobi yang bukan-bukan boleh dikurangkan. Dengan itu, pemimpin parti yang mempunyai jawatan dalam kerajaan sebagai menteri, menteri besar, ketua menteri, timbalan menteri, setiausaha parlimen, pengerusi badan-badan berkanun, boleh memberi tumpuan yang lebih besar kepada tugas-tugas rasmi mereka.

Bagaimana pun perubahan besar dalam cara memilih pimpinan di peringkat nasional, terutama untuk jawatan presiden dan timbalan presiden telah diadakan. Jika selam ini, hanya perwakilan Perhimpunan Agong saja yang menentukan cara pemimpin dipilih, dibawah UMNO baru, base atau asas pemilihan itu telah diperluaskan. Selain daripada 10 orang wakil daripada setiap bahagian (UMNO baru ada 133 bahagian) ke perhimpunan agung yang akan mengundi secara rahsia, pucuk pimpinan UMNO juga akan ditentukan oleh setiap ketua bahagian kerana di bawah cara baru itu, mereka secara automatik menjadi perwakilan. Perwakilan Pemuda dan Wanita juga ditambah dari lima sebelum ini kepada 30 orang yang akan dipilih sendiri oleh perhimpunan kedua-kedua pergerakan itu. Bagi calon presiden dan timbalan presiden pula, setiap pencalunan yang mereka terima akan mendapat 10 undi tambahan secara automatik. Ini semua bermakna bahawa UMNO baru telah meluaskan lagi asas pemilihan presiden dan timbalan presiden dalam parti itu kepada empat unsur:

1. Perwakilan ke perhimpunan agung -1330 orang berdasarkan setiap bahagian mengirim 10 wakil.
2. Ketua-ketua bahagian-133 orang
3. Pencalonan bahagian – 10 undi tambahan bagi calon presiden. Ini bermakna terdapat undi tambahan 1330 yang boleh direbut oleh mana-mana calon, samada yang mempertahankan
jawatan atau yang ingin menawarkan diri.
4. 60 undi tambahan daripada pemuda dan wanita yang mendapat tambahan perwakilan ke perhimpunan agung. Pemilihan 25 ahli MT yang lain di lakukan seperti sebelum ini. Mereka
dipilih oleh perwakilan di Perhimpunan Agung. Pencalonan yang mereka terima tidak dikira sebagai undi tambahan.

REAKSI TERHADAP CARA BARU MEMILIH PEMIMPIN
Perubahan yang besar dibuat dalam menentukan presiden dan timbalan presiden nampaknya telah menimbulkan reaksi yang tidak seragam. Para pengkeritik Dr. Mahathir berkata, perubahan itu dibuat kerana beliau ingin mengperkuatkan kedudukannya kerana sebagai penyandang jawatan, bahagian-bahagian tentu merasa segan silu untuk mencalonkan orang lain selain daripada beliau dan Encik Ghafar kedua-dua jawatan utama dalam parti itu. Selain dari itu, oleh kerana ketua-ketua bahagian UMNO baru kebanyakannya terdiri daripada penyokongnya tentu akan mengusahakan bahawa Dr. Mahathir dan siapa juga timbalan pilihan beliau mendapat pencalonan yang terbanyak untuk mempastikan beliau terus mengekalkan jawatan itu. Dengan kata-kata lain, walaupun memperluaskan perwakilan dalam menentukan pucuk pimpinan diterima sebagai satu cara mendemokrasikan lagi UMNO baru, tetapi para pengkeritik Dr.Mahathir nampaknya tidak setuju kerana kongkongan beliau terhadap struktur parti, atas sifatnya sebagai presiden, adalah besar. Ini bermakna siapa juga yang ingin mencabar beliau mempunyai peluang yang tipis untuk merebut jawatan itu.

Dari satu segi, hujah ini memang sukar untuk dipertikai. Dr. Mahathir memang mempunyai kepentingan dengan pelaksanaan cara baru memilih presiden dan timbalan presiden ini. Para pengkeritik beliau bertanya: jika benar cara baru ini bertujuan untuk mendemkrasikan lagi UMNO, mengapa ia tidak meliputi pemilihan naib presiden dan anggota biasa Majlis Tertinggi? Mengapa presiden dan timbalan presiden saja yang diberi keistimewaan itu? Apakah keputusan melaksanakan cara baru itu ada kaitan dengan pemilihan 24 April 1987 apabila Dr. Mahathir dan Encik Ghafar yang mendapat undi di perhimpunan agung parti yang sejajar dengan pencalonan yang telah diberikan kepada mereka mengakibatkan mereka mendapat majoriti yang tipis dalam pertandingan itu?

Sekali pandang, nampaknya begitulah. Ini kerana dalam pemilihan 24 April itu, Dr. Mahathir telah mendapat 88 pencalonan manakala Encik Ghafar pula 76 pencalonan (daripada 133 bahagian) untuk jawatan presiden dan timbalan presiden. Dari segi lojiknya, para perwakilan bahagian sekiranya mereka mengundi berdasarkan pencalonan, Dr. Mahathir sudah pasti mendapat sekurang-kurangnya 880 undi manakala Encik Ghafar pula 760 undi. Tetapi apa yang berlaku telah tidak menepati logik itu. Dr.Mahathir telah mendapat 761 undi manakala pencabarnya Tengku Razaleigh pula yang mendapat 37 pencalonan pula mendapat 718 undi. Dari segi logik, oleh kerana Tengku Razaleigh hanya mendapat 37 pencalonan, beliau sepatutnya mendapat 370 undi perwakilan. Begitu juga dengan Encik Ghafar .Beliau mendapat pencalonan yang lebih besar dari Datuk Musa bagi jawatan timbalan presiden, tetapi perbezaan undi perwakilan yang diterima tidak mempunyai perbezaan besar. Encik Ghafar mendapat 739 undi manakala Datuk Musa pula 699 undi.

Perkembangan ini, kata setengah pemerhati politik, telah mendorong Majlis Tertinggi UMNO baru membuat perubahan dalam menentukan presiden dan timbalan presiden dengan mengambil kira bahawa setiap pencalonan yang diterima daripada bahagian akan diberi undi tambahan. Jika scenario pemilihan 1987 itu diambil sebagai contoh, maka Dr.Mahathir mohamad selain daripada mendapat 761 undi sulit perwakilan ke perhimpunan agung, juga secara automatik mendapat 880 undi tambahan hasil 88 pencalonan yang beliau terima. Ini bermakna undi keseluruhan yang beliau perolehi ialah 880+761=1641 undi; Encik Ghafar pula mendapat 760 undi pencalonan+ 739 undi perwakilan= 1489 undi; Tengku Razaleigh pula mendapat 370 undi pencalonan + 718 undi sulit perwakilan= 1088. Ini bermakna sekiranya cara baru menjadi amalan Dr.Mahathir memang dengan majoriti yang lebih besar iaitu 1641-1088 =553 undi dan bukannya 43 undi seperti yang beliau perolehi pada 24 April 1987. Ini membuat pengkeritik beliau menyatakan bahawa cara baru ini akan memberi keuntungan kepada beliau dalam mempertahankan jawatannya nanti dalam sebuah parti yang sudah dibersihkan musuh- musuh beliau.

Apakah dakwaan ini benar? Para penyokong Dr.Mahathir nampaknya tidak setuju dengan pandangan para pengkeritik beliau itu. Sebaliknya mereka berhujah bahawa cara baru ini tidak dirangka untuk kepentingan Dr. Mahathir saja. Siapa juga yang menjadi presiden dan timbalan presiden akan mendapat faedahnya. malah ada antara mereka berhujah bahawa cara baru memilih presiden dan timbalan presiden menjadikan UMNO lebih demokratik lagi. Hujah ini jelas terbayang dalam recana pengarang Utusan Malaysia Sabtu 16 April 1988. Jika dihalusi hujah pengkritik kepada pengkeritik Dr. Mahathir ini boleh diterima. Ini kerana selama ini, pimpinan UMNO hanya ditentukan oleh 1500 orang perwakilan ke perhimpunan parti itu saja. Andaian disebalik cara ini ialah para perwakilan itu akan mengundi berdasarkan pencalonan yang telah dibuat oleh mesyuarat perwakilan bahagian. Tetapi dalam pemilihan 24 April itu, ini telah tidak berlaku. Banyak perwakilan telah tidak menunaikan amanah bahagian masing-masing barangkali kerana dosogok atau dipengaruhi oleh politik wang dan politik ganjaran daripada pemimpin parti dalam kerajaan. Tetapi di bawah cara baru ini, pengaruh perwakilan akan dikurangkan dan mereka tidak lagi menjadi penentu siapa menjadi presiden, timbalan presiden, naib presiden atau ahli majlis tertinggi. Bahagian-bahagian juga diberi kuasa untuk membuat penentuan.

Sebenarnya, pencalonan bahagian adalah hasil keputusan yang dibuat oleh cawangan-cawangan iaitu ahli-ahli grassroot UMNO. Sekiranya mereka memberi mandat perwakilan ke perhimpunan agong supaya mengundi tokoh yang mereka calonkan, tetapi perwakilan itu telah menyeleweng, maka adalah wajar pembetulan dibuat. Inilah yang telah dilakukan oleh Majlis Tertinggi UMNO baru. Cara baru ini juga sudah pasti mengajar bahagian-bahagian jagan bermain silap mata dalam pencalonan yang dibuat. Sekiranya mereka menyokong seseorang tokoh untuk dua jawatan utama dalam UMNO baru, bahagian-bahagian perlu berterus terang. Mereka tidak lagi boleh berselindung dengan mencalonkan tokoh A, tetapi secara sulit di perhimpunan agung mengundi tokoh B. Di bawah cara baru itu, sekiranya tokoh A menjadi pilihan mereka, maka mereka hendaklah mencalonkan tokoh A kerana jika mereka ingin berpura-pura, tokoh sokongan mereka juga yang akhirnya kerugian.

Sesetengah pengkritik lain pula berpendapat bahawa cara baru memilih presiden dan timbalan presiden ini memberi faedah besar kepada penyadang jawatan. Ini kerana siapa juga yang menjadi presiden biasanya menjadi perdana menteri. Menjadi perdana menteri bermakna mempunyai kuasa untuk memberi naugan politik baik dalam bentuk jawatan dalam kerajaan, anugerah ekonomi dalam bentuk kontrek dan tender dan sebagainya. Untuk mendapat sokongan anugerah ini boleh diberi kepada ketua-ketua bahagian. Ketua-ketua bahagian yang bergantung pada naugan politik pula akan berkerja keras untuk mempastikan bahawa pemimpin atasan mereka terus mendapat sokongan dalam setiap kali pemilihan diadakan. Mereka berhujah bahawa dalam politik Melayu, yang perlu dipegang ialah kepala sesuatu kumpulan. Misalnya sekiranya ketua bahagian berada dalam genggaman presiden parti kerana dia terhutang budi dengan presiden, maka dia tidak akan melawan taukenya. Sebaliknya ketua bahagian itu akan bermatian-matian berkerja untuk mempastikan kemenangan taukehnya dengan mempastikan bahagiannya mencalonkan tokoh sokongannya.

Tetapi ada juga kalangan menolak hujah dengan mengatakan bahawa pengaruh ketua bahagian untuk menentukan pencalonan tidaklah sekuat mana kerana pencalonan bahagiannya datang daripada cawangan. Sekiranya dalam bahagian itu terdapat banyak cawangan yang tidak mencalonkan presiden yang ada, ketua bahagian yang menyokong presiden, tidak boleh berbuat apa-apa. Dari segi ini ada yang melihat bahawa cara baru memilih presiden dan timbalan presiden, tidak saja menguntungkan penyandang jawatan, tetapi juga boleh memberikan mudarat kepada mereka. Sekiranya terdapat banyak pemimpin cawangan (dan bahagian) yang bebas pemikiran mereka, maka cawangan dan bahagian ini boleh mencalonkan siapa saja untuk kedua-dua jawatan itu. Ini bermakna, bahagian-bahagian melalui pencalonan, masih tetap boleh membuat perubahan pimpinan dengan mengemukakan isyarat-isyarat awal dengan cara yang lebih berterus terang. Jelas bahawa cara baru memilih presiden dan timbalan presiden adalah satu senjata yang boleh digunakan untuk mempertahankan pucuk pimpinannya yang ada, atau menggulingkan mereka.

UMNO BARU DAN MASA DEPAN MELAYU
Penubuhan UMNO baru telah menyelamatkan kedudukan dan kekuasaan politik Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad dan pemimpin Melayu lain yang menyokong beliau. Oleh kerana Dr. Mahathir mewakili kepimpinan yang mendapat sokongan untuk berkuasa dalam UMNO sebelum ia diisytiharkan tidak sah, maka penubuhan UMNO baru juga boleh diandaikan telah menyelamatkan kuasa politik bangsa Melayu. Andaian ini boleh dipertikaikan dan sudah ada yang mempertikaikan dan sudah ada yang mempertikaikannya kerana seluruh episode yang telah membawa kepada perebutan sengit pimpinan pada 24 April 1987, pengharaman UMNO, penubuhan UMNO Malaysia dan UMNO 88 yang tidak diterima pendaftarannya, penubuhan UMNO baru, sebenarnya bukan perbalahan bangsa Melayu, tetapi perbalahan elit-elit yang bersaing antara satu sama lain untuk mendapat kuasa. Dilihat dari perspektif ini, segala kekecohan yang berlaku berpunca daripada keinginan mempertahankan kuasa dan merebut kuasa serta keengganan untuk mematuhi tradisi setelah menang dan kalah. Penubuhan UMNO baru juga telah dikritik oleh orang-orang UMNO yang memusuhi pimpinan Dr. Mahathir sebagai tidak meneruskan perjuangan UMNO asal 1946. Lantaran itu, golongan ini mengusahakan pula ikhtiar untuk menghidupkan UMNO 46, walaupun Dr. Mahathir, bukan sekali, tapi banyak kali menegaskan bahawa UMNO baru ditubuhkan untuk meneruskan perjuangan UMNO asal setelah ia diisytiharkan tidak sah oleh Mahkamah Tinggi dan pendaftarannya di batalkan oleh Pendaftar Pertubuhan.

Dr. Mahathir sebenarnya tidak berbohong apabila beliau berhujah bahawa antara UMNO baru dengan UMNO lama memang tidak terdapat perbezaan. Siapa juga yang berupaya membandingkan asas dan tujuan mengapa kedua-dua UMNO itu ditubuhkan memang dapat menghayati persamaannya. Sekiranya UMNO yang diisytiharkan tidak sah itu diwujudkan dengan tujuan untuk memelihara dan mempertahankan kemerdekaan, kedaulatan dan keperibadian Malaysia, itulah juga matlamat perjuangan UMNO baru. Sekiranya UMNO lama mendukung perlembagaan Malaysia, Perlembagaan-perlembagaan negeri dan Raja-raja Melayu, UMNO baru juga berhasrat berbuat demikian. UMNO baru juga meneruskan perjuangan UMNO lama untuk mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen. UMNO baru juga menjamin kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi yang tunggal, kebudayaan kebangsaan dan meninggikan taraf hidup rakyat-satu perjuangan yang diwarisi dari UMNO lama. UMNO baru dan lama juga tidak membelakangkan tugas menegak, mempertahan dan mengembangkan agama Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebebasan beragama. Ia juga berjuang untuk mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu. Apabila perbandingan dibuat baik dari segi perjuangan, keahlian, struktur parti siapa juga akan tiba kepada kesimpulan bahawa UMNO tajaan Dr. Mahathir adalah UMNO lama tetapi dengan baju baru. Ia perlu ditubuhkan, seperti kata Encik Ghafar Baba, sebagai penyelesaian terbaik untuk mengatasi krisis yang dihadapi oleh pemimpin Melayu selepas UMNO diisytiharkan sebagai pertubuhan tidak sah oleh mahkamah. Jika tidak, UMNO baru tidak perlu ditubuhkan. Tetapi kerana UMNO lama sudah lenyap, maka sebuah parti politik perlu dibentuk untuk meneruskan perjuangannya.

Tidak syak lagi, itulah proses yang telah melahirkan UMNO baru. Ia tidak wujud secara tiba-tiba tanpa sebab. Ia lahir akibat kegagalan pimpinan Melayu dalam UMNO menyelesaikan perbalahan mereka secara penubuhannya, perbalahan mengenai UMNO manakah yang sebenarnya mewakili kepentingan Melayu atau kumpulan-kumpulan Melayu yang inginkan kuasa berterusan. Kelompok UMNO Dr. Mahathir, yang memenangi pemilihan 24 April 1987, memang berhak untuk menghidupkan UMNO selepas ia diharamkan. Mereka yang dengan penubuhan UMNO baru tersisih daripada arus utama politik UMNO sebelum ini tak dapat tidak merasakan kelahiran UMNO baru bercanggah dengan semangat yang telah melahirkan UMNO, lalu mengusahakan ikhtiar menghidupkan UMNO 46, yang sekiranya berjaya dihidupkan semula, akan memberi tempat kepada mereka. Kerana itu, mereka yang terlibat dengan usaha ini, mengkritik UMNO baru bukannya kerana asas dan tujuannya sudah lari daripada UMNO lama, tetapi kerana ia mengamalkan dasar pengambilan ahli yang bercorak diskriminasi. Ada antara anggota UMNO lama dibenarkan menyertai UMNO baru, dan ada pula antara mereka diharamkan memasukinya. Kritik serupa itu terpaksa dibuat kerana, mereka tahu bahawa dari segi asas dan perjuangan, antara UMNO baru dengan lama, memang terdapat persamaan. Tambahan UMNO 1946 itu sendiri sewaktu ia diisytiharkan tidak sah pada 4 Februari 1988, dari segi perjuangan sudah mengalami beberapa perubahan. Dari sebuah parti yang berslogankan “Hidup Melayu” pada mulanya ia kemudian memperjuangkan “Merdeka” dan selepas kemerdekaan dicapai slogannya bertukar pula kepada “Bersatu Bersetia dan Berkhidmat”. Slogan terakhir itulah yang dikekalkan dalam UMNO baru.

Tetapi hakikat itu tidaklah pula menghentikan mereka yang tidak berpuas hati dengan penubuhan UMNO baru meneruskan rancangan mereka untuk menghidupkan semula UMNO 46 seperti yang dilakukan oleh Tengku Razaleigh Hamzah dan para penyokongnya yang lain. Barangkali dalam usahanya itu, yang cuba ditarik perhatian oleh mereka ialah tentang semangat perpaduan yang telah mendorong kelahiran UMNO pada mulanya dalam tahun 1946 yang menurut mereka telah diabaikan oleh para penaja UMNO baru, Mereka melihat bahawa UMNO lahir sebagai tanda memuncaknya perpaduan bangsa Melayu menentang Melayan Union, manakala UMNO baru pula ekoran perpecahan dalam UMNO itu sendiri. Yang cuba mereka tonjolkan ialah dari perspektif ini UMNO baru tidak layak menggelarkan dirinya sebagai mewarisi perjuangan UMNO 1946 yang bersendikan kepada perpaduan bangsa Melayu. Itu sebabnya dalam kempen-kempen mereka, ditekankan bahawa UMNO baru tidak mewakili kepentingan politik seluruh bangsa Melayu seperti yang digembargemburkan.

Perbahasan siapakah yang lebih layak dan berhak mewakili kuasa politik Melayu ini akan terus menjadi tajuk perbahasan yang tidak sudah. Tetapi satu perkara yang sudah pasti dan ketara ialah kuasa itu kini berada dalam genggaman para pemimpin Melayu dalam UMNO yang menerajui UMNO baru. Mereka yang memahami politik Melayu amat arif bahawa kumpulan politik yang mempuyai kuasa memerintah ini yang mempunyai advantage (dibandingkan dengan mereka yang tidak berkuasa) untuk menjamin masa depan politik bangsa yang mereka wakili. Sebabnya mudah. Politik Melayu diasaskan kepada kuasa dan naugan. Dalam politik bercorak begini, pimpinan memainkan peranan penting untuk menentukan pandangan umum dalam sesebuah masyarakat. Rakyat biasa mempuyai peranan yang amat sedikit atau kalaupun ada tidak berpengaruh. Keadaan ini berbeza dengan negara-negara yang tidak mengamalkan sistem naugan yang terlalu mencengkam. Di negara-negara itu, rakyat berpengaruh membentuk pandangan umum yang tidak boleh dipandang sepi oleh pucuk pimpinan kerana jika pimpinan membelakangkan pandangan orang ramai, mereka boleh kerugian. Keadaan ini tidak wujud di negara-negara yang mengamalkan politik naungan, terutama sekiranya rakyat tidak mempunyai alternative kepada parti politik yang sediaada untuk mewakili mereka. Ini bermakna, dalam sistem serupa ini, seorang pemimpin yang hendak naik ke atas, tidak hanya boleh bergantung pada kelayakan dan kebolehan mereka. Mereka memerlukan ‘god-father’ baik individu yang mempunyai kuasa atau kumpulan individu yang berpengaruhi. Sekiranya, mereka mempuyai kaitan, mereka boleh ditaja untuk mendapatkan kedudukan dalam masyarakat. Jika tidak, mereka akan menggigit jari.

UMNO baru mempunyai kuasa ini dan ia boleh digunakan untuk mengukuhkan pengaruh mereka melalui berbagai sistem anugerah yang boleh diberikan oleh para pemimpinnya di berbagai peringkat-nasional, negeri, daerah/bahagian dan grassroot. Anugerah ini boleh digunakan untuk menarik sokongan dan menghukum mereka yang tidak atau enggan memberi sokongan. Mengambil kira faktor ini dan hakikat bahawa ‘ musoh-musoh’ UMNO baru yang ingin menghidupkan UMNO 46 tidak benar-benar menawarkan perjuangan alternative yang berbeza dengan yang cuba diberikan oleh UMNO baru, maka tidaklah keterlaluan jika disimpulkan sebahagian besar bangsa Melayu yang telah menyokong UMNO sebelum ia diharamkan, lambat laun akan mengalihkan sokongan kepada UMNO baru untuk mewakili kepentingan politik mereka. Berdasarkan borang-borang permohonan yang diterima oleh UMNO baru, jelas bahawa kesimpulan ini tidak jauh lari dari kenyataan. Mereka yang berusaha menghidupkan UMNO 46 sudah pasti tidak setuju dengan penilaian begini kerana mereka juga merasakan bahawa dalam pertemuan yang mereka adakan, mereka juga mendapat sokongan yang meluas daripada bangsa Melayu yang dulu menyokong UMNO.

Jika ini anggapan mereka, bermakna bahawa perbalahan pimpinan Melayu yang menganuti ideologi dan perjuangan yang sama, tetapi bertelagah kerana kuasa akan berpanjangan untuk beberapa ketika sehingga ada antara mereka mengangkat bendera putih. Oleh kerana perbalahan dalam UMNO melibatkan yang baru dan lama ini berkisar pada pimpinan, maka ada kalangan berpendapat bahawa ia tidak membahayakan perpaduan dan masa depan kuasa politik Melayu. Setidak-tidaknya ini lah pandangan bekas Setiausaha Agong UMNO, Datuk Seri Sanusi Junid yang mengibaratkan pertelagahan dalam UMNO sebagai pergaduhan silat pulut yang akan berakhir apabila perasaan marah di kalangan mereka yang terlibat hilang. Bagi Datuk Sanusi, dalam pergaduhan silat pulut, pihak-pihak yang berbalah biasanya berlawan bersungguh-sungguh setelah diikuti oleh perlawanan acah-acah. Tetapi apabila maghrib menjelang, kedua pihak akan menamatkan pergaduhan mereka dan bersalaman serta bermaafan.

Untuk menyokong pandangan beliau, Datuk Seri Sanusi berhujah sekiranya orang-orang Melayu dan pernah bergaduh dengan bukan Melayu (selepas zaman Jepun dan pada 13 Mei 1969) boleh berbaik-baik semula, inikan pula pergaduhan sesama sebangsa. Tetapi ada juga kalangan yang tidak setuju dengan pandangan Datuk Seri Sanusi itu. Mereka menganggapnya sebagai terlalu simplistik seolah-olah perbalahan dikalangan pimpinan Melayu dalam UMNO itu seolah-olah gambar hitam putih yang boleh diserahkan begitu saja kepada masa untuk disembuhkan.

Golongan ini menganggap seluruh episode yang membawa kepada kesengitan merebut kuasa pada pemulihan 24 April 1987 dalam UMNO sebagai sesuatu yang lebih serius yang boleh mengacam pangkalan kuasa (power base) dari segi jangka panjang. Golongan ini (antaranya termasuk ahli akademik Dr. Wan Hashim Wan Teh dari Universiti Kebangsaan Malaysia) menarik perhatian kepada perpecahan yang berlaku dalam UMNO dalam tahun-tahun lima puluhan apabila golongan ulamak meninggalkan parti itu untuk menubuhkan PAS. Perpecahan yang berlaku pada waktu itu, kata beliau, adalah berkekalan hingga hari ini. Tetapi persamaan antara apa yang berlaku pada tahun 1952 dengan 1988 ini sebenarnya tidak berapa tepat. Perpecahan ketika itu berkekalan kerana pimpinan Melayu yang mengasaskan PAS jelas menawarkan alternatif perjuangan yang berbeza. Perbalahan 1988 tidak. Antara Dr. Mahathir dan Tengku Razaleigh, tidak terdapat perbezaan perjuangan yang besar. Masing-masing ingin mengekalkan asas dan tujuan perjuangan UMNO. Perbezaan cuma dari segi personaliti yang nampaknya tidak cocok antara satu sama lain.

Dalam kata-kata lain, perbalahan personalliti, bukannya perbalahan dasar asas perjuangan. Lantaran itu, ada permerhati politik melihat bahawa pergolakan yang berlaku dalam UMNO itu tidak akan mengakibatkan perpecahan yang berkekalan di kalangan bangsa Melayu, atau mengakibatkan perpaduan Melayu terancam akibat pergolakan yang telah berlaku. Barangkali menyedari keadaan itulah yang telah mendorong Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Najib untuk menyatakan keyakinan bahawa UMNO baru merupakan satu-satunya wadah yang boleh mengembalikan perpaduan Melayu yang terjejas ekoran pemilihan 1987 itu. Bagi beliau, orang Melayu akhirnya nanti sedar bahawa hanya UMNO baru, sebagai waris kepada UMNO 46, telah menyelamatkan kuasa politik Melayu.

Bila kesedaran ini meluas, mereka ibarat orang sesat di hujung jalan akan kembali ke pangkal jalan dan memberikan sokongan kepada UMNO baru setelah mengetahui bahawa hanya ia sajalah yang boleh menjadi paying kepada perjuangan Melayu.

Pandangan Datuk Najib ini sendiri mungkin boleh dianggap simplistik, tetapi apabila mengambilkira bahawa alternatif bangsa Melayu kepada UMNO baru boleh dikatakan tidak ada, pendapat yang telah diutarakan itu munasabah bunyinya. Bagaimanapun sekiranya mereka yang ingin menghidupkan UMNO 46 benar-benar boleh menyediakan satu alternatif yang berwibawa bagi bangsa Melayu untuk mempertahankan kuasa politik mereka, ceritanya mungkin lain sedikit. Tetapi selagi mereka gagal menjadi satu tenaga yang benar-benar ingin menawarkan pilihan dan berjuang kerana kecewa setelah tidak mendapat tempat dalam UMNO baru, atau tidak sukakan Dr. Mahathir maka dalam keadaan itu, UMNO baru yang sudah terjamin kedudukan dan kekuasaan politik merupakan parti yang akan mendapat sokongan bangsa Melayu kerana mereka merasakan bahawa masa depan mereka adalah bersama UMNO baru.