Ahad, 31 Mei 2009

SIAPA CHIN PENG




Chin Peng
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Chin Peng

Chin Peng (lahir 21 Oktober 1924) ialah nama samaran Ong Boon Hwa, ketua Parti Komunis Malaya.

Bukan berasal dari China sebagaimana sangkaan ramai, Chin Peng adalah seorang Cina Kantonis yang dilahirkan di sebuah kedai kecil dua tingkat menjual basikal , di No. 36, Jalan Kampung Koh, Sitiawan yang terletaknya 50 kilometer dari barat daya bandar Ipoh, Perak. Beliau merupakan anak kedua daripada enam beradik yang hidup dalam kemiskinan. Ayahnya datang dari negara China dan kecewa akibat kemelesetan ekonomi 1930.

Buku memoirnya bertajuk "Chin Peng: Sejarah dari sebelahku" ("Chin Peng: My Side of history") diterbitkan di Singapura.


Kisah hidupnya

Semasa kecil Chin Peng minat sekali membaca bahan-bahan media cetak dan menyoroti perkembangan di negara China. Ketika itu berlaku pertikaian antara Chiang Kai Shek dan Mao Zedong. Tentera Jepun pula merampas Manchuria dan menguasai pedalaman China. Negara China merupakan tanah kelahiran bapa dan nenek moyangnya di kawasan Kwantung.

Semasa berumur 15 tahun, Chin Peng mempunyai perasaan yang dekat dengan nasionalis berpendidikan barat Ching Kai Shek yang menguasai kawasan selatan China dan Taiwan. Tapi buku kecil 'On Protacted War' karangan Mao Zedong mengubah pendiriannya kepada aliran komunisme. Tekadnya jelas untuk menentang Jepun yang kemudian menyerang Tanah Melayu tahun 1941.

Pada tahun 1940, beliau diterima untuk menyertai Parti Komunis Malaya iaitu satu cabang Parti Komunis China di seberang laut. Dia turut menyertai Force 136, satu pasukan bersenjata yang ditubuhkan oleh perisik British bagi menentang Jepun di Tanah Melayu. Ketika itu umurnya baru sahaja 18 tahun.

Chin Peng memimpin MPAJA atau Malayan People Anti Japanese Army, sebuah pasukan gerila bagi menentang Jepun. Tentera British (Pasukan Special Air Services dan MI6) yang diterjunkan di hutan Perak, telah memberi pelbagai senjata, kewangan, latihan dan pelbagai peralatan lain bagi memperlengkapkan Force 136 dan MPAJA. Tentera MPAJA pernah menyerang tentera Jepun di Sungai Perak berhampiran dengan tebing Pasir Salak pada tahun 1942.

Selepas Perang Dunia II, beberapa pihak yang berfahaman radikal dalam MPAJA telah bertindak keluar hutan untuk membunuh dan menyeksa mereka yang bersubahat dengan tentera Jepun dan tali barut British. Mereka turut membunuh pemimpin tempatan seperti para Penghulu dan para Imam kampung sebagai taktik memantapkan penguasaan mereka. Selain itu, puak radikal dalam MPAJA turut cuba merampas pentakbiran terutamanya di bahagian selatan Tanah Melayu. Tindakan puak yang didakwa radikal tidak pernah disekat oleh MPAJA. Ini kemungkinannya MPAJA sebenarnya sedang menilai kejayaan tindakan sedemikian. Membiarkan tindakan ahlinya bermaharajalela membunuh dan menyeksa penduduk sekali gus menunjukkan tindakan tersebut mendapat sokongan tersembunyi dari para pemimpin MPAJA.

Tindakan puak radikal dalam MPAJA ini telah menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu yang bangkit untuk menentang pihak komunis di bawah beberapa pemimpin seperti Panglima Salleh Selempang Merah. Akibat daripada tindak balas orang Melayu ini, Parti Komunis Malaya gagal merampas kuasa malah terpaksa meminta campur tangan Tunku agar mententeramkan orang-orang Melayu yang bangkit ketika itu.

Malah ada beberapa fakta yang menunjukkan bahawa beberapa pihak di dalam kelompok Melayu elit yang telah menghasut dan membangkitkan isu perkauman Cina/Melayu dalam usaha mereka mengekalkan kekuasaan mereka [perlu petikan]. Kelompok Melayu elit ini rata-rata amat mengharapkan agar pihak British akan datang kembali dan seterusnya membolehkan mereka bertapak kukuh di dalam urusan politik tempatan. Malah pihak-pihak ini juga menghasut agar beberapa individu dan pertubuhan dilabelkan sebagai puak kiri dan kemudiannya berjaya mengharamkan pertubuhan tersebut dan menangkap pemimpin-pemimpin dan ahli-ahlinya.

Kembalinya British dengan pentadbiran tenteranya (BMA) dalam tempoh yang singkat menyebabkan pihak Bintang Tiga tidak berjaya mengembangkan pengaruh mereka. Akibat kegagalan Bintang Tiga merampas Tanah Melayu dengan gerakan bersenjata, telah membawa kepada persetujuan pembubaran tentera MPAJA dan perletakan senjata api disamping pembayaran saguhati kepada gerila-gerila terbabit.

Atas jasanya terhadap perjuangan penentangan pendudukan Jepun, Chin Peng dijemput ke London untuk menerima medal 'Order of the British Empire ' kerana sumbangannya yang besar memimpin MPAJA dan Force 136 menentang Jepun. Tapi tekadnya untuk menubuhkan kerajaan komunis di Tanah Melayu dan menyingkirkan British dan akhirnya memerdekakan Malaya semakin membuak-buak selepas itu. Suasana aman dan maju di kota London meningkatkan azamnya untuk berjuang di dalam hutan Tanah Melayu.

Memimpin Parti Komunis Malaya

Ketika berumur 23 tahun, Chin Peng dilantik sebagai Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya menggantikan Lai Tek yang telah dibunuhnya di Thailand. Lai Tek adalah perisik tiga mata yang telah belot dan melarikan wang Parti Komunis Malaya .

Di bawah pimpinannya Parti Komunis Malaya semakin agresif dan militan dengan menyerang ladang-ladang, gudang getah, rumah asap dan rumah pengurus milik orang British di Tanah Melayu. Lantaran itu ahli PKM semakin menyanjung keberanian dan wawasan Chin Peng. Taktik ini membawa padah kepada Parti Komunis Malaya kerana tidak langsung diterima di kalangan orang Melayu.

Parti Komunis Malaya juga tidak mengamalkan athiesme. [perlu petikan] Walaupun prinsip utama komunisme yang ditulis oleh Karl Marx tidak mempercayai tuhan dan menyatakan bahawa agama itu adalah candu manusia, namun apa yang berlaku di Tanah Melayu pada waktu itu ialah mereka mengamalkan prinsip keagamaan seperti mana yang kita dapat lihat dalam salah seorang tokoh PKM iaitu Rashid Maidin, Abdullah C.D dan Suraini Abdullah. Mereka tetap mendirikan solat lima waktu seperti mana yang dituntut oleh agama Islam walaupun di dalam hutan semasa perjuangan[perlu petikan]. Mereka juga telah menunaikan ibadah haji. Sememangnya Rashid Maidin adalah seorang yang warak dan berilmu agama yang tinggi malah beliau juga mengajar cucunya dan beberapa budak-budak kampung membaca Al Quran dan Tajwid.

Ketika darurat, British dengan kerjasama golongan Melayu elit dengan melancarkan perang saraf iaitu propaganda melalui media massa untuk mempengaruhi fikiran orang-orang Melayu supaya mereka yakin bahawa Parti Komunis Malaya itu kejam dan tidak sesuai diikuti. Pengalaman orang-orang Melayu selepas Perang Dunia II dan taktik komunis yang membunuh beratus-ratus rakyat yang tidak berdosa menyebabkan kebanyakannya orang Melayu menolak cara ganas komunis. Perjuangan bangsa Melayu untuk mendapatkan kemerdekaan tanpa pertumpahan darah tidak disenangi komunis yang inginkan kuasa politik jatuh ke tangan mereka dengan cara menggunakan keganasan dan menanam rasa takut kepada rakyat amnya. Perjuangan komunis tidak boleh dianggap sebagai perjuangan untuk kemerdekaan kerana mereka hanya berjuang untuk kepentingan PKM dan bukan untuk kemerdekaan Malaya. Ini terbukti apabila mereka tetap meneruskan taktik ganas mereka walaupun selepas Malaysia mencapai kemerdekaan. Kemerdekaan terbukti boleh dicapai bukan dengan perjuangan pertumpahan darah dengan sia-sia tetapi dengan rundingan damai yang lebih berfaedah dan bermanfaat untuk semua pihak.

Perjanjian Damai

Akibat kesukaran dan kekurangan sokongan dari masyarakat, pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng telah meminta perundingan diadakan pada tahun 1955. Rundingan Baling diadakan di Sekolah Rendah Kebangsaan Tunku Putera, Baling pada tahun 1955. Tunku Abdul Rahman yang mendapati Chin Peng enggan menerima syarat pembubaran PKM dan enggan menyertai pilihan raya melalui parti lain sebagai syarat pengampunan, bertindak menolak tuntutan PKM agar dibenarkan bergerak sebagai sebuah parti politik yang sah.

Dengan keengganan Parti Komunis Malaya berdamai, Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka tanpa Parti Komunis Malaya. Parti Komunis Malaya yang lemah diasak semakin jauh ke dalam hutan sehinggakan kadang-kala tersingkir keluar dari Malaysia khususnya di sempadan Malaysia-Thailand.

Kemerosotan Komunis

Setelah keruntuhan komunis di Rusia dan runtuhnya Tembok Berlin di Jerman Timur tahun 1989, PKM semakin goyah. Satu perjanjian damai antara Kerajaan Malaysia, Kerajaan Thailand dengan Parti Komunis Malaysia telah ditandatangani di Haadyai pada 1989. Perjanjian ini dikenali sebagai Perjanjian Haadyai.

Selepas 1989, tiada ada lagi perjuangan bersenjata . Ahli PKM diterima sebagai warganegara Malaysia dan boleh kembali ke Malaysia. Walau bagaimanapun, pemimpin utama seperti Chin Peng dan Rashid Maidin hanya dibenarkan menetap di sebuah perkampung khas di Yala, Thailand.

Kembali ke Malaysia

Chin Peng sedang membawa kesnya di mahkamah Pulau Pinang agar dia diterima pulang ke Malaysia. Penerimaan Chin Peng kembali ke Malaysia ditentang hebat oleh ramai sanak saudara mangsa kekejaman Parti Komunis Malaya termasuk polis dan tentera yang cedera dan terkorban. Ini disebabkan Chin Peng merupakan orang yang bertanggung jawab dengan kegagalan Rundingan Baling dengan berkeras menuntut agar Parti Komunis Malaya diterima sebagai sebuah parti politik, walaupun telah ditawarkan pengampunan sebelumnya.

Jumaat, 29 Mei 2009

ISU CHIN PENG



Paparan petikan akhbar Berita Harian dalam minggu ini untuk renungan bersama.

Siapa memulakan :

Datuk Teng Hock Nan Pengerusi Parti GERAKAN P.Pinang.

Siapa Chin Peng :

Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya

Komunisme adalah ideologi politik dan struktur sosio ekonomi yang menggalakkan penubuhan masyarakat yang egalitarian, tanpa kelas, dan tanpa negara berdasarkan pemilikan dan kawalan sama ke atas faktor pengeluaran dan harta secara umumnya. Karl Marx menganjurkan komunisme sebagai peringkat akhir dalam masyarakat manusia, yang boleh dicapai melalui revolusi golongan proletariat. "Komunisme suci" menurut Marx merujuk kepada masyarakat tanpa kelas, tanpa negara dan bebas penindasan di mana keputusan tentang pengeluaran dan dasar yang dibuat secara demokratik bermakna membenarkan setiap ahli masyarakat mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan dari segi ekonomi, politik dan sosial.

Sebagai ideologi politik, komunisme dianggap sebagai satu cabang sosialisme; satu falsafah luas berkenaan ekonomi dan politik yang dipengaruhi oleh pelbagai gerakan politik dan intelektual dengan asalnya dari hasil kerja mereka pada Revolusi Perindustrian dan Revolusi Perancis. Komunisme cuba untuk memberi satu alternatif kepada masalah dalam ekonomi pasaran kapitalisme dan warisan penjajahan dan nasionalisme. Marx menyatakan hanya satu jalan untuk menyelesaikan masalah-masalah ini adalah bagi golongan pekerja (proletariat), yang menurut Marx adalah pengeluar utama kekayaan dalam masyarakat yang diekploitasi oleh kelas kapitalis (borjuis), menolak golongan borjuis ini daripada kelas pemerintah bagi menubuhkan masyarakat bebas tanpa pembahagian kelas dan kaum.

Selain Karl Marx, tokoh penting lain adalah Friedrich Engels. Fahaman dominan komunisme seperti Leninisme, Stalinisme, Moisme dan Trotskyisme]] adalah berakar dari Marxisme. Akan tetapi wujud juga fahaman bukan Marxisme dalam komunisme seperti komunisme Kristian. Dalam gunaan zaman moden, komunisme selalu merujuk kepada Bolshevisme atau Marxisme-Leninisme.

Era kegemilangan komunisme ialah antara akhir Perang Dunia II dan tahun 90-an apabila komunisme berkuasa di Kesatuan Soviet. Komunisme juga mempunyai pandangan agama adalah racun yang boleh mengongkong pemikiran rakyat.

Chin Peng tak dibenar pulang


PUTRAJAYA: Kerajaan tidak akan membenarkan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng, pulang ke Malaysia, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri menjelaskan, keputusan itu dibuat bagi mengelak timbul rasa tidak puas hati di kalangan anggota pasukan keselamatan dan keluarga mereka yang pernah menjadi mangsa kekejaman komunis ketika darurat.

"Kerajaan tidak akan benarkan Chin Peng balik ke Malaysia sebab ia akan menimbulkan rasa tak puas hati terutama kepada ahli keluarga mereka yang terkorban akibat kekejaman komunis pada waktu darurat dulu," katanya selepas mengumumkan pelantikan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Amirsham A Aziz sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), di pejabatnya semalam.

Beliau diminta mengulas laporan akhbar sebelum ini mengenai saranan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan, supaya Chin Peng dibenarkan pulang ke Malaysia.

Pada 30 April lalu, usaha terakhir Chin Peng @ Ong Boon Hua untuk mendapat pengisytiharan kebenaran masuk dan hidup di Malaysia gagal apabila Mahkamah Persekutuan menolak permohonannya.

Mahkamah turut mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan sebelum itu kerana Chin Peng gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri seperti arahan Mahkamah Tinggi bagi membuktikan dia berasal dari Malaysia dan dilahirkan di Sitiawan, Perak pada 1924 seperti didakwanya.

Saranan supaya Chin Peng kembali ke Malaysia dibantah pelbagai pihak termasuk persatuan bekas anggota tentera yang pernah bertempur dengan komunis ketika darurat termasuk yang kini cacat akibat jerangkap samar yang dipasang pengganas itu.

Kelmarin, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dilaporkan berkata kerajaan mengesan ada parti politik dan pertubuhan tidak berdaftar cuba menyebarkan ideologi komunis di negara ini dengan cara tersembunyi.

Beliau juga berkata, usaha membawa Chin Peng ke Malaysia perlu ditentang kerana ia akan membangkitkan kemarahan dan rasa tidak puas hati di kalangan keluarga lebih 50,000 anggota tentera dan polis yang terkorban menentang PKM ketika darurat.




DAP, PKR sokong hasrat Ching Peng mahu pulang

Oleh Nazura Ngah
nazura@bharian.com.my

Pembangkang minta diberi peluang atas dasar kemanusiaan

KUALA LUMPUR: Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP mahu bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng yang ingin kembali ke tanah air diberi peluang berbuat demikian atas dasar kemanusiaan.

Timbalan Presiden DAP, Dr Tan Seng Giaw, berkata walaupun banyak pihak termasuk beliau pernah merasai penderitaan akibat kekejaman komunis, kerajaan boleh memaafkan Chin Peng sekali gus membenarkan bekas pemimpin komunis itu pulang ke Malaysia.

Beliau turut menolak kemungkinan kembalinya Chin Peng menghidupkan kembali ideologi komunis di negara ini kerana ia sudah mengalami transformasi apabila hampir semua penduduk dunia tidak lagi menerima fahaman itu.

"Kita wajar mencontohi sikap bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela yang masih mampu memberi kemaafan walaupun pernah dikurung dan diseksa selama 27 tahun dengan isteri serta anaknya mati.

"Walaupun kekejaman komunis meninggalkan kesan mendalam kepada banyak pihak termasuk saya apabila pengetua sekolah dibunuh pada 1950-an, Chin Peng sudah tua dan wajar diberi peluang kedua," katanya.

Baru-baru ini, Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan meminta kerajaan membenarkan Chin Peng kembali ke Malaysia atas sebab kemanusiaan. Bagaimanapun, hasrat Chin Peng itu ditentang pelbagai pihak.

Sementara itu, Ketua Penerangan PKR, Tian Chua pula berkata, secara peribadi beliau mengharapkan hasrat Chin Peng itu dapat dipenuhi kerajaan atas dasar kemanusiaan kerana sesiapapun layak mendapat peluang kedua.

Beliau meminta semua pihak menilai kes Chin Peng sambil membuat perbandingan dengan kedatangan rakyat Jepun dan British ke negara ini.

"Adakah kedatangan orang Jepun akan membangkitkan kemarahan masyarakat yang menderita ketika penjajahan negara Matahari Terbit itu atau adakah kedatangan rakyat British akan mengembalikan penjajahan oleh negara berkenaan," katanya.

Tian Chua turut mempertikaikan kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa ada parti politik dan pertubuhan tidak berdaftar cuba menyebarkan ideologi komunis.

Sementara itu Ahli Jawatankuasa DAP Pusat, Ronnie Liu, berkata Chin Peng perlu dibenarkan menziarahi ahli keluarga terlebih dulu yang menjadi tradisi kaum Cina sebelum dibenarkan menetap di Malaysia.

Katanya, jangan membuat tanggapan lebih awal sebelum Chin Peng kembali ke tanah air kerana bekas pemimpin komunis itu wajar diberi peluang kerana usianya yang lanjut.

"Kita tidak perlu bimbang kehadirannya di negara ini kononnya akan membangkitkan semula fahaman komunis kerana masyarakat sudah menolak ideologi itu dan menerima sepenuhnya prinsip demokrasi negara, malah ideologi itu sudah lama mati," katanya.


ONJINING (kanan) dan Ahmed menunjukkan kaki palsu selepas kehilangan sebelah kaki akibat terpijak jerangkap samar ketika operasi menentang komunis.

Berkaki palsu 'tanda mata' sertai operasi perangi PKM




KOTA KINABALU: Tiada siapa berhak mempersoalkan luahan kebencian veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Onjining @ Christopher Jopinol, 52, terhadap kekejaman komunis - musuh negara yang memaksanya menggunakan kaki palsu sejak 23 tahun lalu.

"Kaki palsu inilah 'tanda mata' komunis ketika saya menyertai operasi menentang komunis di sempadan Malaysia-Thailand dekat Gubir, Kedah pada Jun 1985.

"Betis kanan saya putus akibat terpijak jerangkap samar dipasang komunis. Tiga bulan saya terlantar di hospital dan kini terpaksa menggunakan kaki palsu untuk berjalan."

Gerakan sebar ideologi komunis dikesan


SUBANG: Kementerian Pertahanan mendedahkan ada parti politik dan pertubuhan yang tidak berdaftar cuba menyebarkan ideologi komunis di negara ini dengan cara tersembunyi.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata walaupun beliau tidak dapat menyatakannya secara khusus, mengakui ada gerakan yang cuba menghidupkan ideologi itu.

"Atas sebab itu, Kementerian Pertahanan mendapati adanya usaha berbaur komunis yang cuba dihidupkan golongan tertentu.

"Kami sentiasa memantau perkembangan yang boleh menggugat keamanan negara. Sekiranya ada usaha ke arah itu (menyebar ideologi komunis), kami bersama polis akan mengambil tindakan sewajarnya," katanya selepas lawatan rasmi ke Pangkalan Tentera Udara Subang di sini, semalam.

'Tiada sebab bawa pulang Chin Peng'


SUNGAI MANIK: Adik seorang bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) menentang hasrat bekas Setiausaha Agung parti itu, Chin Peng untuk pulang ke tanah air kerana bimbang 'luka lama akan berdarah kembali'.

Datuk Mohd Yusoff Madin, 83, adik kepada Rashid Maidin yang juga bekas Pengerusi PKM berkata, tidak ada sebab kukuh untuk memberi laluan kepada Chin Peng pulang menghabiskan sisa hidupnya di negara ini.

“Saya menentang sekeras-kerasnya usaha membawa balik Chin Peng dan meminta kerajaan tegas menolak permohonannya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Bandar Desa Chenderong Balai di sini, semalam.

Mohd Yusoff yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Manik selama tiga penggal (1974-1986) melahirkan rasa bimbang sekiranya Chin Peng dibenarkan pulang ke tanah air akan tercetus kejadian tidak diingini.

“Chin Peng harus sedar dia bukanlah wira negara... kita tidak mahu kehadirannya di negara ini kerana akan timbul perbalahan kaum," katanya.

Beliau berkata, abangnya Rashid Maidin sendiri tidak pernah memohon untuk kembali ke Malaysia selepas PKM dibubarkan sebaliknya beliau memilih menetap dan meninggal dunia di Selatan Thailand pada 2006.

"Abang saya hanya pulang ke tanah air beberapa hari kerana untuk menziarahi anak-anak dan kaum keluarga terdekat selepas mendapat izin Kementerian Dalam Negeri.

"Kali terakhir Abang Rashid pulang ke tanah air ialah pada 2004 dan berada di rumah saya beberapa hari dan tidak lagi datang ke negara ini sehinggalah beliau meninggal dunia di Thailand pada 2006 ketika usia 89 tahun," katanya.

Mohd Yusoff yang mempunyai 10 anak, 26 cucu dan tiga cicit yakin kerajaan tidak akan tunduk kepada rayuan supaya Chin Peng dibenarkan pulang kerana menyifatkannya sebagai pengkhianat negara yang menyebabkan beribu nyawa terkorban.

Sementara itu, anak sulung bekas penentang PKM, Komunis Bintang Tiga Sungai Manik, Normah Sulaiman, 59, turut meminta kerajaan tidak membenarkan Chin Peng pulang ke negara ini.

Ibunya, Yon Sopi yang meninggal dunia pada 1994 adalah antara wanita yang menentang kezaliman Komunis Bintang Tiga memerintah Sungai Manik selama 15 hari 15 Malam pada 1945.

"Saya banyak mendengar kisah sedih, menyayat hati diceritakan ibu saya yang bangkit berjuang menentang Bintang Tiga ketika ibu belum berkahwin," katanya ketika di temui di rumahnya di Kampung Chikus di sini.

"Kehadiran semula Chin Peng ke negara ini akan menghidupkan semula rasa sakit hati dan benci yang membakar semangat waris mangsa kekejaman komunis," katanya.

Normah yakin sekiranya ibunya masih hidup beliau pasti akan menentang hasrat Chin Peng kembali ke negara ini.

Dosa bekas pemimpin PKM tak boleh dimaaf: Rais


KUALA LUMPUR: Tiada ruang buat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng untuk kembali ke negara ini kerana dosa dilakukannya terhadap pembunuhan beribu-ribu rakyat negara ini tidak boleh dimaafkan.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata pemimpin yang melahirkan perasaan simpati terhadap Chin Peng perlu mengemukakan pendirian secara jelas tanpa berselindung di sebalik tabir politik kepartian.

“Chin Peng dan komunis yang membunuh rakyat negara ini dan tidak ada tempat bagi kita untuk bermuafakat atau bersimpati kepadanya.

“Komunis tidak boleh diberi tempat di negara ini. Kita tidak boleh mendewakan komunis, ribuan yang sudah mati di tangan komunis. Usah mengeluarkan kenyataan yang boleh merosakkan pemikiran rakyat,” katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan pegawai kanan kementeriannya di sini, semalam.

Dr Rais berkata, beliau akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam usaha memantau dan mengawal perkembangan laman blog yang menyokong komunis serta cuba menanam semangat komunisme di kalangan masyarakat di negara ini.

Katanya, beliau akan mengemukakan kepada Kabinet mengenai kemunculan beberapa laman blog dilihat memberi pujian atau melahirkan nostalgia kepada komunis dan maklumat diperoleh mengenai perkara itu akan disalurkan kepada KDN.

“Mengenai kemunculan blog dilihat menyokong komunis, kami akan cari jalan untuk menanganinya, langkah tak perlu cakap, semuanya sudah diatur dan kesannya nanti saya percaya akan memberi pandangan yang membina supaya komunisme tidak menjadi kegilaan atau diminati mana-mana generasi.

Usaha bawa Chin Peng pulang mesti dihalang


SEREMBAN: Kementerian Pertahanan menentang sebarang usaha membenarkan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng, kembali ke negara ini kerana tindakan itu akan menghiris perasaan anggota pasukan keselamatan negara.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata tindakan itu juga akan membangkitkan kemarahan dan perasaan tidak puas hati di kalangan anggota keluarga lebih 50,000 anggota tentera dan polis yang terkorban menentang PKM ketika zaman darurat.

"Jika diberi pengiktirafan terhadapnya (membenarkannya kembali), rasa terhiris dan kelukaan itu pasti akan lebih dirasai. Ini bukan sentimen perkauman, tetapi rasa patriotisme yang tertanam dalam jiwa anggota tentera yang sudah bersara atau masih bertugas.

Usah layan desakan benar Chin Peng pulang'

JASIN: Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Melaka meminta kerajaan mengenepikan desakan Parti Gerakan Pulau Pinang supaya bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng dibenarkan pulang ke Malaysia atas sebab kemanusiaan.

Desakan itu seolah-olah mahu mencabar sikap keterbukaan kerajaan selain jelas membelakangkan aspirasi dan kepentingan Barisan Nasional (BN) selaku parti yang memerintah negara ini.

Sambil menyatakan rasa kecewa dengan desakan terbabit, Yang Dipertua PBTM Cawangan Melaka, Datuk Wira Ahmad Hamzah, mahu kerajaan tidak melayan desakan seperti itu yang seolah-olah merestui tindakan jahat Chin Peng terhadap rakyat di negara ini pada tahun 50-an.


Chin Peng bawa sengsara'

Oleh Adha Ghazali, Nahar Tajri, Khairul Azran Hussin dan Nik Sukry Ramli
bhnews@bharian.com.my

Raja Muda Perlis kecewa ada pihak mahu bawa musuh pulang

KUALA LUMPUR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Syed Sirajuddin Jamalullail kecewa dengan tindakan segelintir pihak yang berhasrat membawa pulang bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng ke negara ini.

Baginda yang juga Komander Rejimen 504 Askar Wataniah, bertitah, tindakan sedemikian tidak boleh diterima kerana kepulangan Chin Peng akan menyebabkan luka lama yang dialami kesan tindakan PKM berdarah kembali.



"Beta kecewa kerana ada pihak sanggup berusaha termasuk meminta kerajaan menimbangkan hasrat membawa pulang musuh negara seperti Chin Peng. Terlalu banyak sengsara dan derita dialami rakyat dan anggota keluarga pasukan keselamatan yang cedera dan terbunuh ketika darurat dulu.

"Malah, segala pengorbanan dan penderitaan yang dialami demi memastikan negara pada tahap sekarang, bukan mudah dilupakan," titah baginda sempena perasmian Majlis `Walk In Through Snake' di Taman Ular dan Reptilia Perlis (Turp) di sini, semalam.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Ahmad Atory Hussain, berkata keikhlasan Chin Peng untuk kembali ke negara ini boleh dipersoalkan kerana beliau pernah ditawarkan menyerah diri dan tinggal di Tanah Melayu pada 1955.

"Ketika itu, Chin Peng enggan meletakkan senjata kerana yakin dengan kekuatan dan pengaruh PKM. Selepas gagal mencapai persetujuan dalam perjanjian itu, kerajaan mengisytiharkan PKM musuh nombor satu negara dan usaha membanteras ideologi mereka dipergiatkan," katanya.

Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, ada dua isu penting perlu diambil kira dalam melayan desakan pihak tertentu untuk membawa balik Chin Peng.

Katanya, isu pertama yang perlu diberi pertimbangan ialah faktor kemanusiaan terhadap bekas pemimpin PKM itu dan isu kedua pula membabitkan isu kemanusiaan mangsa kekejaman pengganas komunis.

"Kedua-dua isu ini perlu dilihat dari aspek berbeza.. jika kita mahu fikirkan isu kemanusiaan Chin Peng, kita juga perlu lihat isu kemanusiaan rakyat yang terkorban ketika zaman darurat. Semestinya, isu kemanusiaan rakyat ini wajar diberi keutamaan," katanya.

Saranan supaya Chin Peng dibenarkan kembali ke Malaysia dibuat Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan dan pemimpin parti DAP dan Parti Keadilan Rakyat selepas usaha terakhir bekas pemimpin PKM itu melalui mahkamah, gagal.

Di ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak turut menyatakan sokongan terhadap pendirian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk tidak membenarkan bekas pemimpin PKM itu kembali ke tanah air.

Selasa, 26 Mei 2009

YANG BERHORMAT TURUN PADANG

Apabila Yang Berhormat Dato' Ketua UMNO Bahagian Puchong yang juga ADUN Sri Serdang dan sekarang telah dilantik sebagai Setiausaha Perhubungan Negeri Selangor tidak turun padang selama ini telah terjawab pada ucapan beliau di satu majlis penghargaan Veteran UMNO yang setia berjuang.

"Saya menyepi kan diri selama setahun dua bulan bukan bererti saya tidak melakukan sebarang perjuangan namun ia di gunakan untuk muhasabah diri bersama ahli parti yang lain"kata ADUN Sri Serdang Dato' Dr.Mohammad Satim Diman ketika di temubual oleh wartawan Sinar Harian Nur Farhana Abd Manan.
(berita penuh sila lihat Harian Sinar bertarikh 26 Mei 2009)

24 Mei 2009 (Ahad) jam 9.00 malam Program turun padang pertama diadakan,program tersebut diadakan di Pusat Daerah Mengundi Puchong Permai.

Sila ke arkib untuk melihat foto.
..........................................................................................................................................................................
nota kaki :
cmk di faham kan program turun padang ini akan di teruskan dari masa ke masa,setiap PDM diwajibkan mengada program seperti ini.

Bagus lah tu cmk berharap bukan saja YB Dato' seorang saja yang turun padang, yang terpilih,dipilih oleh ahli ahli, oleh YB Dato' Ketua Bahagian tu sama sama lah ikut ye.

Bukan apa cmk dengar macam macam cerita di bawah ni, nak jawatan sampai paksa paksa semacam ada kumpulan halia pulak dah dapat tak nampak batang hidung, ni yang susah ni kalau diberi jawatan bukan pada orang tak ada semangat juang akhirnya UMNO jadi tohmahan, cacian pada hal yang buat hal segelintir pemimpin yang tidak tahu menjalankan tanggung jawab nya yang mementing kan diri and the geng nya saja.

cmk nak beri tahu pada semua ya!!!!! UMNO tetap relevan untuk bangsa melayu, yang menjahanam kan UMNO bukan parti yang bersaing dengan nya tetapi yang menjahanam kan UMNO ada lah pemimpin UMNO itu sendiri,fikir fikir lah.

..........................................................................................................................................................................

Kata kata Pemimpin :

"Yang penting ialah UMNO. Kita tidak tubuhkan UMNO untuk memberi tempat kepada oarang-orang tertentu. Mereka cuma dipilih menjadi pemimpin kerana perjuangan UMNO tidak akan berjaya jika tidak berketua. Rakyat menubuhkan UMNO dan memberi kuasa kepada pemimpin kerana matlamat-matlamat tertentu"

Ucapan Tun DR.Mahathir Mohamad semasa beliau menjawat jawatan Presiden UMNO
di Perhimpunan Agung UMNO yang ke 35 di Hotel Hilton Kuala Lumpur pada hari Jumaat 25hb Mei 1984 bersamaan 24hb. Syaaban 1404jam 9.30 pagi





Ahad, 24 Mei 2009

MAJLIS MESRA BERSAMA PEMIMPIN 1

Program : Majlis Mesra Bersama Pemimpin
Tarikh : 24.05.2009
Tempat : PDN Taman Puchong Permai Puchong Selangor
Pemimpin : YB.Dato Haji Mohammad Satim Diman
Ketua UMNO Bahagian Puchong,Setiausaha Perhubungan N.Selangor,
Ahli Dewan Undangan N.Selangor Kaw. Sri Serdang.

Majlis diadakan bertujuan memperingati ahli ahli veteren yang masih setia kapada parti dan ramai berharap program program seperti ini diadakan supaya imej UMNO dapat di gilap semula.

















Jumaat, 22 Mei 2009

ALBUM BRAINSTORMING

UMNO BAHAGIAN PUCHONG SELANGOR
08 Mei 2009














BRAINSTORMING UMNO BAHAGIAN PUCHONG SELANGOR

Brainstorming ini telah diadakan di Hotel Malaysia Air Keroh Melaka telah dirasmikan oleh YB.Dato' Haji Mohammad Satim Diman selaku Ketua UMNO Bahagian Puchong dan perserta terdiri daripada Pemimpin Pemimpin UMNO Bahagian.

Khamis, 21 Mei 2009

MEMBENTUK MASA DEPAN NEGARA BANGSA

PENDAHULUAN

Pembinaan negara bangsa adalah menjadi cita cita bangsa sesebuah negara yang mempunyai berbilang bangsa seperti negara kita.Dalam menghadapi abad ini,cabaran utama untuk mewujudkan negara bangsa yang mampan adalah untuk mengharungi ere globalisasi yang melanda seluruh dunia.

UMNO PENERAJU PATRIOTISMA BARU

Sistem berpolitik di Malaysia kini memberikan ruang yang begitu luas kepada pelbagai kaum untuk mengaambil bahagian dalam politik,ekonomi dan sosial. Kerajaan bertanggungjawab terhadap kedaulatan perlembagaan, undang undang, pertahanan,kemakmuran,kesejahteraan dan melindungi hak hak asasi rakyak.Pembentukan sistem pemerintahan itu ditentukan oleh rakyat menerusi hasil daripada pilihan raya.Ertinya rakyat mempunyai kuasa untuk menentukan parti politik manakah yang layak diberikan mandat untuk memerintah berasaskan sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan sekarang.

KENAPA MELAYU SEBAGAI PENERAJU PATRIOTISME?

Sejarah membuktikan bahawa perjuangan mendapatkan kemerdekaan telah dipelopori oleh orang orang melayu.Hakikat ini sudah dibuktikan berdasarkan gerakan kemerdekaan sejak tahun 1930an lagi.Isu isu penindasan penjajah dan layanan yang buruk terhadap orang melayu memang diketahui umum.Oleh sebab itu menjadi tanggungjawab bersama khususnya orang orang Melayu untuk bersatu bagi mempertahankan mendukung kemerdekaan dan kedaulatan negara,negeri negeri dan Raja berperlembagaan adalah selaras dengan mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatannya.

Disamping itu,menegak,mempertahan dan mengembangkan Islam sebagai agama rasmi negara merupakan satu kewajipan mutlak. Ini diikuti pula dengan mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dalam sistem pemerintahan demokrasi bagi memajukan bumiputra.Perjuangan ini diikuti pula dengan memajukan bahasa kebangsaan dan kebudayaan kebangsaan yang berteraskan kebudayaan Melayu.

Perjuangan ini berjaya dilakukan oleh UMNO dengan kerjasama parti parti politik yang sebaris dengannya. Dengan jumlah keahliannya lebih kurang 4 juta, UMNO pasti mampu untuk mengekalkan rekod kecemerlangan itu sebagai peneraju atau pelopor patriotisma bangsa Malaysia moden. memang diakui terdapat beberapa krisis dalaman UMNO tetapi berkat kebijaksanan, perpaduan dan kerjasama rakyat masalah tersebut dapat di atasi. Apa yang penting disini bukanlah individu atau kelompok tetapi mertabat dan perjuangan bangsa Melayu. parti adalah landasan perjuangan bagi memenuhi kehendak ahli ahli terbanyak dan rakyat seluruhnya.

Walau apa sekali pun imej suram yang di gambarkan dalam pilihan raya 2008, hakikatnya UMNO masih tetap releven dengan slogannya "Dahulu Kini Dan Selamanya". Parti ini sentiasa mengambil tahu dan mengutamakan rakyat dalam pembagunan dan dasar dasar awam. Perjuangan bagi mengatasi masalah kemiskinan terus berkesinambungan. Orang Melayu perlu dibantu dalam pelbagai bidang terutama dalam ekonomi dan pendidikan.Jurang pendapatan dan pencapaian pendidikan masih lagi luas.Tuntutan orang orang Melayu untuk mendapatkan 30% dalam kekayaan negara masih lagi menjadi agenda isu dalam pembangunan.

BAGAIMANA KALAU UMNO KEHILANGAN KUASA

Dalam suasana politik semasa, ternyata sekali UMNO masih lagi kuat dan memperlihatkan keunggulannya. Walau bagaimana pun kekuatan dan memperlihatkan keunggulannya. Walau bagaimana pun kekuatan ini akan berakhir jika semua ahli UMNO mangabaikan tanggungjawab, terutama pemimpin pemimpin nya yang asyik mengejar kekayaan dan sering berebut jawatan. Apabila amanah agama,negara dan bangsa diketepikan tunggulah kehancurannya. UMNO sepanjang sejarahnya tidak akan hancur dari serangan luar tetapi tidak bertenaga dan layu akibat percakaran pemimpin pemimpin UMNO sendiri.

Generasi muda dalam UMNO perlu diberikan tempat dan pengiktirafan kerana mereka adalah pewaris pemimpin pada masa depan. Kewujudan pemimpin pemimpin muda ini tidak di senangi oleh pemimpin pemimpin lama yang ingin mengekalkan kedudukan mereka. Oleh sebab itu peraturan peraturan parti perlulah di pinda bagi membolehkan mereka bergerak aktif dalam parti. Kewujudan Putri UMNO dapat di jadikan contoh terbaik bagi keperluan tersebut.

Jika UMNO kehilangan kuasa maka ini akan membawa padah kerana untuk mendapatkan semula kuasa tersebut adalah sukar. Kejatuhan kerajaan Melayu Melaka di tangan Portugis adalah satu contoh kelasik. Parti parti pinggiran yang bersaing dengan UMNO yang mendukung nilai nilai Islam dan kebangsaan Melayu tidak boleh diharapkan. Dari itu ahli ahli UMNO perlu mengatasi "serangan ramalan" kehancuran. Pada tahun 1964 dahulu Lee Kuan Yew meramalkan kepemimpinan Melayu hanya boleh bertahan selama 30 tahun sahaja. Beliau membandingkan statistik keanggotaan ahli ahli Dewan Rakyat ketika itu. Pandangan beliau meramalkan sesuatu peradaban itu akan hanya kekal selama 120 tahun sahaja. Bagaimana dengan ramalan kedua itu? Masa akan menentukannya.Ahli ahli UMNO perlu berwaspada dan terus bekerja.

APAKAH KEISTEMEWAAN PERJUANGAN MELAYU?

Hak hak keistimewaan orang Melayu di dalam perlembagaan tidak harus dilihat secara fizikal sahaja.Orang orang melayu mempuyai keperibadian yang unik.bersepadu dan berbudaya tinggi.Keperbibadian mereka boleh menerima adaptasi dan asimilasi bangsa lain yang wujud di Malaysia. Budaya Melayu lebih lebih bersifat "budaya serumpun" bukannya bersifat :multi culture and multi language". Oleh itu dasar kebudayaan kebangsaan 1971 dibentuk berteraskan budaya Melayu yang bersifat lebih terbuka berbanding bangsa bangsa lain. Suasana sedemikian inilah yang menyebabkan lahirnya pejuang pejuang bangsa Melayu yang lebih perhatin terhadap kesinambungan sejarah bangsanya sendirinya. Apabila kekuasaan Melayu itu sudah terhakis akan muncullah pejuang pejuang radikal yang kehilangan matlamat perjuangan bangsa. Mereka sudah kehilangan budayanya sendiri.

cmk
.....................................................................................
Nota kaki :-
Malam kemarin cmk ke Puchong Permai berjumpa dengan geng geng politik bersembang2 hal hal politik le, biasalah orang politik kalau berjumpa bersembang kalau tak pukul 3 pagi tak sah.

Apa yang cmk diberitahu bahawa ada 1 program akan di adakan di Taman Puchong Permai
kalau tak silap pada 24hb. may ni, bagus le kalu macam tu masa pemilihan lepas bukan main meriah kali lepas je senyap sunyi sepi entah kemana hilangnya semua pemimpin pemimpin bahagian ni,adakah mereka terfikir bagaimana nak menarik balik ahli ahli UMNO yang telah berkiblat kelain seperti memujuk ke mereka mereka itu balek kepangkal jalan kerana ini amat penting kerana apa cmk kata penting kerana yang keluar tu ramai yang baru tidak menambah kerana ketua ketua tidak ada usaha menambah ahli.takut menambah ahli takut fasal apa tst le.

Setakat ini lah saja buat masa ini dan jumpa lagi dengan satu cerita baru di Puchong ni cerita orang politik le, ia itu kemunculan kumpulan jaket hitam ni yang di perkata di peringkat akar umbi mereka tertanya tanya siapakah mereka ini, nantikan cmk dapat kan ceritanya.



Selasa, 19 Mei 2009


Potret Tun Dr.Mahathir Mohamed
Perdana Menteri Malaysia Keempat.

UMNO ATAU PAS

MENOLAK UMNO BERERTI MENOLAK ISLAM

Surah Al-Hujarah ayat 9:

Bermaksud:

Dan jika ada dua golongan dari orang orang mukmin berperang maka damai kan lah antara kedua nya. Jika salah satu dari kedua golongan itu berbuat aniaya terhadap golongan yang lain maka perangi lah golongan yang berbuat aniaya itu sehingga golongan itu kembali kepada perintah Allah; jika golongan itu telah kembali (kepada perintah Allah),maka damai kan lah antara kedua nya dengan adil dan berlaku adil lah. Sesungguhnya Allah menyukai orang orang yang berlaku adil.

Secara ringkas pengajaran dari ayat di atas boleh di bahagikan secara berikut:

1. Damai kan golongan orang mukmin sekiranya mereka bertelagah.
2. Golongan yang berbuat aniaya iaitu golongan yang melanggar perintah Allah perlu
di perangi sehingga mereka kembali ke jalan Allah.
3. Setelah mereka kembali,maka perdamai kan kedua golongan itu semula.

Dalam menghayati ayat di atas sudah tentu kita akan sedar bahawa umat Islam (Melayu)di Malaysia sudah terbahagi kepada dua kumpulan atau golongan iaitu UMNO dan PAS. Walau pun pada saad dan ketika ini belum terjadi peperangan namun kita sebagai mukmin sejati harus berusaha untuk mendamaikan kedua golongan agar perpecahan ini tidak memuncak sehingga berlaku peperangan dan pembunuhan sesama umat islam. Pada masa yang sama perlulah kita menentukan siapakah yang berbuat aniaya.

SIAPAKAH BERBUAT ANIAYA?

Iaitu Tidak Menjalankan Perintah Allah.

Tuduhan parti PAS bahawa UMNO menolak dan menentang Islam terutama dalam isu hukum perundangan dan siasah Islam adalah palsu,semata mata dengan niat yang jahat untuk menjatuhkan UMNO dan mengambil alih tempat UMNO sebagai Parti Politik Utama, orang orang Islam.Perbuatan PAS ini ada lah perbuatan zalim dan amat dilarang di dalam Islam dan boleh di kenakan hukuman yang tersangat berat.

UMNO sebagai parti siasah Bangsa Melayu - perlu akur kepada kehendak ahli ahli dan penyokongnya ia itu Bangsa Melayu. Melalui usaha UMNO jua lah orang Melayu lebih memahami Islam di masa kini,dan sudah ada bukti orang Melayu inginkan negara Islam dan perundangan Islam. Adalah mustahil bagi UMNO sebagai parti siasah setelah menanam minat Islam kepada pengikut nya,kemudian tidak akur kepada kemahuan mereka.

Selama 42 tahun selepas merdeka,UMNO tidak pernah mengisytiharkan bahawa parti itu menolak Islam termasuk hukum perundangan Islam dan siasah Islam. Tetapi yang jelas semua bentuk pentadbiran dan peraturan kerajaan adalah berdasarkan prinsip Islam.Nilai Islam telah banyak di serap kan ke dalam sistem pemerintahan dan pengurusan kerajaan. Banyak kemajuan telah dibuat di dalam Pendidikan Islam. Ekonomi Islam, pembangunan Umat Islam. Dakwah Islam dan Perundangan Islam.

Ingatlah kita tidak boleh membuat sebarang keputusan dengan cuma berdasarkan kepada syak wasangka atau sesuatu tuduhan yang belum ada buktinya. Menurut Rasulullah SAW:

Bermaksud :

Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Awaslah kamu daripada sangka sangka,kerana sangka sangka itu sedusta dusta berita.

(Bukhari,Muslim)

Sebaliknya sebagai orang Islam, kita memang di galakkan oleh Al Quran untuk selalu berfikir dan perlu bersikap rasional dalam membuat sesuatu keputusan. Seterusnya bagi menentukan siapakah yang berlaku aniaya, kita perlu melihat perkara perkara berikut:

- Jasa UMNO kepada Islam
- Kewajipan menjalankan agama menurut kadar
- Kemampuan manusia
- Kebebasan beragama
- Hak orang kafir
bersambung............

Catatan :
Tulisan ini cmk petik dari buku: UMNO atau PAS yang ditulis oleh Abu Muhammad Fariz Al Hussainiah yang mana nama sebenar beliau ialah Haji Zulkifli Bin Haji Hussain.
Buku ini di terbitkan pada tahun 1999.

Tahniah buat YB.Dato Dr. Hj Mohammad Satim Diman Ketua UMNO Bahagian Puchong / ADUN Selangor Kaw. Puchong kerana telah dilantik sebagai Setiausaha Perhubungan N.Selangor.
Semoga beliau diberi kesihatan yang baik supaya beliau dapat berkerja untuk UMNO dan rakyat.

cmk tabik spring pada my boss ini,orang Puchong amat merindui mu.

Tak lupa juga tahniah buat rakan rakan terutama yang terpilih di pemilihan yang lepas dan khas buat Ramli Simbok Ketua Penerangan Bahagian Puchong,cmk harap beliau dapat turun padang memberi penerangan isu isu semasa, begitu juga Awi yang terpilih sebagai Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda,Pn.Hasnah Ketua Penerangan Perg. Wanita dan Salina Ketua Penerangan Perg. Puteri.

cmk

Wanita Wawasan Part 2






Tarikh : 17.05.2009
Tempat : Taman Wawasan Pusat Bandar Puchong Selangor.
Majlis : Sambutan Hari Ibu 2009

Wanita wawasan di Pusat Bandar Puchong telah mengadakan Majlis Hari Ibu,berbagai acara diadakan.

Isnin, 18 Mei 2009

Sambutan Hari Ibu 17.05.2009










Wanita wanita
Wawasan berpesta di
Tmn Tasik
Wawasan Pusat Bdr Puchong Sel.

Khamis, 14 Mei 2009

1946 - 2009 UMNO 36 TAHUN

Potret Tun Hussein Onn,Perdana Menteri Malaysia Ketiga

Sejarah Penubuhan UMNO.

Piagam UMNO telah dibentangkan dalam mesyuarat penubuhan UMNO di Johor Baru ,dimana 29 wakil badan gabungan telah menandatangani piagam itu,Manakala 11 buah lagi badan gabungan telah tidak hadir,bagaimana pun mereka yang tidak hadir telah menandatangani Piagam tersebut dalam Majlis Mesyuarat Agung ke 3 di Ipoh Perak.