Sabtu, 18 Julai 2009


APAKAH JENIS PEMIMPIN ANDA/ANDA SEBAGAI PEMIMPIN

1. AUTOKRAT
>Kurang mempercayai ahli-ahli kumpulan.
>Hanya mempercayai ganjaran yang berupa kebendaan sahaja yang boleh memberi dorongan kepada orang.
>Perintah yang dikeluarkan mesti dilaksanakan tanpa sebarang persolanan.

2. BENEVOLENT AUTOKRAT
>Memberi perhatian kepada pengikut-pengikutnya.
>Memberikan tanggapan bahawa ia saorang demokratik.
>Sentiasa membuat keputusan sendiri

3. DEMOKRAT
>Membuat keputusan bersama dengan ahli kumpulan.
>Menerangkan sebab-sebab keputusan yang dibuat sendiri kepada kumpulan.
>Menyampaikan pujian dan kritikan secara kolektif.

4. LAISSEZ-FAIRE
>Tidak mempuyai keyakinan terhadap kepimpinan sendiri.
>Tidak menetapkan matlamat untuk kumpulan.
>Komunikasi dan interaksi antara kumpulan dikurangkan.

NASIONALIS YANG SEBENAR


Untuk renungan bersama pendukong UMNO

Ucapan Tun Dr. Mahathir Mohamad
5 September 1997

NASIONALIS YANG SEBENAR
Nasionalis yang sebenar ialah mereka yang berusaha supaya bangsa mereka maju dan mampu bersaing dengan jayanya dengan orang yang maju. Nasionalis yang sebenarnya ialah orang yang di hormati kerana ia daripada bangsa yang berjaya, yang boleh mengalahkan orang lain dalam apa bidang sekalipun. Nasionalis yang sebenar ialah orang yang dapat menentukan melalui kecemerlangannya bangsanya dihormati dan disanjung tinggi.
Penguasaan bahasa lain tidak akan menjadi kita kurang nasionalis atau kurang patriotik daripada nasionalis yang hanya menguasai bahasa sendiri. Jika kerana berjuang untuk menebus maruah bangsa, kita menguasai bahasa dan kita menguasai ilmu yang diterokai dalam bahasa itu, kita tidak akan menjadi kurang nasionalis dan kurang patriotik daripada nasionalis yang hanya boleh bertutur dalam bahasa sendiri dan tidak mempuyai ilmu yang boleh menyumbang kapada penebusan maruah bangsa. Sebenarnya mereka yang menguasai bahasa lain dan ilmu-ilmu tertentu jauh lebih nasionalis daripada mereka yang hanya mampu memekik-mekik kebangsaan mereka.
Dalam usaha kita menebus maruah bangsa, amatlah penting kita mengejar ilmu dalam apa juga bahasa. Jika kita perlu menyediakan masa yang cukup untuk maksud ini, maka hendaklah kita sanggup menyediakannya. Kerajinan, ketekunan dan kesabaran atau masa adalah perlu untuk menutut sesuatu. Jika kita berbuat demikian, insya-Allah, kita akan berjaya, kita akan dapat membangunkan bangsa kita, kita akan menjadi ‘tuan’ yang sebenar, kalau itulah idaman kita.
Penguasaan ilmu perlu dibuat di masa kecil lagi. Kerajaan pimpinan UMNO sudah pun menyediakan kemudahan-kemudahan yang diperlukan untuk mempelajari ilmu dan bahasa-bahasa ilmuan. Tetapi ramai ibubapa mempuyai pandangan lain. Mereka tidak berminat melihat anak mereka belajar ilmu yang penting untuk memajukan bangsa dan negara. Sebaliknya mereka ingin supaya anak mereka kononnya menghayati semangat kebangsaan Melayu. Mereka tidak member galakan kepada anak mereka untuk mengejar bahasa Inggeris umpamanya secara serius. Mereka juga tidak memberi perhatian kepada usaha dan prestasi anak mereka dalam sekolah. Demikianlah ramai pelajar dan penuntut sekolah daripada kaum kita yang berkeliaran di pusat-pusat membeli-belah semasa balik dari sekolah dan kadang-kadang di masa sekolah.
Ramai ibubapa yang ingin anak mereka menjadi alim dalam bidang agama saja. Dengan itu sebahagian daripada kanak-kanak yang berbakat tidak dapat mempelajari ilmu lain yang mereka berupaya menguasai dengan baik. Apabila lulus kemudian dalam pelajaran agama mereka dapati mereka tidak mempuyai banyak peluang untuk berkerja dalam bidang yang berpendapatan tinggi. Dengan itu, mereka berasa kecewa, berasa masyarakat tidak adil kepada mereka. Dan mereka marah kepada masyarakat terutama orang lain yang belajar dalam bidang lain yang hidup lebih baik daripada mereka. Dan mereka marah kepada Kerajaan yang mereka cap sebagai sekular. Di air yang keruh inilah ramai yang akan menangguk.