Selasa, 19 Mei 2009

UMNO ATAU PAS

MENOLAK UMNO BERERTI MENOLAK ISLAM

Surah Al-Hujarah ayat 9:

Bermaksud:

Dan jika ada dua golongan dari orang orang mukmin berperang maka damai kan lah antara kedua nya. Jika salah satu dari kedua golongan itu berbuat aniaya terhadap golongan yang lain maka perangi lah golongan yang berbuat aniaya itu sehingga golongan itu kembali kepada perintah Allah; jika golongan itu telah kembali (kepada perintah Allah),maka damai kan lah antara kedua nya dengan adil dan berlaku adil lah. Sesungguhnya Allah menyukai orang orang yang berlaku adil.

Secara ringkas pengajaran dari ayat di atas boleh di bahagikan secara berikut:

1. Damai kan golongan orang mukmin sekiranya mereka bertelagah.
2. Golongan yang berbuat aniaya iaitu golongan yang melanggar perintah Allah perlu
di perangi sehingga mereka kembali ke jalan Allah.
3. Setelah mereka kembali,maka perdamai kan kedua golongan itu semula.

Dalam menghayati ayat di atas sudah tentu kita akan sedar bahawa umat Islam (Melayu)di Malaysia sudah terbahagi kepada dua kumpulan atau golongan iaitu UMNO dan PAS. Walau pun pada saad dan ketika ini belum terjadi peperangan namun kita sebagai mukmin sejati harus berusaha untuk mendamaikan kedua golongan agar perpecahan ini tidak memuncak sehingga berlaku peperangan dan pembunuhan sesama umat islam. Pada masa yang sama perlulah kita menentukan siapakah yang berbuat aniaya.

SIAPAKAH BERBUAT ANIAYA?

Iaitu Tidak Menjalankan Perintah Allah.

Tuduhan parti PAS bahawa UMNO menolak dan menentang Islam terutama dalam isu hukum perundangan dan siasah Islam adalah palsu,semata mata dengan niat yang jahat untuk menjatuhkan UMNO dan mengambil alih tempat UMNO sebagai Parti Politik Utama, orang orang Islam.Perbuatan PAS ini ada lah perbuatan zalim dan amat dilarang di dalam Islam dan boleh di kenakan hukuman yang tersangat berat.

UMNO sebagai parti siasah Bangsa Melayu - perlu akur kepada kehendak ahli ahli dan penyokongnya ia itu Bangsa Melayu. Melalui usaha UMNO jua lah orang Melayu lebih memahami Islam di masa kini,dan sudah ada bukti orang Melayu inginkan negara Islam dan perundangan Islam. Adalah mustahil bagi UMNO sebagai parti siasah setelah menanam minat Islam kepada pengikut nya,kemudian tidak akur kepada kemahuan mereka.

Selama 42 tahun selepas merdeka,UMNO tidak pernah mengisytiharkan bahawa parti itu menolak Islam termasuk hukum perundangan Islam dan siasah Islam. Tetapi yang jelas semua bentuk pentadbiran dan peraturan kerajaan adalah berdasarkan prinsip Islam.Nilai Islam telah banyak di serap kan ke dalam sistem pemerintahan dan pengurusan kerajaan. Banyak kemajuan telah dibuat di dalam Pendidikan Islam. Ekonomi Islam, pembangunan Umat Islam. Dakwah Islam dan Perundangan Islam.

Ingatlah kita tidak boleh membuat sebarang keputusan dengan cuma berdasarkan kepada syak wasangka atau sesuatu tuduhan yang belum ada buktinya. Menurut Rasulullah SAW:

Bermaksud :

Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Awaslah kamu daripada sangka sangka,kerana sangka sangka itu sedusta dusta berita.

(Bukhari,Muslim)

Sebaliknya sebagai orang Islam, kita memang di galakkan oleh Al Quran untuk selalu berfikir dan perlu bersikap rasional dalam membuat sesuatu keputusan. Seterusnya bagi menentukan siapakah yang berlaku aniaya, kita perlu melihat perkara perkara berikut:

- Jasa UMNO kepada Islam
- Kewajipan menjalankan agama menurut kadar
- Kemampuan manusia
- Kebebasan beragama
- Hak orang kafir
bersambung............

Catatan :
Tulisan ini cmk petik dari buku: UMNO atau PAS yang ditulis oleh Abu Muhammad Fariz Al Hussainiah yang mana nama sebenar beliau ialah Haji Zulkifli Bin Haji Hussain.
Buku ini di terbitkan pada tahun 1999.

Tahniah buat YB.Dato Dr. Hj Mohammad Satim Diman Ketua UMNO Bahagian Puchong / ADUN Selangor Kaw. Puchong kerana telah dilantik sebagai Setiausaha Perhubungan N.Selangor.
Semoga beliau diberi kesihatan yang baik supaya beliau dapat berkerja untuk UMNO dan rakyat.

cmk tabik spring pada my boss ini,orang Puchong amat merindui mu.

Tak lupa juga tahniah buat rakan rakan terutama yang terpilih di pemilihan yang lepas dan khas buat Ramli Simbok Ketua Penerangan Bahagian Puchong,cmk harap beliau dapat turun padang memberi penerangan isu isu semasa, begitu juga Awi yang terpilih sebagai Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda,Pn.Hasnah Ketua Penerangan Perg. Wanita dan Salina Ketua Penerangan Perg. Puteri.

cmk

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum.

    saya tidak memihak kepada mana-mana parti politik sebab politik ini bagi saya suatu yang busuk dan jijik.

    soalan saya:

    1. Jika benar UMNO tidak menolak Islam, kenapa tidak terlihat ciri-ciri taqwa (takut kepada Allah) dalam kalangan ahli UMNO?

    2. Jika benar atas usaha UMNO, Islam lebih difahami, mana buktinya? jika Islam benar-benar difahami, setiap yg beriman itu akan ada penghayatannya atas setiap hukum yang ditetapkan Allah. tidak akan wujud isu yg kaya makin kaya, yg miskin makin melarat. tidak akan wujud jenayah dan masalah sosial yg makin tenat. tidak akan wujud soal hak ketuanan Melayu atau hak istimewa Melayu. tidak akan wujud soal nak jadi yang berkuasa sebab jawatan sebagai pemimpin itu sangat berat amanah/tanggungjawabnya.

    3. apa maksud anda dengan kewajipan agama menurut kadar? hukum Allah, wajib dilaksanakan 100% tanpa ragu. tanpa soal. pelaksanaan ibadah menurut kemampuan itu merujuk kepada diri sendiri. sesiapa yg rasa mampu nak beramal ibadah dengan banyak, boleh buat banyak. solat sunat banyak2. puasa setiap hari kecuali hari yang diharamkan berpuasa. infakkan harta ke jalan Allah. ibadah2 yg macam ni yg boleh dilaksanakan mengikut kemampuan diri seseorang insan.firman Allah dalam surah Al-Mulk ayat ke-2 yang bermaksud:

    Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun.

    4. kebebasan beragama? ya. tiada paksaan dalam beragama. tapi hanya Islam agama yang diredhai di sisi Allah.

    5. hak orang kafir?

    Kecuali mereka yang kamu mengikat perjanjian setia (dengannya) dari orang-orang musyrik, kemudian mereka tidak mencabuli perjanjian kamu itu sedikitpun dan mereka tidak menolong seorangpun yang memusuhi kamu, maka sempurnakanlah kepada mereka perjanjian mereka sehingga (habis) tempohnya. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertakwa. {at-Taubah: ayat 4}

    Dan jika seseorang dari kaum musyrik meminta perlindungan kepadamu (untuk memahami Islam), maka berilah perlindungan kepadanya sehingga dia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah (tentang hakikat Islam itu), kemudian hantarlah dia ke mana-mana tempat yang dia beroleh aman. Perintah yang tersebut ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui (hakikat Islam). {at-Taubah: ayat 6}

    semua Allah dah bagi. ada baca? ada faham? ada amalkan? renung2 dan fikir2 kan.

    wallahualam.

    BalasPadam