Isnin, 1 Jun 2009

MELAYU DIKHIANATI ?

Hari Ahad memang masa berehat bersama keluarga,kebiasaannya pada hari minggu memang menunggu akhbar Mingguan Malaysia ruangan yang paling cmk minat adalah Bisik-Bisik Mingguan oleh Awang Selamat. Dalam tulisan Awang Selamat beliau menulis berkaitan chin Peng,cerita Chin Peng masih lagi diperkatakan.

Apa kata Awang Selamat.

Tanpa ragu-ragu Awang sebagai suara insan kecil menentang permintaan itu.
(Awang mengulas permintaan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang,Dr Teng Hock Nan)

Jika Chin Peng mahu pulang,beliau mesti memohon maaf kepada rakyat Malaysia dan dihadapkan ke muka pengadilan atas kekejamannya(sama ada secara langsung atau tidak langsung)sebagaimana yang dihadapi oleh Pol Pot di Kemboja.
Kezaliman PKM bukan sahaja mengakibatkan puluhan ribu rakyat terkorban,cacat anggota cedera dan menanggung trauma.Malah negara juga terpaksa membelanjakan berpuluh bilion ringgit sepanjang tempoh darurat 1948-1960 dan 1968-1989,yang mana wang itu sepatutnya boleh disalurkan untuk faedah rakyat termasuk membasmi kemiskinan.

Kami sokong Awang Selamat, teruskan menulis isu isu sebegini demi menyedarkan bangsa Melayu yang sedang di khianati.

Apa kata Jeneral (B) Datuk Seri Che Md. Noor Mat Arshad.

"Dia pengganas bukan pejuang"
"Dia bukannya pejuang kemerdekaan tetapi berjuang untuk menegakkan fahaman komunis dan menjadikan Malaysia sebuah negara komunis".

Petikan temu ramah Mingguan Malaysia.

Apa kata Mejar (B)Ahmad Shafie Abdul Manas.

"Orang pertama 'sembelih' Chin Peng"
"Ingatan saya kepada mereka yang berhasrat membawa balik pengganas itu kerana akibatnya nanti amat padah"




Tiada ulasan:

Catat Ulasan