BAGAIMANA HENDAK MENJADI AHLI POLITIK?
Oleh: MOHD ZUKI PILEH
ALBERT EINSTEIN saorang ahli fizik agung ke-20 pernah berkata: “Politik is harder than physics(politik itu lebih sukar daripada ilmu fizik).” Ungkapan ini diucapkan setelah beliau berasa amat kesal apabila mendapati teori relativity yang diciptanya untuk membuat bom atom telah disalahgunakan, yang akhirnya mendorong Amerika Syarikat mengembom Hiroshima dan Nagasaki semasa Perang Dunia Kedua semata-mata atas alas an politik. Seorang sarjana Barat lain mengatakan politik adalah the art of possible, mambayangkan politik sebagai suatu fenomena yang serba mungkin dan tidak ada yang mustahil. Ada pula mengatakan politik serba tektik untuk mendapat kuasa. Machiavelli saorang ahli politik Itali yang hidup pada zaman pertengahan menyebut politik sebagai “matlamat menghalalkan cara”.
Walau apa pun label yang diberikan politik mempuyai ramai penganut yang taasub dan sanggup melakukan apa saja untuk naik ke hierarki yang lebih tinggi dalam parti kerajaan. “Politik adalah seni yang serba mungkin, maka dalam politik bukan sahaja terdapat pemimpin yang mati di tangan lawan bahkan ada yang tewas oleh muslihat bomoh,” komen mengamat politik tana air, Ghazali Mayudin. Tambah beliau, pembelot politik bukan sekadar bertukar kem, melompat parti bahkan mengarang surat layang dan menabur fitnah, kerana kepada mereka, matlamat menghalalkan cara. “Ini adalah sebahagian daripada reality politik di Malaysia,” katanya.
Dalam amalan demokrasi, jawatan jawatan politik mistilah dipertandingkan. Siapa yang menjadi calon dan menang, maka dialah yang memegang jawatan dalam parti dan berpeluang pula untuk dicalonkan dalam pilihanraya, dan jika menang, dia akan dilantik menjadi wakil rakyat, exco, menteri besar, menteri, timbalan Perdana Menteri atau Perdana Menteri.
“Lazimnya calon calon akan dinilai oleh para perwakilan mengikut sumbangan mereka dan sejauh mana mereka popular di kalangan ahli. Bagi jawatan perengkat bahagian pula, jika saseorang calon lebih rapat hubungannya dengan ketua bahagian, ketua cawangan ataupun ahli-ahli biasa, peluang dia terpilih adalah cerah. Bagi jawatan ahli majlis tertinggi, peluang seseorang calon akan menjadi cerah jika dia memegang jawatan menteri, timbalan menteri atau menteri besar,” kata seorang pemerhati politik UMNO.
Seorang ahli UMNO pula berpendapat: “Hakikat budaya merebut kuasa khususnya dalam UMNO berlaku di semua peringkat, cawangan, bahagian dan Majlis Tertinggi jelas mengambarkan manifestasi betapa kekuasaan politik di anggap memudahkan sesaorang itu mencapai kekayaan dan kesenangan hidup.”
Dengan merebut jawatan ketua cawangan, misalnya sekurang-kurangnya akan dapat peluang subkontrak membina jalan-jalan kampung, projek-projek tanah rizab atau membersihkan taman taman awam. Kalau berjaya menjadi ketua bahagian, cerahlah lagi peluang mereka untuk menjadi wakil rakyat. Begitulah seterusnya hingga ke jawatan yang lebih tinggi dalam kerajaan.”
Kemunculan kumpulan professional dan perniagaan semakin ketara dalam parti-parti pemerintah sekarang. Setengah pemerhati berhujah, untuk menentukan survival atau peluang perniagaan mereka sentiasa berjalan lancar, golongan ini terpaksa merapatkan diri dengan ahli politik pemerintah. Mereka kena menyokong atau sekurang-kurangnya memberi sumbangan untuk membantu calon calon wakil rakyat terutama dalam kempen-kempen merebut jawatan dalam parti pemerintah dan juga semasa pilihan raya.
Ahli sain politik terkenal, Dr.Ahmad Atory Hussain berpendapat: “Golongan generasi baru ini menjalankan apa yang diistilahkan sebagai politics in business dan juga business of politics. Golongan ini juga yang menubuhkan apa yang dipanggil power-bases melalui syarikat perniagaan dan mereka perlu memperoleh kuasa politik bagi memenuhi atau melindungi kepentingan perniagaan mereka.Dengan itu secara tidak langsung wujudlah amalan-amalan dalam politik yang lazimnya berlaku dalam aktiviti perniagaan seperti nepotisme, mementingkan keluarga, rakan karib, keuntungan dan sebagainya.”
Umumnya ada bermacam macam cara digunakan oleh mereka yang ingin menjadi somebody dalam politik. Semuanya di cuba kerana tidak ada perkataan putus asa dalam politik.
“Kalau lobi tak jalan, sentiasa tunjuk muka kepada pemimpin atasan atau siapa saja yang berkuasa. Pendek kata, kemana saja pemimpin melawat, kekampung, kebandar ada saja mukanya disitu. Lazimnya pemimpin atasan adalah manusia biasa juga. Kalau selalu sangat nampak ahli-ahli datang menyambut beliau daripada lawatan keluar negara di lapangan terbang, perkenalan itu akan bertambah mesra. Akhirnya jika ada peluang untuk mendapatkan jawatan dalam kerajaan atau hendak menjadi calon pilihan raya maka permohonannya mudah disokong pemimpin tersebut,” kata seorang lagi ahli UMNO.
Prasyarat untuk naik dalam parti bergantung pada restu ketua bahagian. Kalau seseorang ahli itu mempuyai hubungan yang sangat rapat dengan pemimpin pusat tetapi tidak mempuyai hubungan intim dengan ketua bahagian dan pengerusi perhubungan negeri, sukar untuk mereka mendapat jadi calon. Hanya dalam kes-kes istimewa, pemimpin atasan parti boleh mengunakan kuasa veto untuk mencalonkan seseorang ahli bertanding sama ada untuk DUN atau Parlimen.
Yang penting sekali, untuk naik dalam politik ialah bersabar dan tunggu giliran.”Masanya akan tiba”
Soalnya berapa ramai ahli politik yang rela bersabar begitu lama. Dalam banyak kes, mereka yang berasa dirinya kuat sanggup mengisytiharkan perang menentang penyandang jawatan tetapi akhirnya kerjaya politik mereka berkubur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan