Khamis, 22 Oktober 2009

MENJUNJUNG TRADISI MENZAHIR PERUBAHAN

Alhamdullilah ucapan dasar oleh YAB DS Najib Tun Abdul Razak selaku Presiden UMNO telah beliau laksanakan pada 15 Oktober 2009 didewan bersejarah PWTC, dalam ucapan sulongnya untuk merubah kedudukan UMNO dari dilihat begitu lemah kepada kedudukan yang lebih mantap dan kukuh dalam perjuangan untuk menentukan UMNO parti keramat ini tidak ditalkinkan dan menjadi sejarah.

Intisari yang harus diberi perhatian buat pemimpin cawangan khasnya pemimpin utama Bahagian yang sering dilihat dalam pengurusannya tidak menjurus kearah memberi khidmat kepada ahli, selain daripada itu sikap pemimpin utama bahagian juga dalam menentukan kedudukan dan jawatan sering dilihat menyalah guna kuasa.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Untuk kembalikan roh dan jiwa UMNO,

“UMNO harus DILIHAT, DITANGGAP serta DIYAKINI sebagai parti yang ampuh membela untung nasib rakyat”.

“UMNO tidak boleh dilihat sebagai sebuah parti yang hanya ghairah memperjuangkan kelompok yang sedikit”.

Sebaliknya,

“UMNO mahu dilahirkan, dirasai serta diyakini sepenuhnya sebagai sebuah parti INKLUSIF yang mendahulukan rakyat dan bukannya mendahulukan diri sendiri.

Maka itu,

“Persepsi UMNO sebagai parti untuk cari makan nanti dibuang jauh-jauh mesti ditinggalkan”.

“Ahli-ahli UMNO, baik diperingkat kepimpinan tertinggi mahu pun ahli biasa, perlu kerap melakukan muhasabah”.

“Kita perlu bersedia untuk menilik ke dalam diri, melihat kelemahan dan memperbetulkan kekhilafan”.

Apa yang penting,

“Ahli-ahli UMNO perlu berwajahkan perilaku mulia dan nilai-nilai murni sebagai asas jati diri dan kekuatan parti”.

Pada hemat saya,

“Antara sifat pemimpin yang paling didambakkan dan digemari rakyat adalah sifat merendah diri dan tawadhuk”.

Saya ingin berpesan,

“Janganlah segan untuk turun kebawah dan merapatkan diri dengan akar umbi sekali pun kita menyandang jawatan tinggi”.

Bak kata pepatah,

“Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya”.

Malah,

“Rakyat akan membenci pemimpin yang memisahkan diri dari mereka senang didekati apatah lagi pemimpin yang sombong dan bongkak”

Pokok Pangkalnya,

“UMNO harus kekal menjunjung tradisi perjuangan”

Oleh kerana itu,

“UMNO akan terus menjuarai soal kebajikan dan periuk nasi semua rakyat”

Saya mahu!

“Gerakerja parti selari dengan tuntutan zaman, UMNO tidak boleh lagi kelihatan sebagai parti yang hanya dilihat condong kepada satu-satu pehak sahaja”.

Saya menyeru !!!

“Ahli-ahli UMNO menyegarkan kembali budaya khidmat dan kesukarelawaan dalam parti. Ikhlaskan diri untuk menumpang bakti dan jasa tanpa disuruh-suruh dari kepentingan parti dan rakyat”

Tradisi tetap kita junjung, pembaharuan tetap kita zahirkan

kedati tergantong awan dilangit,
telah terlanjur ku bentangkan layar,
walau badai datang mengulung,
walau berdetum guruh dilangit,
walau bumi berkeping dua, tak kan mungkin ku
berbalik haluan.

HIDUP UMNO HIDUP UMNO HIDUP UMNO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan