Koleksi Ucapan DS Najib Tun Abdul Razak
Saudara dan saudari,
18. Alhamdulillah, memang ternyata Umno mampu mengubah
kesengsaraan menjadi harapan. Telah terbukti juga Umno adalah parti yang
berupaya membina satu bangsa bermaruah dan dihormati di seantero dunia. Parti
inilah yang telah berjasa mengangkat rakyat Malaysia daripada kekangan
kemiskinan kepada kelas hidup menengah dalam satu generasi sahaja. Hakikatnya,
Umno parti keramat ini telah sentiasa menjadi Nakhoda Zaman.
19. Waima apa pun kehebatan dan pencapaian parti, ahli-ahli
Umno hari ini perlu berpijak di bumi nyata. Lanskap politik negara telah
berubah sama sekali. Kita tidak boleh terus bernostalgia dengan kejayaan lampau
tanpa mencipta kejayaan-kejayaan baru. Sebagai parti siasah yang ingin kekal
relevan selari tuntutan zaman, kita tidak boleh hidup dengan hanya
bertunjangkan jasa-jasa semalam.
20. Merujuk sudut demografi, lebih satu pertiga (41.5
peratus pada tahun 2005 diunjurkan 40.2 peratus pada 2010) daripada jumlah
rakyat Malaysia berada dalam kategori belia yakni lingkungan umur antara 15
hingga 40 tahun. Lebih 70 peratus pula berada di bawah usia 40 tahun yang lahir
pasca tragedi 13 Mei 1969. Secara keseluruhannya, 90 peratus adalah generasi
merdeka. Manakala, anak-anak pasca tamatnya Dasar Ekonomi Baru iaitu mereka
yang lahir pada tahun 1991 pula akan layak sebagai pengundi menjelang tahun 2012.
21. Secara langsung, perubahan yang disertai dengan kemajuan
di bidang ICT, pengangkutan, ekonomi dan pendidikan telah melahirkan kelompok
pengundi lebih bermaklumat, mendesak lagi kritikal. Harus diingat bahawa
generasi ini mungkin tidak dapat menjiwai perjuangan lalu kerana mereka tidak
hadir dalam peristiwa-peristiwa tersebut dan sekadar mengetahuinya melalui
buku-buku atau cerita-cerita sahaja.
22. Kendatipun begitu, tidak bermakna kita ingin
memperkecilkan kepentingan hasil perjuangan golongan terdahulu. Akan tetapi ia
menuntut kita untuk kembali menjadi peneraju perubahan dalam memenuhi aspirasi
orang-orang Melayu khususnya. Demi mencapai matlamat ini kita mesti melakukan
proses muhasabah, pembaruan dan islah. Jelasnya, kondisi untuk maju ke hadapan,
memerlukan kita mengenal pasti apakah kelemahan dan kekuatan. Kelemahan perlu
diperbaiki manakala kekuatan sedia ada perlu diperkukuhkan dan dimantapkan.
Jika kita tidak melakukan proses ini, Umno akan dilihat sebagai sebuah parti
yang terus-terusan berada dalam penafian. Usaha pembaruan ini amat menuntut
kita untuk menggilap semula idealisme perjuangan.
23. Untuk itu, Umno harus berhenti daripada dikaitkan dengan
politik wang dan sebarang amalan siasah yang tidak sihat. Umno dan mana-mana
juga parti atau organisasi akan hancur jika pemimpin dan ahlinya dibelenggu
politik wang. Pemimpin berkualiti tetapi tidak memberi rasuah akan terpinggir.
Parti akan diterajui pula oleh golongan yang akan terus mengamalkan budaya itu
dalam kepimpinan.
24. Jelas, kalau tidak dibendung dan membarah, kelaknya
pemimpin dan pengikut akan menganggap ia sesuatu yang biasa hingga timbul
ungkapan ‘ beri salah, tidak beri kalah’. Barangkali juga semua dalam dewan ini
tahu apa itu SK dan SI, Salam Kosong dan Salam Isi ... Ini bukan satu gurauan.
Kita mestilah menghapuskan politik wang hingga ke akar umbinya. Jika tidak,
nantinya kita sama-sama bertanggungjawab untuk mengkafan dan menguburkan Umno,
parti tercinta ini.
Persidangan Serentak Wanita, Pemuda dan Puteri Umno 2008.
sambongan....
SOKONGAN ONLINE PRU13:
"Setujukah anda BN
Menang Besar PRU-13?"
COUNTDOWN KEMENANGAN BESAR
BN
Created by DAPATKAN
DI SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan