Jumaat, 29 Mei 2009

'Tiada sebab bawa pulang Chin Peng'


SUNGAI MANIK: Adik seorang bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) menentang hasrat bekas Setiausaha Agung parti itu, Chin Peng untuk pulang ke tanah air kerana bimbang 'luka lama akan berdarah kembali'.

Datuk Mohd Yusoff Madin, 83, adik kepada Rashid Maidin yang juga bekas Pengerusi PKM berkata, tidak ada sebab kukuh untuk memberi laluan kepada Chin Peng pulang menghabiskan sisa hidupnya di negara ini.

“Saya menentang sekeras-kerasnya usaha membawa balik Chin Peng dan meminta kerajaan tegas menolak permohonannya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Bandar Desa Chenderong Balai di sini, semalam.

Mohd Yusoff yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Manik selama tiga penggal (1974-1986) melahirkan rasa bimbang sekiranya Chin Peng dibenarkan pulang ke tanah air akan tercetus kejadian tidak diingini.

“Chin Peng harus sedar dia bukanlah wira negara... kita tidak mahu kehadirannya di negara ini kerana akan timbul perbalahan kaum," katanya.

Beliau berkata, abangnya Rashid Maidin sendiri tidak pernah memohon untuk kembali ke Malaysia selepas PKM dibubarkan sebaliknya beliau memilih menetap dan meninggal dunia di Selatan Thailand pada 2006.

"Abang saya hanya pulang ke tanah air beberapa hari kerana untuk menziarahi anak-anak dan kaum keluarga terdekat selepas mendapat izin Kementerian Dalam Negeri.

"Kali terakhir Abang Rashid pulang ke tanah air ialah pada 2004 dan berada di rumah saya beberapa hari dan tidak lagi datang ke negara ini sehinggalah beliau meninggal dunia di Thailand pada 2006 ketika usia 89 tahun," katanya.

Mohd Yusoff yang mempunyai 10 anak, 26 cucu dan tiga cicit yakin kerajaan tidak akan tunduk kepada rayuan supaya Chin Peng dibenarkan pulang kerana menyifatkannya sebagai pengkhianat negara yang menyebabkan beribu nyawa terkorban.

Sementara itu, anak sulung bekas penentang PKM, Komunis Bintang Tiga Sungai Manik, Normah Sulaiman, 59, turut meminta kerajaan tidak membenarkan Chin Peng pulang ke negara ini.

Ibunya, Yon Sopi yang meninggal dunia pada 1994 adalah antara wanita yang menentang kezaliman Komunis Bintang Tiga memerintah Sungai Manik selama 15 hari 15 Malam pada 1945.

"Saya banyak mendengar kisah sedih, menyayat hati diceritakan ibu saya yang bangkit berjuang menentang Bintang Tiga ketika ibu belum berkahwin," katanya ketika di temui di rumahnya di Kampung Chikus di sini.

"Kehadiran semula Chin Peng ke negara ini akan menghidupkan semula rasa sakit hati dan benci yang membakar semangat waris mangsa kekejaman komunis," katanya.

Normah yakin sekiranya ibunya masih hidup beliau pasti akan menentang hasrat Chin Peng kembali ke negara ini.

Dosa bekas pemimpin PKM tak boleh dimaaf: Rais


KUALA LUMPUR: Tiada ruang buat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng untuk kembali ke negara ini kerana dosa dilakukannya terhadap pembunuhan beribu-ribu rakyat negara ini tidak boleh dimaafkan.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata pemimpin yang melahirkan perasaan simpati terhadap Chin Peng perlu mengemukakan pendirian secara jelas tanpa berselindung di sebalik tabir politik kepartian.

“Chin Peng dan komunis yang membunuh rakyat negara ini dan tidak ada tempat bagi kita untuk bermuafakat atau bersimpati kepadanya.

“Komunis tidak boleh diberi tempat di negara ini. Kita tidak boleh mendewakan komunis, ribuan yang sudah mati di tangan komunis. Usah mengeluarkan kenyataan yang boleh merosakkan pemikiran rakyat,” katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan pegawai kanan kementeriannya di sini, semalam.

Dr Rais berkata, beliau akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam usaha memantau dan mengawal perkembangan laman blog yang menyokong komunis serta cuba menanam semangat komunisme di kalangan masyarakat di negara ini.

Katanya, beliau akan mengemukakan kepada Kabinet mengenai kemunculan beberapa laman blog dilihat memberi pujian atau melahirkan nostalgia kepada komunis dan maklumat diperoleh mengenai perkara itu akan disalurkan kepada KDN.

“Mengenai kemunculan blog dilihat menyokong komunis, kami akan cari jalan untuk menanganinya, langkah tak perlu cakap, semuanya sudah diatur dan kesannya nanti saya percaya akan memberi pandangan yang membina supaya komunisme tidak menjadi kegilaan atau diminati mana-mana generasi.

Usaha bawa Chin Peng pulang mesti dihalang


SEREMBAN: Kementerian Pertahanan menentang sebarang usaha membenarkan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng, kembali ke negara ini kerana tindakan itu akan menghiris perasaan anggota pasukan keselamatan negara.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata tindakan itu juga akan membangkitkan kemarahan dan perasaan tidak puas hati di kalangan anggota keluarga lebih 50,000 anggota tentera dan polis yang terkorban menentang PKM ketika zaman darurat.

"Jika diberi pengiktirafan terhadapnya (membenarkannya kembali), rasa terhiris dan kelukaan itu pasti akan lebih dirasai. Ini bukan sentimen perkauman, tetapi rasa patriotisme yang tertanam dalam jiwa anggota tentera yang sudah bersara atau masih bertugas.

Usah layan desakan benar Chin Peng pulang'

JASIN: Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Melaka meminta kerajaan mengenepikan desakan Parti Gerakan Pulau Pinang supaya bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng dibenarkan pulang ke Malaysia atas sebab kemanusiaan.

Desakan itu seolah-olah mahu mencabar sikap keterbukaan kerajaan selain jelas membelakangkan aspirasi dan kepentingan Barisan Nasional (BN) selaku parti yang memerintah negara ini.

Sambil menyatakan rasa kecewa dengan desakan terbabit, Yang Dipertua PBTM Cawangan Melaka, Datuk Wira Ahmad Hamzah, mahu kerajaan tidak melayan desakan seperti itu yang seolah-olah merestui tindakan jahat Chin Peng terhadap rakyat di negara ini pada tahun 50-an.


Chin Peng bawa sengsara'

Oleh Adha Ghazali, Nahar Tajri, Khairul Azran Hussin dan Nik Sukry Ramli
bhnews@bharian.com.my

Raja Muda Perlis kecewa ada pihak mahu bawa musuh pulang

KUALA LUMPUR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Syed Sirajuddin Jamalullail kecewa dengan tindakan segelintir pihak yang berhasrat membawa pulang bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng ke negara ini.

Baginda yang juga Komander Rejimen 504 Askar Wataniah, bertitah, tindakan sedemikian tidak boleh diterima kerana kepulangan Chin Peng akan menyebabkan luka lama yang dialami kesan tindakan PKM berdarah kembali.



"Beta kecewa kerana ada pihak sanggup berusaha termasuk meminta kerajaan menimbangkan hasrat membawa pulang musuh negara seperti Chin Peng. Terlalu banyak sengsara dan derita dialami rakyat dan anggota keluarga pasukan keselamatan yang cedera dan terbunuh ketika darurat dulu.

"Malah, segala pengorbanan dan penderitaan yang dialami demi memastikan negara pada tahap sekarang, bukan mudah dilupakan," titah baginda sempena perasmian Majlis `Walk In Through Snake' di Taman Ular dan Reptilia Perlis (Turp) di sini, semalam.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Ahmad Atory Hussain, berkata keikhlasan Chin Peng untuk kembali ke negara ini boleh dipersoalkan kerana beliau pernah ditawarkan menyerah diri dan tinggal di Tanah Melayu pada 1955.

"Ketika itu, Chin Peng enggan meletakkan senjata kerana yakin dengan kekuatan dan pengaruh PKM. Selepas gagal mencapai persetujuan dalam perjanjian itu, kerajaan mengisytiharkan PKM musuh nombor satu negara dan usaha membanteras ideologi mereka dipergiatkan," katanya.

Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, ada dua isu penting perlu diambil kira dalam melayan desakan pihak tertentu untuk membawa balik Chin Peng.

Katanya, isu pertama yang perlu diberi pertimbangan ialah faktor kemanusiaan terhadap bekas pemimpin PKM itu dan isu kedua pula membabitkan isu kemanusiaan mangsa kekejaman pengganas komunis.

"Kedua-dua isu ini perlu dilihat dari aspek berbeza.. jika kita mahu fikirkan isu kemanusiaan Chin Peng, kita juga perlu lihat isu kemanusiaan rakyat yang terkorban ketika zaman darurat. Semestinya, isu kemanusiaan rakyat ini wajar diberi keutamaan," katanya.

Saranan supaya Chin Peng dibenarkan kembali ke Malaysia dibuat Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan dan pemimpin parti DAP dan Parti Keadilan Rakyat selepas usaha terakhir bekas pemimpin PKM itu melalui mahkamah, gagal.

Di ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak turut menyatakan sokongan terhadap pendirian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk tidak membenarkan bekas pemimpin PKM itu kembali ke tanah air.

Selasa, 26 Mei 2009

YANG BERHORMAT TURUN PADANG

Apabila Yang Berhormat Dato' Ketua UMNO Bahagian Puchong yang juga ADUN Sri Serdang dan sekarang telah dilantik sebagai Setiausaha Perhubungan Negeri Selangor tidak turun padang selama ini telah terjawab pada ucapan beliau di satu majlis penghargaan Veteran UMNO yang setia berjuang.

"Saya menyepi kan diri selama setahun dua bulan bukan bererti saya tidak melakukan sebarang perjuangan namun ia di gunakan untuk muhasabah diri bersama ahli parti yang lain"kata ADUN Sri Serdang Dato' Dr.Mohammad Satim Diman ketika di temubual oleh wartawan Sinar Harian Nur Farhana Abd Manan.
(berita penuh sila lihat Harian Sinar bertarikh 26 Mei 2009)

24 Mei 2009 (Ahad) jam 9.00 malam Program turun padang pertama diadakan,program tersebut diadakan di Pusat Daerah Mengundi Puchong Permai.

Sila ke arkib untuk melihat foto.
..........................................................................................................................................................................
nota kaki :
cmk di faham kan program turun padang ini akan di teruskan dari masa ke masa,setiap PDM diwajibkan mengada program seperti ini.

Bagus lah tu cmk berharap bukan saja YB Dato' seorang saja yang turun padang, yang terpilih,dipilih oleh ahli ahli, oleh YB Dato' Ketua Bahagian tu sama sama lah ikut ye.

Bukan apa cmk dengar macam macam cerita di bawah ni, nak jawatan sampai paksa paksa semacam ada kumpulan halia pulak dah dapat tak nampak batang hidung, ni yang susah ni kalau diberi jawatan bukan pada orang tak ada semangat juang akhirnya UMNO jadi tohmahan, cacian pada hal yang buat hal segelintir pemimpin yang tidak tahu menjalankan tanggung jawab nya yang mementing kan diri and the geng nya saja.

cmk nak beri tahu pada semua ya!!!!! UMNO tetap relevan untuk bangsa melayu, yang menjahanam kan UMNO bukan parti yang bersaing dengan nya tetapi yang menjahanam kan UMNO ada lah pemimpin UMNO itu sendiri,fikir fikir lah.

..........................................................................................................................................................................

Kata kata Pemimpin :

"Yang penting ialah UMNO. Kita tidak tubuhkan UMNO untuk memberi tempat kepada oarang-orang tertentu. Mereka cuma dipilih menjadi pemimpin kerana perjuangan UMNO tidak akan berjaya jika tidak berketua. Rakyat menubuhkan UMNO dan memberi kuasa kepada pemimpin kerana matlamat-matlamat tertentu"

Ucapan Tun DR.Mahathir Mohamad semasa beliau menjawat jawatan Presiden UMNO
di Perhimpunan Agung UMNO yang ke 35 di Hotel Hilton Kuala Lumpur pada hari Jumaat 25hb Mei 1984 bersamaan 24hb. Syaaban 1404jam 9.30 pagi





Ahad, 24 Mei 2009

MAJLIS MESRA BERSAMA PEMIMPIN 1

Program : Majlis Mesra Bersama Pemimpin
Tarikh : 24.05.2009
Tempat : PDN Taman Puchong Permai Puchong Selangor
Pemimpin : YB.Dato Haji Mohammad Satim Diman
Ketua UMNO Bahagian Puchong,Setiausaha Perhubungan N.Selangor,
Ahli Dewan Undangan N.Selangor Kaw. Sri Serdang.

Majlis diadakan bertujuan memperingati ahli ahli veteren yang masih setia kapada parti dan ramai berharap program program seperti ini diadakan supaya imej UMNO dapat di gilap semula.